Selepas berehat selama dua hari, Ning Xi kembali bertenaga. Dia membuat keputusan untuk kembali ke pasukan drama dan mula bekerja.
Dia membelek baki jadual kerjanya dan sedar yang semua adegan penting sudah selesai. Kebanyakan adegan yang masih belum diselesaikan ialah penggambaran tambahan untuk adegan dengan Jia Qingqing sebelum ini. Dia langsung tidak risau tentang adegan-adegan itu kerana kebanyakannya sudah siap dihafal.
Ketika tiba di set, giliran penggambaran adegannya masih belum tiba.
Xiao Tao menyedari kehadiran Ning Xi dan dia terus menyambut gadis itu, "Kak Xi, kamu dah sampai! Saya baru nak mesej beritahu yang kamu tak perlu datang awal sangat!"
Ning Xi mengangkat keningnya dan berseloroh, "Kenapa? Pengarah baik hati sangat nak beri saya cuti lagi ke?"
Support your favorite authors and translators in webnovel.com