satu crita.. dua jiwa.. antara mimpi dan realiti.. yg mana yg betul.. kebhagiaan melarutkan lagi aku dlm dunia ni.. antara ya atau tidak.. stu pilihan.. aku kena pilih.. antara terima atau tidak.. kehitaman dunia sbenar aku..
Sedikit kisah tentang kehidupan yang dulunya aman dan bahagia kembali menjadi konflik Lavendar Aumeil Hisyamudin. Seorang wanita yang pentingkan persahabatan dan seorang kaki travel. -Aromanya sungguh memikat. Layanan seorang permaisuri. Dimana lagi harusku cari, seorang seperti mu? Adakah aku memang ditakdirkan untuk mu? Atau untuk dia?
Asteria, seorang wanita yang berumur 25 tahun mempunyai kehidupan yang sangat bahagia. Sehinggalah suatu hari dia dikhianati oleh adik perempuan dan kekasihnya sendiri. Semuanya kerana mereka menginginkan harta warisan yang dimiliki oleh Asteria. Asteria tidak menerima kematiannya seperti ini. Dia ingin membalas dendam terhadap mereka. Asteria tidak akan pergi dari dunia ini sebelum dendamnya lunas. Kerana tekadnya, Asteria diberi peluang kedua dan diberikan kehidupan kedua di dunia baru. Di dunia baru, Asteria berjumpa dengan ramai orang baru dan menghadapi pelbagai cabaran. Namun, Asteria juga tidak mudah mengalah. Untuk kembali ke kehidupan pertamanya, Asteria harus bertahan hidup.
Kehilangan ingatan adalah hal yang tidak terlalu penting oleh sesetengah orang bukan tapi tidak dengan Elyana. Ingatan yang hilang darinya justru adalah hal yang paling penting dalam hidupnya. Ingatan terakhir yang dimiliki nya dalam membuat dia tetap sedar dan terjaga sebagai gadis yang terlahir sebagai manusia. Namun ingatan itu malah dihapus tidak tersisa. Kerana kegilaan Texas dia dijadikan bahan ujikaji. Semuanya sangat menyakitkan bagi gadis yang bahkan baru menginjak usia 11 tahun ketika itu. Perasaan dan emosi nya perlahan lenyap seiring berjalannya waktu dia berada dalam genggaman Texas. Dia telah diubah sepenuhnya menjadi mesin pembunuh. Setelah dirinya berubah atas kegilaan lelaki bekas doktor bedah itu, Texas malah melarikan diri tidak tahu ke mana meninggal kan dia disitu. Sel bawah laut yang sengaja didirkan jauh tersembunyi dari jangkauan manusia. Namun kehadiran Airiz perlahan-lahan merubahnya. Tapi tetap tidak dapat dielakkan bahawa lelaki itu akan tetap terluka pada akhirnya. "Tolong pergi jauh dari sini selagi boleh, please" "Jika kau meminta untuk aku pergi...maaf, saya tidak mampu untuk memenuhinya" Tubuh yang mula hilang kendali itu didakap seerat mungkin oleh Airiz sedangkan Elyana berusaha untuk melerai pelukan itu. "Please Riz lepas! Kau akan tersakiti kalau...arrgg...k..kau terus seperti ini..." Airiz hanya tersenyum memandang lembut kedua-dua pasang mata coklat itu yang kian basah dengan air mata. Diseka perlahan air bening itu. "Biarkan aku menerima kesakitannya untuk kali ini. Jadi mulai sekarang kau tidak perlu lagi menanggung kesakitan ini seorang diri,hmm" Airiz mengusap kecil pundak Elyana.