"Mustahil!" Marsyal itu menolak permintaan tersebut tanpa memikirkannya.
Akademi Tentera Lelaki Pertama adalah fokus utama seluruh Persekutuan. Mana-mana pelajar yang berjaya diterima masuk ke sekolah ini adalah pelajar terbaik antara yang terbaik di Persekutuan. Setiap seorang daripada mereka cukup luar biasa dan mempunyai kelebihan tersendiri. Sejak penubuhan sekolah itu, demi menghalang proses kemasukan tidak adil yang boleh menjejaskan nama baik sekolah, terdapat penyeliaan daripada pihak ketenteraan dan kerajaan. Ini akan menghalang sepenuhnya sebarang kemungkinan penyalahgunaan hak istimewa untuk masuk ke dalam sekolah menerusi pintu belakang. Jadi, kalau dia mahu membantu Ling Xiao sekalipun, dia tidak ada cara untuk menguruskan pihak kerajaan, terutamanya perdana menteri pertama, orang tua yang licik itu.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com