Selepas memperkenalkan Pic Kecil sebagai pembantu Ning Xi, Lin Zhizhi menyerahkan segugus kunci kepada gadis itu. "Ini adalah pangsapuri yang telah diaturkan oleh pihak syarikat buat kamu. Pindah ke sana secepat mungkin."
Dari ekor matanya, Ning Xi dapat melihat yang tulisan yang terukir di kunci itu tertulis: Hotel Regal Riveria.
Ya Tuhan! Mereka mengaturkan supaya artis baru sepertinya tinggal di Hotel Regal Riveria?
Kediaman vila yang paling mahal di Kota Raya B adalah Istana Platinum, manakala bangunan pangsapuri yang paling mahal pula Hotel Regal Riveria. Kedua-duanya projek yang dibangunkan oleh Syarikat Lu.
Dia teringat yang Ning Xueluo juga tinggal di Hotel Regal Riveria...
Seperti yang disangkakan, Keagungan Dunia memang mempunyai banyak wang!
Riak wajah Ning Xi kelihatan agak bimbang. "Terima kasih, Kak Lin. Tapi... saya mungkin tak boleh berpindah ke sana buat masa sekarang..."
Support your favorite authors and translators in webnovel.com