webnovel

Love After Met

"Bagi saya, bintang ni umpama manusia yang paling bermakna dalam hidup saya. Sinaran cahaya yang terang , membuatkan saya ingat dekat orang yang saya sayang." "Ceh, ayat google eh? hahaha" Sara gelak selepas mendengar kata-kata dari Akif. "Ish, awak pergi masuk rumah, tidur lagi bagus" "Bagi saya pula, bintang ni membawa sinar harapan seseorang terhadap sesuatu perkara. Kalau malam tu ada bintang, adalah harapan, kalau tak ada bintang pula bukannya tak ada harapan. Tapi mungkin harapan seseorang tu tak dapat jadi realiti atas sebab-sebab tertentu." Pendapat Sara tentang bintang.

Haqi_11 · Ficção Científica
Classificações insuficientes
9 Chs

Bab 3 : Hero

♡Love After Met ♡

Habis berfikir tentang orang yang disukai oleh Akif, Sara sudah mula mengantuk dan tertidur. Sara tidur dengan nyenyak sekali akibat kepenatan, seharian bekerja di restoran mak ngah Kiah.

Pukul 1 pagi....

Kelihatan kelibat seorang lelaki berpakaian hitam dan bertopeng sedang memanjat pagar untuk memasuki rumah Sara. Sara pada masa itu terjaga dari tidur dan pergi ke bilik air di tingkat bawah. Bunyi tebukan tombol pintu jelas kendengaran dari bilik air. "Ada orang ke tu? " Sara bertanya dalam hati dengan penuh rasa cemas. Dengan pantas Sara keluar dari bilik air dan terlihat lelaki bertopeng itu. Sara terkejut dan terus berlari ke biliknya di tingkat atas. Dia bernasib baik, lelaki tersebut tidak nampak Sara berlari ke atas.

"Hello, Akif, awak dah tidur ke? ". Sara menelefon Akif dan bertanya dengan nafas yang teresak-esak. "Saya terjaga sebab awak call. Kenapa suara awak macam tu, ada apa yang tak kena ke? " Akif mula berasa risau. "Ada orang pecah masuk rumah saya ni, Akif please datang sini cepat. Saya takut". Sara memberi keterangan sambil menangis. Akif menamatkan panggilan dan terus bergerak ke rumah Sara. Dengan perlahan-lahan Sara bergerak untuk ke tingkat bawah semula. Sara cuba memberanikan dirinya untuk berhadapan dengan lelaki tersebut.

Nafas dan degupan jantung Sara menghadapi masalah. " Mana Akif ni". Bisik hati Sara yang berasa amat gelisah. Tiba-tiba sahaja lelaki yang menceroboh masuk rumah Sara itu muncul betul-betul di belakang Sara. Tidak sempat untuk Sara bertindak , dia jatuh ditolak dan terhantuk di bucu meja.

Kereta Akif sampai di perkarangan rumah Sara.

"Sara, Sara! ".Akif menjerit memanggil Sara. Penceroboh tadi bergegas keluar, lari dari rumah Sara melalui pintu belakang. Akif tidak mengejar penceroboh tersebut sebaliknya ingin melihat keadaan Sara dahulu. "Sara awak ok tak!?".Akif bertanya dengan amat risau. Tanpa menjawab pertanyaan Akif, Sara pengsan akibat hantukkan & ketidakstabilan degupan serta pernafasannya tadi. "Sara, bangun! ". Akif menjerit. Dengan pantas Akif memapah Sara ke dalam kereta untuk dibawa ke klinik.

Setibanya di klinik....

Pemeriksaan dijalankan ke atas Sara. "Tak ada apa yang serius, isteri encik cuma terkejut sahaja". Doktor yang memeriksa keadaan Sara memberikan penjelasan kepada Akif. "Hm, kami bukan suami isteri, kawan je". Akif berkata dengan rasa malu . Sara hanya menunduk mendengar perbualan antara Akif & doktor tersebut. "Ouh iyeke, maaf ya". Doktor itu memohon maaf. "Apa-apa pun, Sara kena ada waktu rehat yang mencukupi, elakkan buat kerja-kerja berat ok".

Di dalam kereta, Akif cuba menanyakan soalan kepada Sara. "Awak tak cam ke orang yang pecah masuk rumah awak tu? ". "Jangan lurus bendul sangat boleh tak? Dah kata kan orang tu pakai topeng". Sara menjawab pertanyaan Akif dengan nada yang tinggi. "Sorry". Akif meminta maaf. "Awak nak saya hantar balik rumah terus ke? " Akif bertanya. "Iyela, nak hantar saya kat mana lagi? "Sara menjawab & mengeluh. "Hm, saya risaukan awak je. Kalau boleh awak ikutlah saya balik rumah saya". Akif mengajak Sara untuk ke rumahnya. "Balik rumah awak? Eh waraslah sikit". Sara melenting. "Apanya, ada mak saya kat rumah.Lagipun awak dengan mak saya tu rapat tambahan pula esok cuti. Tak ada apa nak dirisaukan. Kalau awak balik rumah awak, its not safe dan saya risau sangat". Akif sekali lagi berkata bahawa dia risau terhadap Sara. "Iyela, saya ikut". Sara akhirnya menerima permintaan Akif.

Setelah hampir 20 minit di atas jalan raya, mereka pun tiba di rumah mak ngah Kiah. Sara tertidur dalam perjalanan tadi dan masih belum bangun. Akif merenung wajah Sara dengan berkata...

"Susahnya nak luah perasaan". Akif cuba meluahkan perasaannya kepada Sara, namun itu merupakan perkara yang sukar untuk dia lakukan. "Awak, awak, awak. Kita dah sampai ni". Akif mengejutkan Sara dengan nada yang amat lembut. "Akif, dekat sikit boleh? ".Sara dalam keadaan mamai meminta Akif untuk dekatkan diri. Akif perlahan- lahan mendekatkan dirinya."Ha rasakan! ". Dahi Akif ditepuk oleh Sara."Ah, sakitlah, dah kenapa awak ni? " Akif kesakitan. "Awak tu yang dah kenapa, geli tau tak?". Sara meleteh. "Iyela, sorry".

Sara dan Akif keluar dari kereta dan memasuki rumah. "Assalamualaikum".Akif memberi salam. Tidak ada yang menjawab salam dek kerana mak ngah Kiah sudah tidur. Akif membawa Sara ke bilik tetamu. "Ha, ini bilik tetamu, awak rehatlah cukup-cukup iya".Sejurus selepas Sara masuk ke dalam bilik, Akif pun ke biliknya. Dia duduk di atas kerusi yang ada di dalam biliknya itu dan mengeluarkan telefon.

[Awak rehat elok-elok tau]

Akif menghantar pesanan melalui Whatsapp kepada Sara. "Eh, siapa pula ni? " Sara berasa aneh kerana menerima pesanan yang bukan dari senarai kenalannya. Sara cuba mengenal pasti pemilik nombor telefon itu lalu melihat profil nombor tersebut. "Akif. Mana dia dapat nombor aku ni? haih mesti mak ngah yang bagi". Sara merasakan bahawa mak ngah Kiah yang telah memberikan nombor telefonnya kepada Akif.

[Seen je?]

Akif mengirim pesanan lagi.

[Mana awak dapat nombor saya ni? ].

Sara inginkan kepastian.

[Mak saya yang bagi]. Tekaan Sara tadi tepat sekali.

[Awak ok dah kan?] .

Akif bertanya keadaan Sara. [Boleh lah]. Sara membalas pesanan.

[Ok lah kalau macam tu. Tidurlah, dah lewat ni]. Akif menyuruh Sara tidur.

[Ok]

Sara hanya membalas dengan dua huruf. Akif pun terus melelapkan matanya. Belum sempat menyenyakkan diri, notifikasi dari telefon Akif berbunyi. Notifikasi tersebut datangnya dari aplikasi Whatsapp.

[Thank you sebab datang tadi, kalau awak tak datang, entahlah apa jadi kat saya. Have a nice dream, good night♥].

Akif menerima mesej tersebut daripada Sara. Senyuman kegembiraan bercampur bahagia jelas kelihatan di muka Akif selepas menerima mesej dari Sara. Akif hanya membaca dan terus melelapkan mata. Matahari sudah mula terbit. Akif telah bangun dari tidur dan turun ke tingkat bawah. "Malam tadi mak dengar bunyi kereta.Akif ada keluar pergi mana-mana ke?" Mak ngah Kiah mengajukan soalan kepada Akif. "Akif pergi rumah Sara semalam"

"Kenapa?" Mak ngah Kiah menanyakan soalan lagi. "Ada orang pecah masuk rumah Sara". Akif menjawab pertanyaan ibunya. "Ya Allah, Sara ok tak? Mak ngah Kiah terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Akif. "Alhamdulillah ok, dia ada kat bilik tetamu tu". Akif menyejukkan hati mak ngah Kiah. "Oh iya ke? Pergi panggil dia turun, matahari terpacak atas kepala dah tu". Akif tergelak dan terus ke tingkat atas untuk memanggil Sara. Akif mengetuk pintu bilik di mana Sara berada. Tiga kali mengetuk pintu, Akif berasa hairan tidak ada sahutan dari Sara. Dia bertekad membuka pintu bilik itu dengan perlahan-lahan. "Eh, mana pula dia ni". Akif hairan ,di dalam bilik tetamu itu tidak ada orang."Awak?" Akif cuba mendapatkan respon dari Sara. Sudah puas mencuba mendapatkan panggilan semula dari Sara, Akif pun mula keluar dari bilik. Tiba-tiba.....

BERSAMBUNG