Flashbacks
Selepas keluar berjalan-jalan sekitar pekan bersama Alfareeze, Darra balik ke bilik bersihkan diri dan bersiap untuk makan malam. Tapi dikejutkan dengan kemunculan Alfareeze dibilik sebaik saja dia keluar dari bilik air.
Bila di suruh keluar, banyak pula ngelatnya, akhirnya Darra suruh Alfareeze bantu dia bersiap sekali!
"Darra ada apa-apa permintaan istimewa sebagai hadiah perkahwinan dari aku tak?"Alfareeze di belakang Darra atas katil sedang menyikat rambut Darra.
Darra pandang ke depan dengan muka bingung. Hadiah apa lagi?Alfareeze dah berikan dia hadiah yang banyak. Buktinya bilik tidurnya sudah penuh dengan pelbagai kotak dan bungkusan misteri bereben yang di sendiri masih tertanya-tanya apa aje yang lelaki ini berikan.
"Hah?Memangnya hadiah yang ada dalam bilik aku ni hadiah dari siapa?"
"Ini hadiah dari ibu dan ayah aku...aku belum berikan kau apa-apa lagi."dengan perlahan, Alfareeze bermain dengan rambut Darra dicelah jari jemarinya saat menyikat. Dia suka menyentuh rambut itu kerana berbau harum dan sangat lembut. Dulu rambut Darra pendek seperti budak lelaki, jadi tidak dapat berbuat begini. Itu yang dia saja lambat-lambat buat kerja. "Apa permintaan kau?Mintak apa aje. Aku akan dapatkan..."
"Rasanya...Tak ada apa-apa.."
"Kau pasti?"Alfareeze jengahkan kepalanya ke tepi kerana mahu memandang Darra.
Masih bersila di situ, Darra serta merta pandang ke tepi. Dia bertentang mata dengan Alfareeze untuk seketika. "Kalau aku beritahu, kau akan tunaikannya?"
"Mm. Aku janji...apa perkara tu?"
Dalam-dalam Darra tarik nafas sebelum dihela panjang. Lantas tersenyum nipis. "Tak banyak pun. Satu aje."
"Yalah...apa dia?"
"Pearl.."sebut Darra tersenyum senang sedangkan jelas wajahnya beritahu dia hendak menangis.
End of flashbacks
Pintu pedati terbuka. Tolan berjalan keluar dulu sebelum dia pusing ke belakang. Menyambut Alfareeze turun dari situ.
"Selamat datang Alfa.."sapa Duke Wendell di depan laluan masuk rumah agamnya. Lelaki itu berdiri dengan tegak menyambut akan lelaki muda yang dikhabarkan kepadanya seminggu yang lalu akan datang ke Cameron untuk melawat. Berdebar juga menunggu, Namun selepas bertemu jadi lega pula.
Dengan hormat Alfareeze memberi tundukkan kepada Duke Wendell sebelum berjabat tangan dengan ayah Pearl itu. "Apa khabar tuan.."
Tolan juga memberi tundukkan hormat kepada Duke Wendell.
"Baik...sangat baik. Dan semakin baik selepas lihat kamu kembali ke dalam keadaan sihat dan matang begini. Apa khabar ayah kamu?"belakang bahu Alfareeze ditepuk perlahan dengan Duke Wendell.
Alfareeze mengangguk. "Begitu juga dengan ayah saya. Beliau sihat."semasa peperangan terjadi di antara Coravia dan Cameron, Duke Wendell adalah lelaki yang paling banyak menguruskan hal ehwal istana dan negeri. Dari segi pemerintahan sehinggalah sesi rundingan. Kerana Duke Wendell juga la Alfareeze berjaya menawan Cameron yang hanya mengambil masa tiga hari tiga malam sahaja. Kalau bukan kerana kebijaksanaan Duke Wendell juga, dia tidak dapat menakluk pemerintahan Raja Salas.
Untuk itu Alfareeze datang ke Cameron langsung dari Coravia setelah berangkat pulang dari Marlowe tiga hari lepas untuk jemput Duke Wendell.
Duke Wendell tersenyum sampaikan mata lelaki itu ikut tersenyum. "Mari masuk...kita sambung berbual di dalam.."
Dua maid datang dari pintu ruang tamu Utama menatang dulang atas tangan masing-masing sewaktu Alfareeze dan Duke Wendell selesakan diri atas kerusi di situ. Sesampai mereka di situ maid tersebut hidangkan minuman dan makanan untuk mereka sebelum beredar dari situ.
"Bagaimana kamu Alfa?Adakah kamu masih dengan misi penaklukan kamu?"
Alfareeze alihkan renungan dari cangkir di depannya sebelum ke Duke Wendell.
"Telahpun selesai."beritahu Alfareeze dengan senyuman nipis di bibir. "Tujuan saya sudahpun tercapai maka misi itupun tamat."
