Setelah teragak-agak buat sementara waktu, Ning Xi pergi mencari Lu Tingxiao selepas makan malam.
Di balkoni yang sunyi itu, Lu Tingxiao tidak menggesa. Jadi dia hanya berdiri di situ menunggu reaksi gadis itu dengan sabar.
Ning Xi menarik nafas dan menoleh kepada lelaki di sebelahnya. Akhirnya dia berkata dengan penuh keazaman, "Lu Tingxiao, saya dah fikir tentang perkara yang kamu cakap hari tu. Saya janji saya akan tinggal di sini untuk tiga bulan lagi tapi saya memang perlu pergi dari sini selepas tu."
Walaupun tidak ada apa-apa di antara mereka, masih tidak manis untuk seorang wanita bujang tinggal di rumah lelaki lain. Hal ini juga dengan mudah boleh menimbulkan banyak salah faham yang tidak diingini.
"Terima kasih." Lu Tingxiao menghela nafas lega. Pada masa yang sama, ada cahaya gelap yang terpancar di matanya dan cahaya itu tidak disedari Ning Xi.
"Kamu ada penggambaran esok?" Tanya Lu Tingxiao.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com