Sepanjang tempoh mereka berjauhan daripada Si Ban Kecil, Yan Ruyi telah menahan dirinya daripada menjenguk Si Cilik manakala Lu Chongshan pula menunggu dengan sikap "Saya tak peduli, saya nak tengok macam mana kamu besarkan Si Cilik".
Akhirnya, mereka tidak menyangka yang Si Cilik membesar dengan lebih baik daripada yang mereka bayangkan. Mereka dapat melihat dengan jelas Si Cilik kelihatan sedikit berisi dan tenaganya juga telah pulih. Mereka sangat bimbang sekiranya dia tidak dapat menyesuaikan diri atau dia akan dibuli di sekolahnya kerana dia tidak bercakap. Hal seperti itu mungkin akan menyebabkan dia berasa rendah diri. Namun, semuanya baik-baik sahaja.
Kedua-duanya begitu teruja dan gembira apabila mengetahui Si Cilik dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di sekolah sehingga mereka terlupa mengenai urusan serius dengan Lu Tingxiao.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com