Ling Zhizhi menjelaskan, "Bukan semua benda perlukan bukti. Netizen-netizen pun bukannya bodoh. Mereka cuma perlukan panduan dan mereka akan tahu apa yang berlaku. Untuk insiden yang berlaku sekali macam ni, mungkin kebetulan. Kali kedua mungkin tak sengaja. Tapi kalau jadi sampai tiga kali, awak rasa netizen fikir apa?"
"Tak kira macam mana baik pun dia uruskan, dia mesti ada campur tangan juga dalam hal ni. Watak baik dan lemah lembut depan orang awam dia tu akan hilang juga perlahan-lahan. Kalau benda yang sama berlaku juga pada masa akan datang, semua netizen ni akan sokong kita."
Ning Xi mengecilkan matanya dan berkata dengan yakin. "Karma! Dia memang layak pun!"
Ling Zhizhi membuka lacinya sambil berkata. "Oh ya, ada sesuatu untuk awak."
"Benda apa ni?" Ning Xi melihatnya dan dia terkejut. "Kunci kereta?"
"Mmm, syarikat bagi awak kereta. Filem dah nak tayang tak lama lagi, awak perlukan kereta untuk masa ni."
"Wow! Mereka bagi saya BMW?"
Support your favorite authors and translators in webnovel.com