Kisah seorang watak sampingan di dunia beladiri,magic,berpedang,dipenuhi raksaksa,comic dan sebagainya. Lihatlah bagaimana watak yang kita lihat ini menjalani hidupnya.
Namaku Marul orang memanggilku Rul. Umurku sudah berumur 29 tahun dan aku hidup di zaman seni beladiri, magic, pedang dan berbagai kekuatan lagi di dunia ini dan latar dunia ini masih zaman agak kuno. Tiada peralatan canggih, tiada hiburan seperti smartphone atau sebagainya dan yang ada cuma alat alatan dan rumah-rumahan kuno di zaman perkembangan peralatan besi. Di dunia ini ilmu, pangkat, strategi berada di atas dan di puncak segalanya ialah kekuatan. Mungkin kedengaran agak kekanak-kanakkan tapi sudah fakta mau dibantah apa lagi. Bagaimana aku tahu tentang peralatan canggih, teknologi dan perbandingan latar dunia ini dengan dunia moden? Mudah sahaja. Ketika umurku 16 tahun dan aku masih dungu bermain lumpur di halaman rumah tiba-tiba ada sentilan di kepalaku yang membuatku jatuh dan ada suara yang berkata.
"Hmm apa yang perlu aku kata? Sebentar... ha! Ehem-ehem.... kau... kau... sudahlah! Malas aku nak lambat-lambat ni. Oi kau ya kau, ni aku beri ingatan masa moden kau. Ok bye daripada saya author....Agak agak lauk makanan hari ni apa eh?
Kemudian suara itu hilang dan aku terbangun dengan ingatanku dari zaman moden dan aku ketahui bahawa dunia ini dengan dunia asal aku berbeza. Dan satu lagi apa yang orang itu lakukan?! Kalau mahu memberi ingatan berilah dengan sopan satun jangan sentil kepala aku kemudian pergi blah macam itu sahaja. Haaa.... kembali kepada asal, selepas 4 tahun dan sudah berumur 20 tahun. Aku dipaksakan ibu dan ayah aku untuk pergi mencari pekerjaan. Aku berjalan-jalan di tempat keramaian pasar, aku terlihat papan kayu pemberitahuan dan melihat peluang pekerjaan aku. Di kertas yang dilekatkan itu tertulis bahawa keluarga besar Kama mencari pekerja untuk menjadi pengawal atau pekerja berupa tentera yang dianggap murid dalam keluarga dan hanya 50 orang diterima. Aku terus menuju ke pusat utama keluarga utama Kama untuk memohon menjadi orang-orang pengawal mereka. Oh sebentar sebelum itu aku ingin memberitahu bahawa keluarga Kama ini ialah keluarga bela diri nombor 3 di negara ini yang bernama negara Nanda. Mereka dikenal sebagai keluarga bela diri yang mampu menggunakan tenaga ki dan mengeluarkan tenaga api iaitu teknik Puncak 9 Api. Diantara pratisi seni bela diri berasaskan api di dunia ini, hanya teknik bela diri keluarga ini yang telah mencapai puncak energi panas yang menggunakan tenaga ki menjadi api. Kembali ke topik utama setelah aku memohon bekerja disana. Aku telah diberi salah satu ruang bilik di asrama pekerja di sana dan mempunyai tiga orang rakan sebilik. Aku berkenalan dengan mereka dan hubungan kami telah mencapai hubungan persahabatan. Hari demi hari telah berlalu dan kehidupan di sini cukup baik. Diberi makan 3 kali sehari, gaji bulanan sebanyak 100 lang, diberi latihan teknik bela diri rendah untuk pekerja warrior iaitu teknik Pemukulan Api ganda 4. Namanya aneh tapi biarlah janji dapat mempelajari ilmu beladiri. Setelah 4 bulan aku bekerja disini tiba-tiba... ada serangan terhadap keluarga besar ini daripada seorang pemuda bernama Zhang. Pemuda ini datang untuk membalas dendam. Ceritanya begini... dahulu... ketua keluarga ini yang bernama Zhu ingin mempunyai anak yang mempunyai tubuh api bara namun ketika isteri keduanya telah melahirkan anaknya yang kita kenali sekarang sebagai Zhang, diketahui bahawa anaknya itu mempunyai tubuh pemutus ki iaitu tubuh yang tidak dapat dilatih dan ketika menyerap energi ki maka tubuhnya boleh meletup duar!!! Ya begitulah kemudian atas arahan ketua keluarga menyuruh isteri kedua bersama bayinya keluar dari keluarga ini dan meminta semua bahawannya beserta ahli keluarga yang lain diam akan hal ini dan tidak membenarkan membocorkan masalah ini ke luar. Ketika isteri keduanya bersama bayinya bernama Zhang itu berjalan pergi daripada kediaman keluarga utama dan menuju ke kota Laruzhi, tiba-tiba! Ada serangan daripada pembunuh yang dikirim oleh ketua keluarga Kama Zhu yang ingin melenyap kedua anak beranak itu yang hanya akan menjadi aib bagi keluarga. Setelah berselang waktu ibunya Zhang cedera parah daripada serangan pembunuh itu dan tetap menguatkan diri melarika diri daripada mereka. Ketika ibunya Zhang sedar bahawa masanya sudah tidak akan lama, ibu dia menutupi seluruh badan bayi kecilnya itu dengan kain dan membuat sedikit lubang bernafas dan meletakkan kalungnya di dada bayi itu kemudian menyembunyikan bayi itu di antara semak-samun. Ibunya Zhang mengalih perhatian pembunuh-pembunuh itu dengan membawa batu yang dilapisi kain dan melarikan diri kemudian diketahui ibu Zhang tiada ditikam dari belakang oleh pembunuh itu... setelah itu semua pembunuh itu pulang dan melaporkan semua hal itu kepada ketua keluarga iaitu Zhu. Setelah berselang waktu ada seorang lelaki tua yang mendekati bayi itu dan mengambilnya kemudian berkata.