Terjungkit kening Duke Wendell."Bila ya kali terakhir kita bertemu?"
"Dua tahun lepas tuan."
Duke Wendell ketawa sambil mengangguk kepala perlahan.
"Ya tak ya...saya lupa."
Terus Alfareeze palingkan kepala ke Tolan. Memberi isyarat kepada pembantunya. "Tujuan saya ke sini adalah untuk menyampaikan berita kepada tuan."
"Berita apa?"
"Saya ingin sampaikan sendiri jemputan perkahwinan saya ini kepada tuan buat tuan sekeluarga. Terutama sekali Pearl..."
"Hah?! Perkahwinan?"
Tolan jalan mendekati Duke Wendell sebelum menyerahkan satu skrol saiz tapak tangan kepada beliau.
"Ya tuan."
Duke Wendell capai skrol tersebut tanpa berlengah.
"Bersama siapa?Wah...taniah Alfareeze. Saya amat gembira mendengar khabar ini.." tersenyum lebar penuh dengan seri gembira,Duke Wendell tunduk memandang butiran dalam skrol tersebut. Sekali tu lepas dia baca senyuman terus jatuh dari bibir. "Darra Emerson? Adakah ianya orang yang sama menjadi Darrius Emerson?Anak Duke Elijah...?"
"Benar.."
Untuk beberapa ketika Duke Wendell diam membaca tulisan dalam skrol sekali lagi. "Kamu sudah pun menemui dimana mereka berada.."
"Beberapa minggu yang lalu...dan saya sudahpun menghantar berita pertemuan ini kepada Pearl tidak lama selepas itu."
"Adakah ini yang kamu maksudkan dengan tujuan kamu itu? Kamu menakluk setiap megeri yang ada semata untuk mencari mereka?Dan selepas kamu menemui mereka, kamu hentikan semua misi itu?"
pandangnya selepas itu ke Alfareeze.
"Ya tuan...dan bukan niat asal saya hendak menjatuhkan kegemilangan Cameron sewaktu awal-awal penaklukan terjadi. Ianya lebih kepada tantrum. Saya terlalu marah kepada Raja Salas dan Ayah saya sendiri kerana menjadi punca Duke Elijah pergi dari sini.. sebab itu la."
"Sejak bila kamu tahu anak Duke Elijah itu perempuan?"betapa terperanjatnya Duke Wendell. Selama tiga tahun dia ingin tahu ke mana saja Duke Elijah telah membawa diri. Khabar berita pemergian Darra juga tidak diterima baik oleh Pearl. Anak perempuannya itu menangis tiga hari tiga malam mengarahkannya supaya keluar mencari kemana Duke Elijah telah membawa pergi Darra. Beberapa bulan juga dia kerahkan orang untuk mencari, tetapi langsung tiada klu sama sekali.
"Beberapa bulan selepas Darra masuk ke akademi latihan tu..."
"Sekejap...kalau begitu itu bermakna kamu dan Darra telah bersama sejak hari tu?"
Alfareeze sekadar ketawa kecil.
"Bagaimana keadaan Duke Elijah?Adakah beliau baik-baik saja?Sihatkah lelaki itu?"Duke Wendell berkerut kening.
"Duke Elijah baik-baik saja. Dan juga banyak perubahan telah terjadi pada beliau. Maka itu tuan tidak perlu risau mengenainya."
"Adakah Duke Elijah ada beritahu bila lelaki itu akan kembali ke Cameron semula?"
Balik ke sini semula?Soalan apakah itu?Adakah Duke Wendell berharap untuk Duke Elijah kembali ke tempat yang mana telah meninggalkan banyak parut luka di hati lelaki itu dan juga dalam hidup Darra. Sudah tentulah tidak. Pasti Duke Elijah akan memilik menjadi pengikut Raja Aryyan. Raja Aryyan seorang pemimpin yang baik, maka dia percaya Duke Elijah tidak akan sekali berubah fikiran untuk berpindah ke sini kembali.
"Saya rasa mungkin tidak akan pernah."beritahunya perlahan.
"Kenapa?Apa maksud kamu Duke Elijah tidak akan kembali ke sini..kan sini adalah tanah kelahiran beliau?"Duke Wendell berkerut kening.
"Tuan dah lupa ke kenapa Duke Elijah pergi dari sini?Kenapa saya perangi Raja Salas?"Alfareeze pandang Duke Wendell apabila lelaki tersebut berkerut kening susah hati mendengar jawapannya tadi.
"Saya tahu...tapi semua orang buat kesilapan. Dan setiap kesilapan tu pasti akan ada yang menyesal.."
"Kalau mereka mahu...mereka sudah lama minta maaf kepada Duke Elijah...bukan selepas beliau terluka dan pergi dari sini."
"Kalau begitu kenapa kamu pelawa kami untuk ke majlis perkahwinan kamu itu sekiranya Duke Elijah enggan menemui kami di sini lagi?"nada Duke Wendell mulai tinggi.
Tawa kecil lepas dari Alfareeze tanpa sengaja. Dia bukan hendak kurang ajar, cuma kelakar bila dengar.
"Bukan saya...tapi Darra yang minta. Ikutkan hati, memang saya tidak akan membiarkan Darra mahupun Duke Elijah bertemu dengan mana-mana individu yang mahu melihat mereka anak beranak hidup menderita. Tapi itulah...Duke Elijah dan Darra ni pemaaf orangnya. Sejahat mana orang buat mereka, tetap juga mereka ingat...dan maafkan..."
Terdiam Duke Wendell dibuatnya.
"Dan saya bersetuju dengan keputusan Duke Elijah untuk tidak kembali ke sini. Beliau telah banyak menanggung rasa malu dan susah kerana Cameron..jadi Duke Elijah pasti enggan ingat semula memori pahit tu jika beliau pulang semula ke Cameron."tambah Alfareeze sebelum membetulkan pakaiannya sebaik bangun.
Mata Duke Wendell pandang akan Alfareeze dengan perasaan serba salahnya kerana menyedari bahawa dirinya ini tidak layak digelar sebagai sahabat kerana sewaktu dia mendapat tahu apa rancangan Raja Salas bersama Duke Marcel tempoh hari, dia tidak berbuat apa-apa selain mendiamkan diri.
"Adakah Duke Elijah tahu kamu menjemput saya?"Duke Wendell hanya diam di situ memerhatikan Alfareeze hendak pergi.
Alfareeze menggeleng kepala. "Tidak tuan. Ianya adalah kejutan saya buat beliau. Jadi saya minta Kerjasama tuan untuk hadir diri ke majlis saya nanti untuk bertemu dengan Duke Elijah..saya yakin beliau pasti senang dalam melihat rakan lama...saya perlu ke suatu tempat lagi jadi tidak boleh lama. Minta diri dulu."tunduknya selepas itu.
"Sekejap-"Duke Wendell cepat-cepat bangun dari kerusi.
"Tak perlu hantar saya keluar. Tuan duduk saja."tegah Lafareeze sewaktu berjalan ke arah pintu tanpa memandang Duke Wendell. Dingin seperti air mukanya, dia melangkah dari situ. Namun sesaat dia mahu berpusing, di tepi pintu ruang tamu tersebut berdirinya Pearl.
Tolan di sebelah Alfareeze paling tepi hampir hendak berlanggar dengan Pearl waktu itu terus terundur ke belakang secara refleks.
"Lord Alfareeze hendak pulang dah?"taknya Pearl sambil memegang sebuah kotak dalam pelukan tangannya, nafas pula naik turun kencang seakan baru saja berlari.
Alfareeze mengangguk. "Iya.."
"Darra ikut sekali ke sini tak?"tanya Pearl dengan teruja memandang kanan dan kiri dan belakang Tolan. Dia tadi diberitahu Alfareeze sudah tiba ke kediaman keluarganya. Dia yang dari butik pakaiannya tidak jauh dari situ terus bergegas pulang. Dengan harapan dapat bertemu dengan Darra!Itu yang tercungap-cungap bagai nak apa.
"Tidak. Dia tidak ikut sama."
"Oh.."mata Pearl tunduk memandang kotak hadiah yang dia sediakan untuk Darra.
"Tapi sekiranya cik muda ingin bertemu dengan Darra, cik muda boleh rujuk kepada Duke Wendell berkenaan jemputan perkahwinan kami berdua nanti.."
"Apa dia?"
"Saya dan Darra bakal berkahwin bulan hadapan.."
"Serius?"senyum Pearl dengan air mata terus bergenangan di mata. Dia teruja mendengarnya.
Tolan dalam diam memandang wajah merah Pearl saat tangannya menyeluk sapu tangan dari poket baju uniform. Nama saja Pearl sampaikan air mata yang bergenang pun Nampak seakan butir Mutiara.
"Ya cik muda..."
Cepat-cepat Pearl mengangguk kepala. "Baik...terima kasih tuan...terima kasih sangat-sangat kerana temui Darra...saya terima surat yang tuan kirimkan pun saya dah lega. Kalau macam tengok Darra untuk saya sampai saya temui dia nanti."menitis air mata ke pipinya waktu itu kerana begitu gembira.
"Saya pergi dulu.."pamit Alfareeze setelah itu. Dia berjalan terlebih dahulu.
Dan saat Tolan mahu bergerak pergi, dia sempat menyuakan sapu tangan kepada Pearl.
Terkejut Pearl untuk seketika, dia pandang wajah Tolan lalu ke sapu tangan itu. "Te-terima kasih."ucapnya.
Tanpa mengatakan apa-apa, Tolan pun berlalu pergi dari situ.