"Hah, lelaki itu Lu Tingxiao, bukan..."
Badan Ning Xi serta-merta kaku selepas dia mendengar lelaki itu menyebut nama Lu Tingxiao. "Kalau kamu berani buat apa-apa pada dia, saya tak akan lepaskan kamu!"
"Jadi, kamu tak takut yang dia akan apa-apakan saya?"
"Dia tak akan buat macam tu."
Sekurang-kurangnya, dia masih percaya pada Lu Tingxiao. Tetapi, Ning Xi tidak begitu pasti tentang lelaki gila ini. Tambahan pula, Lu Tingxiao langsung tak tahu siapa dia!
"Tsk, kejam betul kamu ni..."
Walaupun lelaki itu kedengaran tenang, Ning Xi tahu yang dia sebenarnya sedang marah.
Ning Xi menenangkan dirinya dan berkata, "Pertama, saya tak ada apa-apa hubungan dengan kamu. Kedua, saya tak ada apa-apa hubungan dengan Lu Tingxiao juga. Saya dah cakap yang saya tak akan bersama dengan sesiapa sekalipun!"
"Sayang, masalahnya, kamu dah jatuh cinta pada dia."
"Saya..."
Support your favorite authors and translators in webnovel.com