"Bedebah! Mereka fikir mereka siapa?!" Tiba-tiba, Ning Xi melepaskan satu tumbukan ganas. Jika Lu Tingxiao tidak bertindak balas dengan cepat, mengikut kekuatan tumbukan itu, rahangnya sudah tentu patah.
"Gadis tidak patut berkasar bahasa." Lu Tingxiao berkerut.
Tapi, dia kelihatan sangat comel apabila dia menyumpah.
Ning Xi terlalu mabuk, tetapi dia masih lagi waras. Dia dapat rasa orang yang memeluknya tidak berniat jahat, malah sangat lembut. Jadi, perlahan-lahan, dia menerima kehadiran Lu Tingxiao. Dia kekal duduk dipahanya, tidak lagi bergelut dalam pelukannya, dan terus bercakap dalam keadaan mabuk. "Wanita tua ini tidak fikir ia berbaloi untuk dilakukan… kalau tidak, dengan wajah wanita tua ini… saya boleh mencari yang lebih besar... paha yang paling besar dan tebal untuk dipeluk1… Kamu semua sangka kamu boleh menindas saya… saya akan keluar dan cari…saya pergi sekarang juga…"
Mendengar ini, Lu Tingxiao mengangkat keningnya lalu mengambil tangan wanita itu dan meletakkannya celah pahanya. "Orang yang mempunyai paha paling tebal di dalam ibu negara ada di sini. Kamu masih mahu keluar cari?"
Ning Xi meramas-ramas otot pahanya dan meraba sekeliling sebelum melaung dengan kuat, "Tidak tebal! Tidak tebal langsung!"
Lu Tingxiao, "…"
Dia telah dilayan kerana dia tidak cukup tebal.
Mana mungkin ada lelaki yang boleh menerima jawapan seperti ini.
Apa yang lebih teruk, tangan Ning Xi telah menyentuh tempat yang tidak sepatutnya disentuh, dan menepuk di bahagian itu sambil berkata, "Hm, apa ini…ia mengganggu… ia mencucuk saya…"
Nadanya penuh tidak puas hati.
Wajah Lu Tingxiao bertukar hodoh.
Sekiranya dia terus berada dalam keadaan ini, dia mungkin akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan moralnya.
Orang di luar tadi sudah lama meninggalkan tempat itu. Jadi, Lu Tingxiao segera membuka pintu dan membawa Ning Xi keluar.
Mereka sampai ke tempat letak kereta bawah tanah.
Sudah tentu orang yang membuka pintu kereta untuk mereka adalah Lu Jingli.
"Kenapa awak di sini?" Dahi Lu Tingxiao berkerut.
"Saya pergi ke tempat kamu untuk mencari kamu, tetapi kamu dan Si Cilik sudah hilang. Jadi, saya datang untuk mencari kamu berdua! Abang, kamu benar-benar tidak mengerti etika adik-beradik. Bila kamu beli kereta ini? Ini jauh lebih hebat dan cantik daripada kereta yang kamu hadiahkan kepada saya! Saya rasa seperti saya tidak tahu apa-apa!" Lu Jingli kelihatan seperti dianiaya.
Lu Tingxiao mengabaikannya dan terus membawa Ning Xi masuk ke kerusi belakang.
Lu Jingli duduk di depan dan memalingkan kepala untuk meneliti pakaian Lu Tingxiao dan Ning Xi yang tidak kemas. Wajah menjadi raja gossip. "Di mana kamu jumpa dia? Kenapa kamu lama sangat? Tengok Si Cilik, dia hampir menjadi Batu Amah2!"
Si Cilik melekatkan dirinya pada tingkat kereta sebaik sahaja dia melihat Ning Xi.
Lu Tingxiao pada awalnyya bimbang Ning Xi akan menjadi samseng apabila mabuk. Tetapi, apabila Si Cilik mendekatinya, dia tidak mengamuk langsung. Dia hanya memandang Si Cilik dan kemudian memeluknya seperti bantal yang selesa.
Lu Tingxiao bukan jenis yang suka pada gosip. Dia menanggalkan tali leher dan jaketnya. "Apa yang telah berlaku hari ini?"
Berkata tentang perkara yang dia paling bagus, iaitu penyiasatan, Lu Jingli terus bersemangat. "Menurut sumber saya, semua berjalan dengan lancar. Kamu juga gunakan Arthur, sudah tentu Ning Xi berjaya menangkap hati semua yang hadir. Wartawan turut memberi respons yang positif kepada Ning Xi!"
"Siapa lagi yang bertemu dengan dia malam ini?" Lu Tingxiao bertanya soalan lain.
Lu Jingli cuba untuk ingat. "Selain pelakon dan kru, dengan Ning Yaohua dan…"
Lu Jingli melihat abangnya dan menelan air liur sebelum meneruskan, "Su Yan…saya rasa itu sebabnya dia menjadi begitu mabuk kerana dia telah bertemu dengan bekas teman lelakinya, yang kini menjalin hubungan dengan musuh ketatnya, Ning Xueluo. Jadi, dia mungkin berasa tidak senang hati…"
Walaupun Lu Jingli cuba mengatur ayatnya dengan berhati-hati, wajah Lu Tingxiao bertukar gelap sekelip mata.
Dia memang menakutkan.