webnovel

Bekas-bekas Kekasih Ingin Memerangkap Saya

Editor: EndlessFantasy Translation

Sebelum sesiapapun sempat bertindak balas, seluruh tapak penggambaran telah bertukar menjadi lautan merah.

Ning Xi memegang satu kad di tangannya, dan wajahnya bertukar hitam.

Satu ayat tertulis di atas kad itu: Jangan lupa jemput saya – Raja Peri Jahat.

"Cik Ning, sila tandatangan penghantaran ini."

"Ini, bolehkah saya tidak tandatangan? Meninggalkan semua ini di sini akan menjadi masalah untuk semua orang!" Ning Xi cuba menolak penghantaran itu dengan sopan.

"Malangnya tidak. Kami berjanji dengan pelanggan, kami hanya akan pergi selepas kamu tandatangan penghantaran ini!" Budak penghantar bunga itu serba salah.

Di sisinya, pengurus alatan berkata dengan tergesa-gesa, "Ning Xi, terimalah, terimalah! Kebetulan, kamu memang perlukan mawar merah untuk satu babak nanti. Terima kasih kepada kamu, kami tidak perlu bersusah payah menyediakannya nanti!"

Memandangkan pengurus alatan telah berkata begitu, dan Ning Xi juga tidak mahu menyusahkan budak penghantaran itu. Dia hanya boleh menggaru kulit antara keningnya dan tandatangan penghantaran untuk bunga-bunga tersebut.

Pada masa ini, semua orang sedang bergosip dengan muka kagum.

"Oh tuhanku! Begitu banyak bunga mawar! Romantiknya! Siapa yang menghantarnya?"

"Masih perlu tanya? Sudah tentu seorang peminat! Wanita cantik memang berbeza layanannya. Seseorang telah menghantar bunga pada hari pertama! Beratus-ratus pula tu!

Pembantu Ning Xueluo, Cui Caijing, kemudian berkata tenang, "Ia nampak seperti banyak, tetapi sebenarnya tidaklah begitu mahal!"

Sebaik sahaja dia selesai bercakap, seorang lagi datang mencari Ning Xi.

Ia bukan perkara besar seperti tadi, orang itu hanya menghulurkan satu kotak kecil kepada Ning Xi dengan berhati-hati.

Semua orang begitu ingin tahu apa yang tersimpan di dalam kotak itu.

Ning Xi membuka kotak itu dengan curiga. Di dalamnya, terbaring satu berlian yang besar dan berkilauan, dengan nota yang tertulis empat perkataan: Sudah lama tidak berjumpa. Ditandatangani oleh: YS.

Apabila melihat dua inisial ini, wajah Ning Xi menjadi lebih suram.

Sial! Adakah dua orang ini telah merancang bersama? Dia hanya mahu merendahkan diri dan selesaikan penggambaran ini. Kenapa begitu susah?

Ning Xi telah menerima bunga dan berlian sebelum separuh hari pertama tamat. Kru drama sudah bergosip seperti orang gila.

"Oh tuhanku! Berlian itu sungguh besar! Kilauannya hampir membutakan saya!"

"Peminat Ning Xi memang gila!"

Pada masa ini, Cui Caijing tidak dapat bersuara. Dia hanya boleh berbisik dengan tidak senang hati, "Siapa tahu berlian itu betul atau tidak?"

Ning Xi duduk dengan kecewa, seperti hidupnya bakal berakhir.

Apa yang sepatutnya datang, akan datang jua…

Tiada tempat untuk menyembunyikan diri…

Dia tidak dapat menghalang semua ini. Ning Xi hanya boleh meminta maaf kepada pengarah, "Saya minta maaf, Pengarah Guo. Saya tidak bermaksud untuk menyusahkan kru…"

Guo Qisheng tidak kisah, dan tersenyum sambil melambai tangannya, "Memang biasa untuk seorang wanita cantik mempunyai ramai peminat! Tak apa, tak apa. Kami memang merancang untuk guna bunga-bunga kamu ini!"

Tidak jauh daripada situ, Ning Xueluo kelihatan tenang. Namun sebenarnya, sedang mengetap gigi dengan kuat sehingga hampir hancur kerana terlalu geram.

Bagaimana dia tidak cemburu? Gadis desa bodoh yang kotor sebelum ini, kini mampu membuat lelaki gila padanya, dan dengan mudahnya mendapat semua perkara yang dia perlu rancang rancangan jahat untuk memilikinya..

Sebelum penggambaran babak seterusnya, Ning Xi pergi ke satu sudut untuk membuat satu panggilan ringkas.

"Hei sayang, kamu sudah terima penghantaran saya?" Suara di talian begitu bersahaja.

"Jiang Muye! Pergi matilah! Kamu sengaja buat begini, bukan?" Berbanding dengan suara di hujung talian, Ning Xi kedengaran lebih marah.

"Tut-tut, kamu orang pertama menerima bunga mawar daripada saya, tapi langsung tidak kagum dengan apa yang saya berikan kepada kamu. Cita rasa kamu memang buruk."

"Jangan tukar topik! Apa sebenarnya yang kamu nak?"

"Saya tidak mahu apa-apa. Saya cuma ingatkan kamu untuk jemput saya di lapangan terbang. Kamu telah berjanji kepada saya!"

"Kamu masih berani minta saya jemput kamu? Kamu tak takut saya akan bawa pisau sepanjang 40 meter dan potong tubuh kamu sampai mati?" Ning Xi menahan keinginannya untuk membunuh orang ini.

"Kamu mahu mungkir janji?" Suara dalam talian bertukar dingin.

"Syarat untuk menjemput kamu di lapangan terbang ialah dengan kamu meminjamkan lapan juta yuan kepada saya. Tapi saya sudah tidak perlukannya lagi. Kan saya dah mesej kamu?"

"Aku tak kira. Kamu sudah janji. Walaupun kamu sudah tak perlukan wang itu lagi, saya bersetuju untuk bantu sebaik sahaja kamu bertanya. Jumlah itu besar. Saya begitu ikhlas. Kamu benci berhutang budi dengan orang bukan? Bukankah ini juga dikira sebagai bantuan?"

Next chapter