webnovel

Episode 112 : Cuba Hantui~

Flashbacks

Menggunakan otak geliganya Alfareeze mula merancangkan pelannya untuk mendapatkan kebenaran Duke Elijah belajar di rumah lelaki itu. Pelbagai idea yang dilaksanakan oleh Alfareeze sepanjang tiga tahun percubaannya. Dari mencapai keputusan yang cemerlang dalam pembelajaran, mendapat penilaian yang tinggi dalam seni pertahankan diri, kecekapan dalam memanah, sehinggalah ke tahap dimana dia menjadi lembu dicucuk hidung untuk Duke Elijah. Pada masa ini Alfareeze sudahpun berusia 17 tahun sewaktu dia dibenarkan untuk masuk ke Kediaman Duke Elijah untuk belajar dengan lelaki tersebut mengenai ilmu ketenteraan dan peperangan.

Sementara Darra baru mencecah usia 15 tahun. Gadis itu sering menghabiskan masanya di dalam Kediaman Duke Elijah sekiranya tidak menghadiri kelas atau Duke Elijah ada di rumah. Dan kebetulan pada waktu Duke Elijah ada dirumah,Alfareeze pun akan ada sekali. Tapi budak lelaki bijak itu dengan mudah dapat mengelat dari ditangkap oleh Duke Elijah sekiranya keluar dari bilik belajarnya.

Alasan kenapa Alfareeze lari adalah hanya satu.

Iaitu mencari tuan muda keluarga itu.

Darrius Emmerson.

Kenapa?

Alfareeze tidak tahu kenapa dia taksub pada tuan muda yang satu ini. Namun satu perkara yang dia mahu waktu itu adalah dia mahu cuba hantui fikiran Darrius untuk sentiasa mengingatinya tidak kira apa sekalipun caranya. Sama ada membuli Darrius, atau menyakitkan hati Darrius dengan kata-katanya.

Seperti yang Alfareeze ketahui, jadual Darrius biasanya sama ada duduk di taman membaca buku atau melukis dalam bilik tidur. Dan tekaannya memang tepat apabila tiba di bilik tidur itu, dia dapati Darrius sedang khusyuk tunduk melukis dalam keadaan bersila depan jendela bilik tu.

Bersama senyuman nakal di bibir, kakinya dijengket dan dia jalan seperti pencuri ke arah jendela tersebut. Entah apa aje yang dilukiskan tu sampai tidak sedar dia ada di bilik?Kalau ada pencuri masuk ke apa tak ke berbahaya!?

Sedang tangan berpensel Darra sibuk bergerak atas permukaan buku lukisannya, baru dia perasan ada kelibat di hadapannya. Ingatkan Nanny Clara atau Anthonny, jadi dia tidak peduli hendak memandang tapi sekadar berkata. "Saya dah makan tadi...tak perlu datang check saya setiap jam..."beritahunya.

Pada masa itulah buku lukisan itu ditarik secara tiba-tiba. Membuatkan pensel Darra tidak sengaja terconteng akan lukisannya.

"Hey!Apa-"Darra terus terdiam apabila melihat abang lampai di depannya. Ini lagi ini lagi!

"Woah...cantiknya jugak kau melukis ya"sengih Alfareeze semasa menyelak muka buku lukisan Darra sehelai demi sehelai.

"Kenapa kau ada dekat sini?Bukan ke kau belajar dengan ayah aku?"Darra turunkan kakinya ke bawah lantas berdiri. "Berikannya semula kepada aku.."

Alfareeze dengan sengaja menutup buku lantas di sorokkan ke belakang badannya. "Cakap dulu kau akan terima permintaan aku untuk jadi kawan baik kau dulu.."

Darra enggan hiraukannya., Dia anjak ke tepi, mahu mendapatkan bukunya di belakang badan tu.

"Kenapa kau tak nak berkawan dengan aku?Orang lain kalau boleh nak jadi kawan baik aku tau tak?"sakat Alfareeze lagi sambil mengundur lantas angkat tangan berbuku itu ke atas supaya tidak dicapai dengan mudah.

Tak habis-habis dengan berkawan la Alfareeze ni!Darra berkerut kening tidak suka saat dongak ke atas. Harapkan saja muka handsome tapi perangai menjengkelkan. Serius dia tak faham apa yang dia telah lakukan sampaikan Alfareeze tidak berhenti hendak menghantui hidupnya!? "Siapa yang nak berkawan dengan manusia menjengkelkan macam kau ni??"beritahunya.

"Aku?Menjengkelkan?"

"Tak adalah...siput dekat tepi longkang rumah tu hah!Dah la pulangkan semula buku aku tu~!"Darra cuba menjengket dan cengkam kuat lengan baju Alfareeze. Cubaan hendak mendapatkan bukunya semula.

"Kenapa kau cuma boleh berkawan dengan Pearl tapi tak boleh dengan aku!?Wei...aku ni bukan main lagi kacak...tinggi...pandai lagi tu...takkan kau tak suka berkawan dengan aku?"minta Alfareeze lagi enggan menyerahkan buku lukisan itu lagi.

Darra melepaskan dengusan kasar tidak puas hatinya. Dengan geram dia jeling ke Alfareeze. "Serius la kau ni!Sendu sangat dah hidup tu sampai nak merayu bagai dekat aku!?"

Tersengih menayang barisan giginya yang rata dan putih itu, Alfareeze mengangguk. "Tak adalah. Dengan kau aje...kalau orang lain aku tak hairan. Pergi lantak la dia orang tu..."

"Memangnya ada apa pada aku sampaikan kau terdesak sangat nak aku jadi kawan baik kau.."dengan marah Darra berdiri tegak, enggan lagi berebutkan buku lukisan tadi kerana letih nak mendongak dan berjengket depan lelaki lampai di depannya.

Melihat Darra telah mengalah Alfareeze turunkan tangan ke bawah lantas dibawa kedua-duanya ke belakang. "Kau nak tahu?"sengihnya dengan meleret selepas itu.

Dah kenapa pandang dia macam tu?Darra mula kengerian.

"Sebab aku suka kau la.."selamba saja Alfareeze beritahu mendekatkan wajahnya ke muka Darra.

Terkedu Darra mendengar ucapan itu. Secara refleks dia angkat tangan dan menumbuk tepat hidung lelaki itu.

Prak!

"Argh!"Alfareeze tertunduk ke bawah sambil pegang hidung.

Melompat terkejut Darra setelah menyedari ada darah mengalir dari tangan Alfareeze waktu itu. Dadanya yang berdebar kencang dek ucapan Alfareeze tadi semakin berdegup kencang dan menjadi sempit kerana terkejut.

"What the f*ck?"kerut Alfareeze pandang terkejut ke Darra taktala menyedari Darra baru sahaja buatkan hidungnya berdarah. "Kau dah gila ke!?"

Betapa tergamamnya Darra waktu itu. Dia tak tahu nak cakap apa lepas tu. Apa yang pasti dia benar-benar dalam masalah besar!

End of Flashbacks

Próximo capítulo