Yu Jiaojiao yang sedang meniarap di hujung tingkap, tiba-tiba membuka matanya dan berkata dengan suara yang lembut, "Rakan Dao Shuhang, kita ada tetamu."
Selepas mengecutkan diri, Yu Jiaojiao masih mempunyai tubuh seekor ikan dan berkaki manusia. Walau bagaimanapun, dia masih kelihatan cantik seperti sebelumnya. Pada masa ini, dia kelihatan seperti seorang pari-pari kecil yang comel.
Namun, jika dia bertukar menjadi bentuk sebenarnya yang sepanjang beberapa meter, tentu akan jadi menakutkan...
Kita boleh bersetuju yang tidak kiralah apa yang kita katakan, ia akan jadi betul dan mempesonakan selagi mana ia merupakan sesuatu yang kecil dan indah!
"Saya tahu." Song Shuhang menolak pintu dan membukanya dengan lembut. Dia tidak mahu menganggu Guoguo yang sedang tidur.
Pada masa yang sama, Yu Jiaojiao merasakan pahlawan-pahlawan landak laut sedang mendekati mereka, Song Shuhang juga perasan kehadiran tetamu yang tidak diundang.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com