webnovel

Pemikiran Baru!

Editor: EndlessFantasy Translation

Qi Long, Zhao Jun, Li Lanfeng dan Li Yingjie terkejut mendengar kata-kata Ling Lan.

Qi Long mengorek telinga dengan jari kelingkingnya. Dia berbisik kepada Lin Zhong-qing, "Kenapa gaya bos sekarang macam Li Yingjie?" Walaupun bos mereka seorang dominan, dia jarang menggunakan perkataan untuk mengekspresi dirinya. Oleh itu, Qi Long tidak biasa dengan perubahan gaya yang tidak dijangka ini.

Li Yingjie mendengar kata-kata Qi Long dan merenungnya dengan pandangan marah. Apa maksudnya bercakap macam Li Yingjie? Itulah yang dipanggil aura. Ini merupakan sesuatu yang dapat dijangka daripada orang yang kuat tapi dungu. Orang yang tidak faham erti kehidupan…

Li Yingjie memandang Ling Lan dengan kagum. Mereka berdua sama angkuh tetapi dia tidak dapat tampil hebat dan berkuasa seperti Ling Lan. Bagaimana Ling Lan dapat menundukkan kumpulan itu hanya dengan auranya sahaja? Adakah kerana dia berkuasa? Li Yingjie tiba-tiba menyedarinya.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter