webnovel

Back To Febuary

Tia yang kehilangan seseorang secara tiba-tiba. Tanpa kata tanpa ucap. Membuatkan Tia tertanya-tanya. Kemana dia pergi? Beberapa tahun berlalu. Akhirnya dia muncul kembali dengan perwatakan yang agak berbeza. Tia mula berasa hairan dengan sikapnya. Dia berusaha untuk mendekatinya semula. Tapi sikap barunya yang pura-pura bersahaja membuatkan Tia tiada harapan. Seolah-olah perkara yang lepas tak pernah berlaku antara mereka. Mereka yang berubah sikap dengan sebab yang tertentu. semuanya berlaku hanya di bulan febuari. Bolehkah kita kembali ke febuari yang lalu?

scvrlet · Adolescente
Classificações insuficientes
60 Chs

Sama diperhatikan

22 Febuari 2008.

Hari ni koperasi terlampau ramai. Nama je sekolah menengah, tapi tak pandai nak beratur. Tahu main redah je. Penat badan aku kena tolak.

3 minit kemudian.

'Aku tersekat! Tidakkkkkk!'

Macam mana aku nak kedepan ni? Kalau orang depan nak ke belakang. Yang belakang kiri dan kanan nak ke depan. Bengangnya dengan budak-budak ni. Penat kakak senior terjerit kat depan suruh beratur. Masing-masing pekakkan telinga. Macam tin sardin weh!

Orang belakang mula tolak aku dengan kuat. Membuatkan badan aku jadi rapat dengan pelajar depan aku. Dah lah lelaki! Tapi sempat pula aku terhidu bau manis pada badannya. Minyak wangi apa dia pakai.

"Adurh!" Alamak! Aku terpijak bahagian belakang kasut dia. Membuatkan tumitnya terkeluar dari kasut.

"Errr. Maaf. Orang belakang tolak saya." Aku tundukkan kepala.

"Tak pe." Sempat dia menoleh ke belakang. Aku tergamam. Bila lihat pelajar tersebut ialah Zafril. Dia hanya senyum kelat. Mungkin cuba bertahan dari jatuh, sebab orang depannya ingin ke pintu keluar. Aku cuma diam membatu. kecut perut, aku betul-betul berada belakang dia.

Sampai sahaja giliran aku. Roti yang aku nak telah pun habis di jual. nak beli lain, hanya tinggal donut coklat. Aku keluar dengan tangan kosong. Aduhai.

Stress!

Nak masuk dalam punyalah susah. Hujung-hujung roti yang aku nak habis. Sebelum ni kantin ada jual roti serunding. Tapi semenjak beberapa hari ni. Kantin tak jual pula roti tu. Erm.

Aku keluar dengan tangan kosong. Tak berbaloi usaha aku. Balik kelas jelah. Tiba-tiba seseorang menghulurkan roti pada aku. Roti serunding?

"Zafril." Aku terkejut.

"Ambillah. Roti yang awak nak dah habiskan? Kebetulan saya beli dua. Ingatkan saya boleh habiskan. Tapi...." Dia mengusap tengkuk. Terpampar riak wajahnya cuba sembunyikan malu.

"Ambillah." Roti serunding masih lagi setia dihulurkan pada aku.

"Er jap. Macam mana awak tahu saya suka roti ni?" Aku pelik? Aku yang selalu perhatikan dia. Tapi tak pernah tengok dia pandang aku.

"Saya selalu nampak awak makan sorang-sorang kat tangga sana. Tak pernah pula nampak awak makan benda lain." Jawabnya sambil senyum. Dia pun sama rupanya. Tanpa ragu, aku terus ambil.

"Terima kasih." Dia hanya senyum. Bau manis masih terhidu.

"Er. Saya pergi dulu." Langkah aku terus laju ke depan.

"Tunggu." Aku berhenti. Aku menoleh ke arahnya.

"Esok ada karnival dekat bandar. Nak pergi?"

Aku baru teringat. Teringin nak pergi tapi tak ada kawan. Zafril ajak aku? Patut ke aku terima?

"Erm. Boleh juga." Jari terlunjuk aku garu pada pipi dengan lembut. Tak tahu nak bagi riak macam mana.

"Ok. Tunggu saya dekat taman pukul 11 pagi. Ok?"

Aku hanya mengangguk lalu pergi selepas membalas senyuman. Malu.

Waktu rehat sudah tamat. Aku mendaki anak tangga untuk ke kelas. Seorang pelajar lelaki menahan aku.

"Hai Tia." Sapanya. Pelajar senior?

"Nak berkenalan. Dengar kata awak jenis melayan semua lelaki?" Senyum sinis.

Geram aku dengan sesetengah lelaki yang terpengaruh dengan cerita di reka. Disebabkan pelajar perempuan yang memburuk-burukkan aku. Kata aku suka layan semua lelaki yang ada.

"Kau kenapa?" Perangai dia buatkan aku menyampah dengan lelaki.

"Alarh relax lah. Takkan sekejap pun tak boleh?" Dia mula menarik pergelangan tangan aku.

"Tepilah. Aku benci lelaki!" Langkah Zafril yang menuruni tangga berhenti tak jauh dari belakang senior tersebut.

Aku terkejut bila Zafril berada di situ. Tapi dia hanya bersahaja dan menyambung langkahnya menuruni tangga. Tanpa menegur mahupun memandang aku seperti sebelum ni. Aku hanya beranggapan yang dia memahami tentang senior itu cuba mempermainkan aku.