webnovel

Tamparan Kelapan (18)

Editor: EndlessFantasy Translation

Mata Jun Wu Xie mengecil dan renungannya tertumpu pada tiga orang lelaki yang masih ada di situ. Mereka bertiga pasti sama seperti Gu Ying, berasal dari Alam Pertengahan. Nalurinya mengatakan walaupun mereka bertiga tidak sekuat lelaki berjubah kelabu di Puncak Berawan yang telah memaksa Ye Sha untuk meletupkan dirinya sendiri, mereka tetap lebih kuat berbanding Gu Ying.

Ye Sha dengan mudahnya dapat mengatasi Gu Ying, tetapi jika menentang tiga orang lelaki ini…

"Para utusan yang dihormati akhirnya sempat sampai ke sini!" Sebaik Ning Rui melihat kemunculan lelaki-lelaki ini, hatinya yang berasa cemas sejak tadi mula bertenang. Dia yang masih dalam keadaan sedikit terkejut, tidak sabar-sabar mahu meluru mendapatkan ketua itu.

Ketua kumpulan itu menjeling sekilas pada Ning Rui dan bertanya dengan nada yang dingin, "Apa yang berlaku di sini?"

Ning Rui cepat-cepat berkata, "Tuan Muda Gu Ying dan saya sudah bersiap-sedia mahu membawa para pelajar ini ke Cenuram Penghujung Syurga. Tetapi Jun Xie tiba-tiba datang dengan orang-orangnya untuk masuk campur. Malah mereka juga mencederakan Tuan Muda Gu."

Ketua itu berkerut sedikit dan pandangan matanya beralih pada Jun Wu Xie yang berwajah dingin. Sebelum ini Gu Ying ada menghantar surat memberitahu mereka tentang Teknik Pemulihan Roh. Dua orang yang paling penting dalam hal ini ialah Gu Li Sheng dan Jun Xie. Sebelum Gu Ying pengsan tadi, dia terang-terangan menyatakan mereka perlu membawa Jun Xie pulang bersama-sama mereka.

Selain Jun Xie, orang lain di sini boleh dibunuh.

"Hakikat yang kamu dapat mencederakan Gu Ying menunjukkan yang kamu memiliki sedikit kemahiran. Tapi setakat itu sajalah." Ketua itu berpusing untuk berhadapan dengan Ye Sha. Kilauan cahaya ungu dari kuasa rohaninya tiba-tiba memancar. Seketika kemudian, dua orang lelaki di belakangnya juga diselubungi cahaya ungu.

Tiga roh ungu!

Sebaik tiga cahaya yang berkilauan itu memancar, semua pelajar di Akademi Zephyr terbeliak dan terlopong. Mereka tidak percaya dengan apa yang mereka lihat.

Roh ungu sudah tidak muncul selama seratus tahun. Tiba-tiba sahaja begitu ramai pula yang muncul hari ini!

Seketika kemudian, semua orang dipenuhi emosi. Orang-orang yang begitu kuat dan hanya wujud dalam legenda telah muncul di hadapan mata mereka. Malah jumlah mereka bukan sedikit! Sungguh sukar dipercayai!

Sebaik keadaan ini berlaku, Ye Sha terus berdiri di hadapan Jun Wu Xie. Matanya mengecil dan dia memandang ketiga-tiga lelaki ini dengan penuh waspada.

"Kalau kamu bandingkan diri kamu dengan mereka, bagaimana?" Jun Wu Xie bersuara dari belakang Ye Sha.

Wajah Ye Sha tidak berperasaan ketika dia menjawab, "Kalau satu lawan satu, tak seorang pun mampu menandingi saya."

Sebelum Ye Sha selesai berkata-kata, Jun Wu Xie tahu bahawa jika ketiga-tiga lelaki itu bergabung dan menyerang serentak, Ye Sha tak akan mampu menghalang mereka!

Rancangan rapi Jun Wu Xie tidak mempertimbangkan perubahan yang tidak dijangka ini.

Mereka bertiga berasal dari Alam Pertengahan. Setiap seorang pula memiliki kuasa yang lebih tinggi berbanding Gu Ying. Ye Sha terpaksa bergelut untuk menangani mereka semua!

"Kalau kami halang dua daripada tiga orang itu, kamu boleh kalahkan seorang lagi?" Tiba-tiba Jun Wu Xie bertanya.

Ye Sha terkejut seketika dan terus menjawab, "Ya."

Jun Wu Xie tidak berkata apa-apa lagi. Dia hanya diam dan memberikan pandangan penuh makna pada Fan Jin dan Fan Zhuo.

Tiga orang lawan tahap roh ungu di hadapan mereka itu sedang meluru ke arah mereka pada ketika itu!

Tapi sejurus sebelum mereka menghampiri Ye Sha, tiga pancaran cahaya ungu berkilauan terang di belakangnya!

Pada ketika itu, seluruh Akademi Zephyr menjadi gempar. Mata semua orang di situ tertumpu pada tiga orang pemuda yang berdiri di belakang Ye Sha!

Badan Jun Xie, Fan Jin dan Fan Zhuo diselubungi cahaya ungu daripada kuasa rohani mereka yang telah dilepaskan! Situasi ini amat tidak dijangka!

"Tak mungkin…" kata Ning Rui. Dia ternganga sebaik menyaksikan cahaya ungu yang terpancar dari tubuh Jun Xie dan adik-beradik Fan. Bajunya lencun dibasahi peluh. Dia telah memerhatikan Fan Jin dan Fan Zhuo membesar selama ini. Fan Zhuo lemah sejak kecil dan tidak memupuk kuasa rohaninya. Tambahan pula, walaupun Fan Jin agak berbakat, masih jauh lagi untuk dia mencapai tahap roh ungu!

Next chapter