webnovel

rheina toreh sembilu

Related Stories
Author:
Ongoing
Related Reviews
Nor_Atilah
Nor_Atilah
2019-09-03

"Saya bagi awak masa7 hari je. Kalau awak tak berjaya dapatkan apa yang saya nak, kita putus!" Masih terngiang-ngiang ayat tersebut di dalam telinga Badri. Ia melantun tanpa henti di gegendangnya lantas mendatangkan rasa pedih di dalam hati bak ditusuk sembilu. Sebenarnya permintaan daripada makwenya iaitu Zaida tidaklah sesukar mana pun. Bila-bila masa saja pun boleh dilunaskan. Tapi disebabkan Zaida mahu Badri membeli motor Yamaha Y15 secara tunai, permintaan tu terus jadi susah sebab dia mana ada duit sebanyak RM10,000 tunai untuk beli motor tersebut. "Geran motor tu mesti nama awak sebagai bukti awak beli motor tu cash. Installment tak nak ok." Kali ini ayat lain pula bergema di dalam telinga Badri. Semakin derita jiwa Badri tatkala ayat itu bermain-main di dalam kepalanya. Badri jadi gundah-gulana dan buntu untuk fikirkan penyelesaian kepada masalahnya. Tapir yang menyedari sahabat baiknya itu termenung lama di tepi jalan, lalu dia datang mendekati untuk mengetahui mengapakah Badri bersikap begitu. "Nah," kata Tapir sambil menghulurkan sesuatu kepada Badri. Badri yang sedari tadi termenung, lantas terkejut melihat apa yang dihulurkan oleh Tapir. "Apa ni?" Tanya Badri dengan muka berkerut-kerut. "Ubat sembelit." "Ubat sembelit? Untuk apa ni?" "Bukan ke kau ada masalah sembelit?" "Hah? Kenapa kau kata aku ada masalah sembelit?" "Sebab kau duduk termenung je sejak tadi." "Angguk kau! Kalau aku sembelit, aku tak duduk sini. Aku duduk kat klinik minta ubat. Apalah kau ni!" "Habis tu kau sembelit ke tak ni?" "Taklah giler!" "Huh! Cakaplah awal-awal." "Cakap awal-awal apa bendanya, kau pun tiba-tiba je datang hulur ubat sembelit kat aku. Tanya apa pun tidak tapi dah jump to conclusion." "Aku ingat sangkaan aku tepat." "Itu bukan sangkaan, itu sangkakala!" "Yelah yelah. Rileklah, jangan marah. Habis tu, apa masalahnya sampai dua jam kau termenung kat tepi jalan ni?" Badri terus diam seribu bahasa. Jika tadi dia petah berkata-kata, memarahi Tapir, tapi kini dia kelu terus. Dia tak tahu sama ada dia patut cerita atau tidak kepada kawannya. "Woi, lama diam? Ceritalah masalah kau. Kalau aku boleh tolong aku tolong," Tapir cuba membantu. Mendengar kata-kata Tapir, Badri berasa ada sinar harapan mula muncul kembali untuk selamatkan hubungan dia dan Zaida. Sekuntum senyuman mula terukir di bibir Badri sambil matanya menatap wajah Tapir. Tapi Tapir jadi tak sedap hati tengok Badri senyum sambil memandangnya begitu. Tapir mula terasa dia bakal dicabul nanti. "Kau berani kau buatlah!" Jerit Tapir yang terus mengejutkan Badri yang tersenyum tadi. Muka Badri jadi pelik dengan kelakuan Tapir. "Kau dah kenapa ni Tapir? Buat apa pula ni?" Tanya Badri yang kehairanan. "Kau nak cabul aku kan?" "Hah? Apa benda kau mengarut ni doh? Apahal aku nak cabul kau lak?" "Sebab kau usha aku sambil senyum-senyum." "Pui! Aku senyum bukan nak cabul kau lah. Kau ni mana layak dicabul, layak ditikam je. Jenis lembab nak mampus." "Fuh garang. I like! Habis tu kau senyum senyum tadi kenapa?" "Sebab kau kata kau boleh tolong." "Ye, memang aku boleh tolong. Tapi tolong apa?" "Tolong pinjamkan aku RM10,000, boleh?" "What the..." === Hujan yang turun di sebelah malam ini seolah-olah mengerti kesedihan yang dialami oleh Badri. Biarpun air matanya masih belum mengalir, tapi titisan-titisan hujan yang turun ibarat mewakili air matanya. Selepas berdiri melihat hujan yang turun di luar rumah dari dalam biliknya, Badri kemudian duduk di atas kerusi dan bersandar lalu menepuk-nepuk kepalanya dengan kuat. Pap! Pap! Pap! Tepukan itu agak kuat sehinggakan mak Badri iaitu Mak Biah yang sedang menonton TV di ruang tamu terdengar bunyi tersebut dek kerana pintu bilik Badri yang tidak bertutup. "Badri! Dah bergolek atas lantai dah!" Tiba-tiba Mak Biah menjerit kuat dan mengejutkan Badri sehingga dia berhenti menepuk-nepuk kepalanya. Badri bergegas keluar bilik dan memandang Mak Biah seraya berkata, "Apa yang bergolek mak?" "Otak kamu. Tadi

Related Questions
Among the characters in the novel, there were Doremi, Little Lucy, Ronan, Rheina, Crab Husky, Ryan, Alpha, Little Blue, Lucy, and Sigrid. What was a fantasy/alternative fantasy novel? It had to have management, system style, exotic beast style, transmigration, and mystical creature elements? Where can I watch it?
1 answer
2025-02-05 03:03
This book was called "A Guide to the Breeding of Magical Beasts in the Other World." The characters in the book included: the supporting role-Doremi, the soul singer, the deadly kind, and the supporting role-Little Lucy, Dean's apprentice, one of the victims of Lucy's Law (?). Supporting role-Ronan, Ronan (Not Naked Man) Dean's apprentice, supporting role-Rheina, a salted fish female employee, who liked to work without working, as if hiding some secret. The male lead-Dean, a young entrepreneur from another world, the female lead-Cana, known as Shadow Doll, the male supporting role-Crab Erha, the chosen crab, and the male supporting role-Ryan. He was originally a reliable knight, but for some reason, he had gradually become more tactful recently. The male supporting role was Alpha, the assassin, the female supporting role was Little Blue, which was called Little Blue because it was green, the female supporting role was Lucy, Ryan's adopted daughter, who had a very common name, just like Xiaoming (not), and the female supporting role was Sigrid, the white, rich, and beautiful princess. This book can be read on Qidian Chinese website. "A Guide to the Breeding of Magical Beasts in Other Worlds" by Budiu. It was a fantasy novel with management, system style, exotic beast style, transmigration, and mystical creature elements. Author: Budiu [Genre: Fantasy, alternative fantasy] [Tagged: Transmigration, Mutated Beast Style, System Style, Management] [Status: Series in progress] [Rating: 5 stars] [Reason for recommendation: The main plot of the novel is clear. The combat system of the world is complete and diverse. Other than the main character, there are many different characters with different characteristics. It can be considered a group portrait novel...] I hope you will like this book.
Related Topics
More
New Arrivals
Popular Searches