"Planet Aoqi pasti akan hantar askar mereka untuk cari kita." Li Lanfeng yang duduk di atas sofa tiba-tiba berkata.
Fokus semua orang tertumpu pada Li Lanfeng. Li Lanfeng dengan tenang menyambung, "Planet Aoqi kehilangan mahaguru domain peringkat teratas kerana mereka ditugaskan untuk membunuh tuan puteri. Mereka tahu sasaran mereka berada di atas kapal Feiyang dan sudah tentu tidak akan berputus asa dalam misi pembunuhan."
"Lagi satu, Aoqi dah pernah rancang nak musnahkan kapal Feiyang tapi mereka tak ada sebab munasabah untuk menyerang kapal ini. Akhirnya, selepas menerima ancaman dari Persekutuan, mereka tak dapat teruskan rancangan lalu membiarkan Feiyang berlepas pada waktu yang sepatutnya. Tapi, walaupun situasi berlaku seperti ni, kerajaan Aoqi tak akan mudah berputus asa..."
Support your favorite authors and translators in webnovel.com