"Kasihan sekali kamu ini... ibumu dikejar bermati-matian dan dibunuh secara kejam demi untuk melindungimu. Terlihat bahawa ibuku berasal daripada keluarga Kama. Hmm? Kalung ini menuliskan namamu yah... hmmm Zhang... itu namamu? Hahaha sungguh nama yang pemberani! Kini aku akan membesarkanmu!"
Lelaki tua itua diketahui sebagai salah seorang pendekar terkuat bernama Kuai. Beliau telah melatih teknik beladiri Ombak Langit. Kuai membesarkan Zhang hingga diumur Zhang ke 9 tahun, Kuai menggunakan teknik badan yang dikenali Ombak pasang ke Zhang dan memecahkan belenggu tubuh pemutus ki itu dan mendapatkan tubuh Murni. Diumur 10 tahun dilatih ilmu beladiri Ombak Langit dan diumur ke 18 tahun sudah menguasai bela diri itu. Ketika diumur 19 tahun Zhang keluar dari pelatihan dan diberitahu segalanya oleh Kuai akan asal usul Zhang. Zhang dengan amarah ingin membalas dendam namun ditahan Kuai, Kuai ingin Zhang mengembara dan mencari makna akan latihannya dan kemudian jika Zhang ingin membalas dendam maka balaslah. Dan kembali kepada asal kepada saya hehe. Zhang menyerang keluarga utama dan langsung menuju ke kediaman Zhu, aku ialah salah seorang pekerja yang berpangkat askar yang menghadang Zhang namun diterbangkan oleh tebasan sederhana.... ha... begitulah. 2 rakanku mati, 1 rakanku kabur. Aku pula? Berbaring berpura-pura mati hehe. Aku melihat putera keluarga Kama iaitu penerus posisi ketua keluarga dan anak kepada Zhu iaitu Zhei menghadang Zhang dan merendahkan Zhang dia berkata kepada Zhang serangga rendah, orang desa yang tidak kenal tempat, orang rendahan yang berfikir untuk menyerang keluargaku dan sebagainya hanya berkata kosong sambil merendahkan Zhang yang kurasa dia watak utama. Zhei mengeluarkan jurus tertinggi bela diri keluarganya dan menyombongkan diri diahadapan Zhang kemudian yah.... mati ditebas oleh salah satu teknik bela diri kepunyaan Zhang. Zhang menemui kepala keluarga dan setelah segala ocehan oleh kedua belah pihak mereka pun bertarung dengan begitu sengit. Teknik yang lembut dan kuat dampaknya oleh beladiri Ombak Langit daripada Zhang dan teknik yang membara serta ganas oleh beladiri Puncah 9 Api daripada Zhu. Kedua bertarung tanpa henti dan ku tonton sahaja pertarungan mereka itu. Kalau sahaj aku mempunyai makanan ringan pasti lagi seronok. Setelah sekian lama pemenangnya ialah Zhang dan Zhang membunuh Zhu kemudian meninggalkan kediaman itu. Setelah reda aku bangun daripada berbaring dan melihat sekeliling yang telah hancur. Aku berfikir daripada pulang tanpa hasil lebih baik ambil beberapa manis-manisan hehe. Aku ke ruang harta keluarga yang tiada pengawal kerana semuanya dikerahkan untuk menyerang Zhang. Aku memasuki ruang penyimpanan harta dan melihat bermacam-macam harta. Aku mengambil kereta kuda di luar dan memasukkan banyak harta seperit senjata pedang, emas, barang artifak dan lain-lain kemudian aku menemukan teknik tingkat Syurgawi akhir iaitu teknik beladiri Asal muasal hukum api. Aku mengambilnya dan membawa semua harta itu menggunakan kereta kuda keluar mengikut jalan belakang kediaman dan memasuki hutan. Sehari aku mengendars aku tiba di rumaha aku yang pernah aku bina di dalan hutan dan sengaja membyat secara tersembunyi di tengah hutan kerana mahu ketanangan dan fokus utama ketika membina rumah itu ialah tidak diketahui ibu kerana mahu lari ketika ibu lagi marah hehe. Ok sesudah sampai aku memasukkan kesemua harta itu ke ruang bawah tanah dan berehat sebentar... aku berfikir dengan semua harta ini aku mampu hidup mewah selamanya. Aku menampar mukaku dan memaksa untuk berfikir jika aku mempunyai kesemua harta ini maka aku akan diburu semua orang dan aku pun memutuskan untuk menyembunyikan kesemua harta itu. Aku berfikir semula tentang sebuah organisasi beladiri ingin merekrut pekerja untuk menjadi pengawal yang berpangkat tentera dan aku memutuskan untuk memohon pada minggu hadapan...