'Nampaknya ada gangguan di bandar suci hari ini.' Leylin memandang ke arah langit. Kedengaran bunyi penggera yang sangat kuat tetapi dia tidak menghiraukannya dan terus menyiram taman bunga kecilnya itu.
'Kalau ikutkan rancangan aku, ular-ular syaitan yang tercemar oleh kerakusan sepatutnya dah sampai sini. Nampaknya para pengawal dah terjumpa sesuatu,' Leylin tidak rasa tergesa-gesa pun, sebaliknya sibuk dengan halnya sendiri.
Realitinya, selepas begitu lama masa berlalu, kerakusan sepatutnya sudah tersebar di seluruh Dataran Ular Syaitan itu. Wabak ini tidak akan hilang kecuali dataran itu dimusnahkan sepenuhnya. Itulah bagaimana Leylin begitu pasti dengan kerjanya sendiri.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com