webnovel

Kumpulan kisah pendek (bahasa melayu)

Urbano
Contínuo · 44.3K Modos de exibição
  • 26 Chs
    Conteúdo
  • Avaliações
  • NO.200+
    APOIO
Sinopse

Chapter 1Mawar

Awal pagi ketika sang burung mula berkicau di halaman rumah, Amy sudah pun mengelap keringatnya beberapa kali. Tanah depan rumah digemburnya dengan cangkul. Dan bibit-bibit bunga mawar yang subur dalam plastik hitam, dipindahkan ke dalam tanah yang digemburnya tadi. Satu persatu. Dengan berhati-hati dan dengan penuh kasih sayang.

" Awalnya berkebun" sapa jirannya, Ariel. Amy tidak menyahut tetapi memberikan senyuman pada Ariel untuk pertayaan itu. Ariel yang hanya berbaju singlet,mendekat. Melihat Amy yang masih sibuk mengembur bibit-bibit bunga mawar dengan tangan.

" Tanam apa tu?"

" Rose.. " Jawab Amy ringkas.

" Tentu cantik kalau sudah berbunga nanti" Kata Ariel lagi.

" Ya.. pasti cantik. Saya sudah simpan baja tadi.." sahut Amy lalu menyiram tanamannya itu dengan air dalam baldi di sisinya. Ada senyuman terukir di bibirnya saat mengucapkan kata-kata itu.

"Saya susah nak tidur.. anjing sebelah tu bising, jadi bangun awal berkebun untuk hilangkan stress " runggut Amy.

" Ha'ah la.. hari-hari bising anjing tu.." Ariel mengiakan.

" Tak apa.. sekarang dah tak bising lagi.." Sahut Amy sambil tersenyum lantas berdiri. Siap.

" Dah sarapan?" Tanya Ariel. Masih ingin mengajak bicara. Sudah banyak kali dia memancing perbualan panjang dengan Amy, mana tahu suatu hari nanti boleh di ajak keluar dating? Tapi Amy selalu jual mahal. Menyahut sapaannya pun basi-basi saja.

" ah.. belum. Sekajap lagilah.. baru terasa lapar.. saya masuk dulu ya.." kata Amy minta diri sambil mengangkat baldi berisi air dan cangkul. Ariel hanya menganguk hampa. Niatnya ingin terus berbual nampaknya sampai di situ saja. Ariel hanya menghantar kelibat Amy masuk ke dalam rumah dengan matanya hingga gadis itu lenyap dari pandangannya. Hampa.

"hai Ariel… Morning.. kamu nampak tak si Blacky?" seru John di seberang jalan. Jiran mereka yang memelihara anjing yang kuat memekak di-malam hari. Dia mundar-mandir mencari-cari sesuatu di sekeliling rumahnya. Mencari Blacky tentunya.

" Blacky? Anjing kamu tu?"

" Ya lo.."

" Semalam kan dia melalak macam biasa.. pagi ni tak nampak pula" seru Ariel kembali.

Amy yang baru saja masuk ke rumah meninjau ke tingkap, mendengar perbualan Ariel dan John. Dia tersenyum lebar lalu ke dapur, pili dipulas dan dia mula membasuh tangannya. Dalam sinki sebilah parang berlumuran darah juga turut dibasuh.

" Tak perlu risau John.. Blacky tak hilang.. ia ada di depan rumah kamu.. jadi baja untuk bunga rose aku.. bolehlah tidur lena malam ini…" bisik Amy sambil tersenyum ranum.

Você também pode gostar

S.H.E

Kehidupan seorang anak yatim yang kehilangan keluarganya sejak kecil lagi bukanlah suatu yang mudah. Dia terpaksa menagih kasih daripada keluarga mak ciknya yang tidak pernah dia kenal sebelum ini. Terpaksa belajar apa itu peritnya kehidupan dan mengenal realiti hidup yang tidak pernah dia tempuhi selama ini. Hidup yang ibu bapanya berikan merupakan satu kehidupan yang sempurna, sempurna dari segi kasih sayang dan sempurna dari semua segi keperluan. Kini, sempurna itu tidak lagi wujud dalam hidupnya. Sempurna itu hanya ada di dalam cerita dongeng yang selalu papanya ceritakan dahulu. Kehadiran seorang lelaki membuatkannya menaruh harapan kembali. Mungkin deritanya akan berakhir tidak lama lagi, mungkin hidupnya akan menjadi sempurna semula. Lelaki yang berjaya mencuri hati dan perhatiannya itu mungkin lelaki yang akan membawakan kesempurnaan itu datang kembali. Namun, benar kata pepatah panas tidak akan berterusan hingga ke petang. Sekali lagi, kebahagiaan yang sepatutnya menjadi miliknya diragut oleh sepupunya sendiri. Membuatkan dia semakin jauh terjatuh dan akhirnya tidak lagi mahu menaruh harapan kepada kesempurnaan. Dia berserah kepada takdir yang membimbingnya. Takdir hidupnya bersama lelaki yang tidak mengenal erti kasih dan sayang, lelaki yang menganggap hidup adalah satu permainan. Sheena Heather Edward - Sempurna itu tidak pernah wujud dalam hidup manusia. Sempurna hanya wujud dalam hidup syaitan bertopengkan manusia. Mike Jacob - Jangan menaruh harapan untuk dibahagiakan oleh orang lain kerana setiap orang terlalu sibuk untuk membahagiakan diri sendiri. Adam Daniel - Hidup ditentukan oleh pilihan manusia dan cinta tidak menjanjikan kebahagiaan kerana cinta tanpa wang membawa kepada derita selamanya.

TheWhiteButterfly · Urbano
Classificações insuficientes
15 Chs

Avaliações

  • Taxa Geral
  • Qualidade de Escrita
  • Atualizando a estabilidade
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo
Opiniões
Uau! Você seria o primeiro revisor se você deixar seus comentários agora!

APOIO