Zulaikha Zulfiqar Puteri bongsu Negeri Anjung Seri yang bertekad lari dari negerinya. Walaupun dilahirkan antara kerabat diraja yang hebat dalam sejarah sakti, namun dirinya tidak mampu mewarisi kuasa sakti tersebut. Dia lari dari Negerinya untuk mendapatkan jawapan mengapa dirinya tidak memiliki kuasa sakti. Namun, dalam masa yang sama dia tetap mahu mendapatkan kuasa sakti walaupun sudah tujuh belas tahun mencuba. Dia tertangkap ketika berada di Negeri Sentosa kerana terdapat salah faham antara dia dan orang awam di situ. Zulaikha tewas lalu sebagai hukuman, dia di jual ke pasar gelap sebagai hamba. Nasib menyebelahinya apabila salah seorang pekerja istana di Negeri yang kaya membelinya untuk dijadikan Dayang Istana yang baru. Negeri itu bernama Langka Indra. Di sana dia menjadi Dayang kepada seorang Putera Mahkota yang dingin, tampan dan bijaksana. Shahdan Shah, Putera Mahkota Negeri Langka Indra. Dia pengguna kuasa sakti ais. Jika seseorang memiliki satu kuasa sakti ia digelar sebagai 'kelebihan' tapi jika seseorang itu memiliki lebih daripada satu kuasa sakti ia digelar sebagai 'kurniaan'. Dan itulah yang terjadi kepada Shahdan. Segalanya bermula apabila dia bertemu Shahdan. Mereka sentiasa bergelut kerana hal kecil sehinggakan mereka tidak sedar mereka sedang masuk ke perangkap musuh. Shahdan dibuang dari Negeri Langka Indra dan Zulaikha turut ikut sama. Mereka berdua mengembara ke dunia luar dan akhirnya menemui jawapan, mengapa Zulaikha tidak memiliki kuasa sakti dan Shahdan memiliki kuasa sakti yang kedua.
Torn apart and eaten alive by zombies, Jiao Lizhi died filled with regret and hatred. As darkness engulfed her, she opened her eyes—only to find herself back at the beginning of the apocalypse. Crawling back from hell, she sought revenge and fought to live a better life. Watching his loved one torn to pieces before his eyes, he lost his sanity. To avenge her, he destroyed humanity’s last hope with his own hands. On the day the world was swallowed by darkness, he took his own life as the last man standing on Earth. When he opened his eyes again, he vowed never to lose her again! As the world turns into a living hell, will they be able to undo the regrets of their past lives? TRIGGER WARNING! Gore, Violence, Graphic scenes, Abuse.
coming soon