Ahhhhhh! Ya Tuhan!
Situasi apakah ini?
Otak Ning Xi terasa seperti diceroboh oleh virus, segala kod menjadi kacau-bilau. Sebaik sahaja dia kembali sedar, reaksi pertamanya ialah menolak lelaki itu dengan cepat.
Tetapi, Lu Tingxiao mengeratkan pelukannya. Suara lelaki itu di telinganya kedengaran sangat menyedihkan. "Jangan bergerak, okey? Biar saya peluk kamu sekejap..."
Ning Xi terdiam.
Macam mana dia nak beri tindak balas untuk permintaan seperti itu?
Tak guna! Apa yang Lu Tingxiao sedang rancangkan?
Dua hari kebelakangan ini, Ning Xi sengaja mengelak daripada terserempak dengannya dan dia sangat berhati-hati untuk tidak menggoyahkan hati lelaki itu. Kenapa tiba-tiba lelaki itu...
Sepuluh saat berlalu...
Tiga puluh saat berlalu...
Satu minit berlalu...
Tiga minit berlalu...
Kata sekejap saja!!! Sangat tak boleh dipercayai!
Support your favorite authors and translators in webnovel.com