Ning Xi terus kelu.
Bukan Lu Jingli kata tadi ada hal mustahak? Macam mana dia boleh lari macam itu saja?
Nasib baik Ning Xi membawa telefon bimbitnya bersama, jadi dia cepat-cepat menghubungi Lu Jingli. "Lu Jingli, tak guna! Mana kamu? Tergamak kamu lari macam tu saja? Saya ni bukan kawan kamu ke?"
Ning Xi memarahi lelaki itu dengan suara yang perlahan. Akhirnya, Lu Jingli menjawab dengan lemah, cuba mempertahankan dirinya, "Bukan... saya memang anggap kamu sebagai Kakak Ipar saya..."
"Kamu..." Kemarahan Ning Xi meluap-luap.
"Xiao Xi Xi, saya bukan tak mahu tolong kamu. Cuma... tak apalah... kamu telefon Dr. Qin dan kamu akan tahu..."
Qin Mufeng?
Hubungan lelaki itu dengan Lu Tingxiao agak baik dan dia juga seseorang yang amat mengenali Lu Tingxiao. Mungkin dia tahu apa yang berlaku?
Lu Jingli mungkin tak mahu menyakitkan hati abangnya, jadi dia menyuruh Ning Xi mencari Qin Mufeng?
Support your favorite authors and translators in webnovel.com