Feng Haoyang memicit kulit di antara keningnya dan akhirnya berputus asa untuk berkomunikasi dengan Jia Qingqing. Cuba untuk menang dengan seseorang yang bodoh memang satu perkara yang tak berfaedah.
Syarikat sudah banyak menghabiskan tenaga untuk Jia Qingqing tapi dengan apa yang berlaku sekarang memang masalah ini tak dapat diselamatkan. Walau sebanyak mana sekalipun kerugian yang bakal dihadapi syarikat, satu-satunya cara yang tinggal ialah dengan membuang Jia Qingqing.
Melihat Feng Haoyang seperti sudah membuat keputusan muktamad, Jia Qingqing segera meluru ke arah Ning Xueluo, "Kak Xueluo, tolong saya! Tolong biarkan Kakak Chang jadi pengurus saya! Saya janji saya akan patuh dengan apa yang dia cakap! Saya janji saya akan siarkan surat permohonan maaf!"
Sebaik saja Chang Li mendengar kata-kata Jia Qingqing itu, dia serta-merta berasa takut. Mahu dia jadi pengurus Jia Qingqing? Ning Xueluo tak akan sanggup memerangkapnya begitu sekali, kan?
Support your favorite authors and translators in webnovel.com