webnovel

Kamu Cuba Nak Rosakkan Parti Saya Ke?

Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas Ning Xi selesai menjadi seorang hero penyelamat kepada seorang gadis cantik, dia memegang tangan Ban Kecil dan berjalan mendekati Lu Tingxiao dan Lu Jingli. 

Aura dan pesonanya begitu kuat sehingga kehadiran kanak-kanak kecil itu langsung tidak disedari oleh orang ramai sejak dari tadi. Kini, baru mereka perasan tentang kanak-kanak yang sedang berjalan di sisi Ning Xi itu. 

Oleh sebab tetamu yang datang pada malam itu adalah kawan-kawan rapat Lu Tingxiao dan Lu Jingli, ramai yang dapat mengecam dengan serta-merta identiti anak-kanak itu!

"Ah! Itu... Budak lelaki tu... Dia anak CEO Lu, kan?"

"Memang betul anak dia. Saya pernah jumpa budak ni sekali masa jamuan hari jadi Tuan Tua Lu!"

"Macam mana Tuan Muda Kecil keluarga Lu boleh begitu rapat dengan lelaki ni? Dia saudara keluarga Lu ke?"

"Tak semestinya saudara. Mungkin dia ada hubungan rapat dengan Lu Tingxiao dan Lu Jingli!"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter