webnovel

Di mana aku sekarang?

Rin sorang remaja misteri telah tekandas di sebuah bandar di Jepun. Apabila dia tersedar dia berada di sebuah lorong dan mengalami kesan tikaman di bahagian perutnya. Namun memori tentang kejadian yang telah menimpanya agak samar. Tanpa diduga dia telah diselamatkan oleh seorang wanita yang kebetulan lalu di kawasan itu. Apakah dia menyelamatkan Rin atas rasa simpati atau adakah motif lain di sebaliknya? Ketahuinya dalam novel ringan Where am I now.

FrostHunter · Jogos
Classificações insuficientes
44 Chs

Seteru : Kesimpulan

Petang itu, seperti biasa Rin memasakkan makan malam untuk Kagamine-sensei. Dia memasakkan Laksa Penang yang menjadi kegemaran neesannya itu.

"Wah, Laksa Penanglah. Itadakimasu."

Setelah menghabiskan makan malam, Rin menuju ke bilik untuk mengambil jaket.

"Nak ke mana malam-malam ni?"

"Er, saya nak keluar kejap."

Rin mengambil teksi untuk pergi ke koordinat yang telah diberikan oleh Kazuki. Tidak lama kemudian dia telah tiba di koordinat tersebut. Ia merupakan tapak pembinaan yang terbengkalai.

Kedengaran seseorang sedang bertepuk tangan.

"Wah-wah, datang juga awak ye. Saya ingat awak ni pengecut." kata Kazuki.

"Apa yang senpai nak? Saya tak nak cari masalah dengan senpai."

"Tak nak cari masalah awak cakap. Awak memang dah ada masalah dengan saya!" balas Kazuki dengan meninggikan suara. Kelihatan ramai orang sedang mengerumuni kawasan tersebut. Mereka adalah geng Kazuki. "Dan.. awak dah cari masalah dengan orang yang salah."

Rin hanya diam.

"Kenapa awak diam huh.. budak tak guna.. Apa-apapun saya nak selesaikannya malam ni. Saya dah meluat tengok awak rapat sangat dengan bakal isteri saya."

"Bakal isteri dia konon." bisik hati Rin.

"Jadi.. mari buat perjanjian. Kalau saya menang, awak mesti menjauhkan diri dari Tsumiki-chan saya."

"Kalau saya menang?" tanya Rin.

"Kalau awak menang, saya takkan kacau hidup kamu berdua lagi. Jangan risau, saya orang yang berpegang pada janji."

Mereka masing-masing berada dalam posisi bersedia. Kazuki meluru kearah Rin dan cuba untuk mengelirukan Rin dengan membuat fake punch. Rin tidak terpedaya dengan helah tersebut dan dia terus menjatuhkan lawannya dengan menendang kaki lawan.

"Cis,"

Kazuki lantas bangun semula. Dia berjaya menangkap tangan Rin dan menumbuk badannya dengan bertubi-tubi sebelum bertindak menendangnya. Namun Rin berjaya menghalang tendangan tersebut dan menghumban Kazuki ke tepi gelanggang. Hujan mula turun dengan lebatnya.

Kalau terus begini. Saya pasti kalah. Saya perlu gunakan gerakan tu.. tak .. bukan sekarang. Rin cuba mencari bukaan pada lawannya sementara dia mengelak setiap serangan yang diberikan oleh Kazuki. Kawasan yang licin menyebabkan Rin hampir-hampir jatuh. Walaupun begitu dia masih dapat mengelak serangan Kazuki.

"Kenapa awak tak menyerang huh! Takut ke hahah."

Rin kembali membalas serangan dengan buah silat yang telah dipelajarinya. Setiap buah silatnya berjaya dipatahkan oleh Kazuki.

Kazuki tersngih melihat reaksi Rin.

"Kenapa ni.. haha lemah sangat." kata Kazuki berlagak.

"Cis,."

Rin meluru semula ke arah Kazuki dan menumbuk perutnya dan menggunakan side kick untuk menghumbannya ke tepi.

"Boss,."

"Jangan masuk campur! Ini perlawanan saya." kata Kazuki. Dia menoleh ke arah Rin. "Saya mungkin orang yang menepati janji.. tapi saya bukan jenis orang yang sukakan kekalahan." sambungnya sebelum mengambil batang besi berada di sebelahnya.

Kazuki bertindak menghayunkan batang besi tersebut kearah Rin. Serangan Kazuki itu agak pantas jika dilihat dengan mata kasar. Tapi Rin dapat melihat serangan tersebut dengan jelas. Pada pandangan Rin. Kazuki seolah-olah menjadi perlahan pada masa itu. Serangan tersebut telah memberi peluang kepada Rin. Inilah masanya! Rin menggunakan buah silat tamat untuk menghabiskan lawannya. Kazuki terbaring di tanah. Dia telah tewas.

"Boss!!"

"Tak guna kamu!"

Ahli geng Kazuki bertindak mengerumuni Rin. Kazuki yang terbaring tadi berdiri perlahan-lahan.

"Kamu semua. Jangan ganggu dia lagi."

"Tapi boss.. "

"Janji tetap janji.. kamu menang Rin. Tak sangka kamu sehebat ni." kata Kazuki sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam.

Rin hairan dengan perangai Kazuki yang tiba-tiba sahaja berubah. Rin bersalam dengan Kazuki.

Kazuki pergi dari situ sambil dipapah oleh membernya.

"Boss.. kenapa boss tak bagi kami belasah dia?"

"Janji tetap janji.. lagipun dia bukan orang biasa. Ayah pasti suka dengar tentang ni." kata Kazuki sambil tersenyum lebar.

"Apa maksud boss?"

Terdapat luka-luka kecil pada badan Rin. Dia basah kuyup akibat bertarung dalam hujan lebat tadi. Hari sudah larut malam. Dia berjalan kaki pulang ke rumah Kagamine-sensei. Semasa dalam perjalanan ke rumah, dia terserempak dengan Tsumiki yang hendak pergi ke kedai serbaneka berdekatan.

"Rin-kun?"

Rin memalingkan muka dan cuba untuk melarikan diri. Dia tidak mahu Tsumiki melihatnya dalam keadaan sebegitu.

"Rin-kun, tunggu. Kenapa awak cedera ni?"

Rin berlalu pergi tanpa berkata apa-apa. Setibanya di rumah, Kagamine-sensei tengah tidur di ruang tamu. Rin berjalan perlahan-lahan cuba untuk tidak mengejutkan neesan yang sedang tidur nyenyak. Tiba-tiba Rin terpijak sesuatu dan terjatuh. Kagamine-sensei terjaga.

"Siapa tu?" katanya sebelum membuka lampu. "Eh? Rin?"

Rin menerangkan segalanya kepada neesan.

"Oh begitu, jangan bergerak." kata Kagamine-sensei yang sedang merawat kecederaan Rin. "Okey siap. Kenapa tak beritahu neesan."

"Saya tak nak libatkan neesan dalam masalah ni. Saya terfikir kalau-kalau Tsumiki akan benci saya selepas ni."

"Jangan risau, dia mesti fahamlah. Lagipun kamu buat semua ni untuk dia kan."

Rin hanya diam.

"Baiklah, Oyasumi. Kamu berehatlah dulu. Beritahu je kalau kamu nak cuti esok."

"Oyasumi, neesan."

Keesokan harinya, Rin berada di bumbung. Dia sedang duduk berseorangan. Dia teringat semula riak wajah Tsumiki semalam. Cis, saya tak patut ke sana semalam.. mesti Tsumiki benci saya sekarang.

Kedengaran pintu dibuka. Tsumiki perlahan-lahan mendekati Rin.

"Saya dah tahu segalanya, awak bergaduh dengan geng Kazuki kan."

"Gome..."

Tsumiki memberi pelukan mesra.

"Tak perlu minta maaf. Terima kasih pada awak saya tak perlu khawin dengan dia."

"Sama-sama."

"Rin-kun."

"Ye?"

"Jangan buat lagi ye."

"Saya takkan buat lagi. Saya janji."