Qin Mufeng menggosok hidungnya selepas dimarahi oleh Lu Tingxiao. "Tapi, sekarang kita dah tak ada pilihan lain..."
Haih... Sebenarnya, dia tahu yang cadangannya itu sukar untuk dilaksanakan. Dia sendiri berasa susah untuk menyuarakan pendapatnya yang satu itu. Dia hanya mampu memberitahu Lu Tingxiao tentang cadangan itu selepas berperang dengan fikirannya sendiri.
Sebagai seorang pakar psikologi, dia sebenarnya malu untuk mengaku yang dia akhirnya perlu bergantung kepada seseorang seperti Ning Xi yang bukan datang dari bidang yang sama...
Tangisan Yan Ruyi semakin kuat bila melihat keadaan Si Cilik semakin parah. Dia menangis sehingga hampir pengsan kerana terlalu letih. Lu Chongshan turut terkesan dan dia sudah tidak mampu bertahan lagi.
Lu Tingxiao menyumpah perlahan. Akhirnya, dia terpaksa menghubungi Ning Xi. "Xiao Xi..."
Support your favorite authors and translators in webnovel.com