webnovel

give me money

kirania adalah seorang gadis menengah tinggi yang hidup sendiri setelah ayah tunggalnya melarikan diri dan meninggalkan banyak hutang dipundaknya. suatu hari, ketika pulang dari tempat kerja sambilannya, kirania melihat pintu rumahnya terbuka. terbesit dihatinya kalau ayahnya pulang membuat kirania lantas berlari masuk dengan gembira tapi bukan sosok sang ayah yang ditemuinya melainkan para penagih hutang yang datang. kirania terkejut apabila mereka menunjukkan surat perjanjian ayahnya jikalau dia tidak dapat membayar hutangnya, mereka boleh mengambil kirania sebagai ganti. akhirnya, kirania dijual kerumah pelacuran dan disana, dia bertemu dengan Aarav, ketua mafia darah kacukan turki-sepanyol. Aarav yang turut penagih hutang ayahnya membeli kirania dengan harga 1000,000,000 dollar.

Charlotte_97 · Fantasia
Classificações insuficientes
18 Chs

Hotel?!...

Kirania hanya mendiamkan diri didalam kereta sambil Aarav membawa kereta menelusuri jalan kota yang dipenuhi dengan lampu malam yang menurut Kirania hampir serupa dengan cahaya bintang. Mungkin kerana matanya sembab dan kepalanya sakit kerana menangis membuat dia mula menghayal. Aarav nampak seperti tidak ingin menganggunya tapi tiba-tiba, Kirania yang sedari tadi hanya menghayal keluar tingkap tiba-tiba mengejutkan Aarav dengan menyuruhnya menghentikan kereta. Aarav bertanya alasannya tapi, Kirania tidak menjawab dan terus bergegas turun dari kereta berlari kearah lorong terpencil. Aarav tidak mempunyai pilihan selain mengejar gadis itu dari belakang. Langkah Kirania sangat laju sehingga Aarav sukar untuk menangkap tangannya. ''Kiran! awak nak pergi mana tu?!''

Kirania tidak menjawab dan meneruskan pencariannya. Iya, dia mencari sesuatu. Dia tiba dipertengahan taman perumahan yang masih dalam pembinaan. Mata gadis itu meliar kesana sini tapi dia tampak kecewa kerana tidak berjaya menemukan yang dicarinya. Nafasnya termengah-mengah dan dengan tiba-tiba Aarav mencapai lengannya dari belakang. ''Awak nak kemana?!''

''Saya... Tadi saya nampak...'' Suara Kirania tersekat kerana nafasnya naik turun.

''Apa? Awak nampak apa?'' Desak Aarav penasaran.

Kirania meremas kedua lengan baju Aarav dan menatapnya dengan pandangan mata yang bersinar dan tatapan itu membuat Aarav agak terganggu. ''Ayah! tadi saya nampak ayah!''

Mata Aarav membulat seakan tak percaya. ''Apa? awak nampak Annam?! Tak mungkin sebab dia...'' Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Aarav terus menekup mulutnya yang hampir terlanjur. Kirania mula merasa kalau lelaki ini menyembunyikan sesuatu darinya. ''Apa yang awak nak cakap?... Awak tahu kat mana ayah saya sekarang?!''

Aarav hanya diam.

''Jawablah!'' Desak Kirania dengan pandangan yang mulai berkaca. Aarav masih mendiamkan diri. Hujan mula turun dalam hitungan detik deras air yang turun dari langit itu semakin lebat sehingga dalam waktu yang singkat, kedua mereka mula basah kuyup. ''Jom ikut saya balik, kita mesti cari tempat berteduh.'' Aarav menghulur tangan tapi Kirania bertindak untuk tidak menyambut tangan itu dan berundur kebelakang. Dia melihat Aarav dengan pandangan penuh curiga.

''Saya takkan ikut awak balik sebelum awak bagitahu saya dimana ayah?''

Aarav menghela nafas panjang. ''Kiran, awak akan demam kalau awak berada didalam hujan lebih lama.''

''Awak kisah apa?!!...'' Kirania mula meninggikan suara. ''Awak tahu dimana ayah saya selama ini dan hanya mempermainkan saya dengan berharap. Saya... Saya malah percayakan awak...'' Kirania tidak dapat menahan air matanya dari mengalir. ''Saya benci awak!! Lebih baik kalau awak pergi mati!!'' Jerit Kirania penuh emosi sehingga tekaknya terasa sakit dan dia menangis sampai teresak-esak. Aarav masih mendiamkan diri dihadapan gadis itu dengan tatapan sayu. Kirania tidak ingin melihat ekspresi itu kerana dia mungkin akan bersimpati dan Aarav akan mengambil kesempatan keatasnya seandainya dia mula bersimpati.

''Saya bawa awak jumpa dia...jadi jangan menangis...''

