Philadelphia, Amerika.
Xiong Zhi mengeluarkan pistol 0.22 semi-automatiknya. Pistol itu kecil tetapi cukup berbahaya. Pistol itu telah menyelamatkan Xiong Zhi daripada banyak situasi getir.
Berdasarkan pengalamannya dalam misi berbahaya yang pernah dilalui, Xiong Zhi berasa tidak sedap hati. Seperti binatang, dia boleh menghidunya di udara.
Ning Xi menyorok di satu sudut dan dia juga dapat rasakan sesuatu yang tidak kena.
Xiong Zhi mengambil nafas yang dalam dan masuk ke kilang senjata yang terbiar dan gelap sambil diperhatikan oleh gadis itu…
"Pelik, kenapa bos suruh kita kumpul dekat sini?"
Tidak lama selepas Xiong Zhi masuk, sebuah kereta tiba di situ. Pintu di sebelah penumpang dibuka. Orang yang paling dipercayai Lu Tingxiou, Shi Xiao telah keluar.
Tidak berapa lama selepas itu, dua samseng lain juga keluar dan mengekori Shi Xiao.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com