Beberapa ketika selepas kejadian Nangong Quan, Orang Tua Nangong tanpa disangka-sangka menghilang daripada radar. Selepas berjaya mengawal Springfall, dia sebenarnya menjadi… sangat rendah diri.
Tetapi, tiada sesiapa berani bertenang, kerana tiada sesiapa tahu jika dia tiba-tiba akan meledak dan melakukan sesuatu yang gila!
Nangong Quan terbaring di hospital hampir seminggu lamanya. Sepanjang minggu ini, tidak terkira banyaknya Su Youran menangis. Malah, ada ketikanya dia berhenti berharap.
Doktor memberitahu dadah itu sudah menyerang otak Nangong Quan. Jadi, peluangnya untuk sembuh, sama tinggi dengan dengan peluangnya untuk meninggal.
Su Youran melalui banyak detik terkejut dan kecewa minggu itu, tetapi, dia juga merasakan ketakutan.
Setiap kali Nangong Quan bergerak sedikit, dia akan segera melompat memberi perhatian. Tetapi, berulang kali, dia dijatuhkan dari langit ke dasar lembah tidak berpenghujung.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com