Kirania mengangkat wajahnya melihat kearah ekspresi kosong Aarav yang terlihat sayu malah air hujan yang mengenai wajahnya terlihat seperti tetesan air mata mengalir dipipinya. Dia masih tidak yakin tapi, tiada siapa lagi yang mungkin tahu keberadaan ayahnya selain lelaki itu, oleh kerana itu... dia tetap mesti ikut dengannya.

''Jom, saya bawa pergi dari sini.'' Aarav menghulur tangannya sekali lagi dan Kirania masih ragu untuk menyambut tapi akhirnya dia mengalah. Mahu tak mahu dia memerlukan lelaki ini.

Hujan semakin lebat dan Aarav mempunyai kesukaran untuk memandu, dia akhirnya menghentikan kereta dan mencoba menghubungi Lian, malangnya panggilannya tidak tersambung kerana jaringan yang terganggu kerana hujan ribut. Kirania mencoba mengintip Aarav yang sedang duduk santai sambil melonggarkan tali lehernya. Dia mengeluarkan sebatang rokok dari poket kot hitamnya dan membakar hujung rokok tersebut sebelum menghisapnya sehingga rasa yang menyengat terasa kedalam paru-parunya. Kerana tidak dapat menahan diri, Kirania bertanya. ''Apa yang terjadi? kenapa awak berhenti?''

Aarav hanya menatapnya sinis dan menghela nafas perlahan sambil meniup asap yang berkepul-kepul keluar dari dalam mulutnya. Kirania tidak berani menatap tatapan mata Aarav saat ini kerana matanya saat ini persis seperti pandangan binatang buas yang siap menerkam mangsanya.

''Awak dah bertenang ke?. Saya rasa penat nak hadap perasaan awak yang bertukar-tukar.'' ujar Aarav dingin. ''Sekejap awak sangat patuh, lepastu marah-marah lepastu awak menangis. Tapi, saya tak cakap kalau saya tak suka.'' Aarav tersenyum sinis.

''Awak janji awak akan bawa saya jumpa ayah saya.''

''Heh...'' Aarav tertawa kecil lalu menghampiri Kirania. ''Nampaknya awak agak salah faham bila saya cakap saya bawa awak jumpa dia. Tak bermakna saya bawa awak jumpa dia tanpa sebarang bayaran.''

''A... Apa?!'' Kirania menggigit bibir bawahnya merasa terkhianati.

Masih dengan senyuman sinisnya, Aarav menghabiskan rokoknya lalu melepas tali keledar. Dia mencoba membuka pintu kereta tapi Kirania langsung menghentikannya. ''Awak nak pergi mana?'' Tanya Kirania cemas. Dia berasa gugup, bagaimana kalau lelaki ini meninggalkanku ditengah ribut seperti ini? fikir Kirania. Aarav terus menarik dagu Kirania mendongak kearahnya. ''Saya dah cakap kalau saya bukan tak suka lihat ekspresi wajah ni berubah-ubah tapi, kalau awak pancing nafsu saya macam ni, mungkin saya takkan boleh menahan diri malam ni.''

Spontan wajah Kirania memerah hebat. Dia menepis tangan Aarav dan menjauh darinya. ''Apa yang awak cakap ni?''.

''Cepat keluar, awak pasti tak nak mati kesejukan kalau tidur didalam kereta malam ni.''

Walaupun masih ragu dan tidak faham dengan situasi sekarang, Kirania tetap keluar dari kereta mengikut arahan Aarav. Hujan turun dengan sangat lebat dan Kirania kembali basah kuyup diguyur hujan sedangkan Aarav hanya berdiri santai dengan payung ditangannya melihat kearah Kirania yang memeluk tubuh kerana kesejukan tanpa sebarang emosi atau apa-apa isyarah yang membuatnya mempelawa Kirania untuk masuk berpayung dengannya. Dia berjalan didepan sedangkan Kirania berlari-lari kecil mengejar langkah Aarav yang jauh lebih panjang.

Mereka memasuki sebuah ruangan mewah dan Aarav menutup payungnya langsung menghampiri meja kaunter sedangkan Kirania menggigil dipintu. Dia tampak sedang mengatur sesuatu dan tidak lama setelah itu, Aarav memanggil Kirania untuk mengikutinya. Mereka menaiki lift kelas tinggi dan Kirania dapat merasakan beberapa tetamu yang lain sedang menatapnya dengan pandangan mengejek. Dia masih tidak tahu kemana lelaki itu akan membawanya sehingga mereka tiba disebuah bilik yang tertera empat digit nomor dipintunya. Saat itulah Kirania sedar tempat apakah itu. Dia terdiam kaku sebaik Aarav membuka pintu dan mengajaknya masuk. Mungkin dia terlalu terganggu dengan rasa sejuk yang seakan membuat tulangnya rapuh sehingga dia tidak sedar tempat yang dimasukinya sekarang adalah...

''Hotel?!!''