Keesokannya.
Ling Zhizhi menelefon syarikat Hongda tepat jam 9 pagi. Dia nak bercakap dengan Hu Hongda sendiri. Hal itu dah tersebar jadi dia akan rasa puas hati kalau dia boleh selesaikannya melalui panggilan telefon itu.
Hu Hongda mematikan telefonnya, jadi Ling zhizhi hanya boleh hubungi talian syarikatnya.
"Helo, Saya Ling Zhizhi, pengurus di Syarikat Hiburan Cahaya Bintang. Boleh tak kamu sambungkan saya kepada CEO Hu"
Sebelum Ling Zhizhi selesai bercakap, penyambut tetamu itu menjawab dengan sombong, "Saya minta maaf, CEO Hu dah kata yang dia takkan jumpa ataupun terima panggilan daripada sesiapa pun beberapa hari ni, terutamanya orang daripada industri hiburan!"
Penyambut tetamu itu meletakkan telefon tanpa berkata apa-apa lagi.
Ling Zhizhi buat keputusan untuk pergi ke syarikat Hongda dan berjumpa dengan dia sendiri. Perkara itu perlu diselesaikan secepat mungkin.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com