Seminggu kemudian...
Gendang dan dendang lagu sorakan kemenangan berkumandang dalam bandar Utama Coravia iaitu Stardust. Para penduduk beratur sepanjang laluan ke menuju ke istana sambil melemparkan bunga serta jambangan bunga ke arah para tentera yang berarak sepanjang jalan itu.
Mereka semua telah menunggu khabar berita selama seminggu lebih mengenai peperangan yang berlangsung di utara daerah Coravia dengan penuh debar. Dan akhirnya saat-saat yang dinantikan telah tiba.
Khabar gembira buat rakyat Coravia, sekali lagi peperangan yang diketuai oleh komando kesayangan mereka iaitu Alfareeze telah berjaya membawa pulang kemenangan buat kesekian kalinya. Melaung-laung la para penduduk di sepanjang barisan itu menyambut pulang pahlawan mereka ke rumah.
Anak-anak menjerit nama bapa mereka.
Para isteri dan kekasih menyerahkan bunga kepada pasangan mereka yang ditemui.
Para ibu dan bapa menangis kelegaan kerana dapat melihat wajah anak mereka pulang dengan selamat.
Para Wanita yang meminati pahlawan kegemaran masing-masing sibuk menjengah leher mencari kelibat mereka.
"Lord Alfareeze!!!"berteriak tidak semena sekumpulan Wanita yang ada di barisan di situ setelah melihat Alfareeze di atas kuda sedang berarak di barisan paling hadapan sekali.
Megah dan gagah. Itu yang terpancar pada penampilan Alfareeze. Pakaian komando bermantel sebelah bahu serba hitam kelihatan bersinar-sinar di bawah pancaran matahari. Menambahkan lagi kemegahannya, kepingan kuntum bunga berterbangan dari atas bangunan dimana para penduduk sibuk menebar sejak tadi.
Walaupun begitu, air muka Alfareeze kekal natural. Tidak kelihatan orang yang sombong ataupun dingin. Wajahnya tidak bereaksi Namun kelihatan berseri dan bersemangat apabila di pandang.
Setibanya Alfareeze di perkarangan istana, seperti biasa datuk dan Raja Coravia berdiri di situ menyambut kepulangannya.
"Selamat pulang Alfareeze."ucap Grand Duke Omar bersama renungan bangganya.
Dengan hormat Alfareeze beri tundukkan sebelah kaki melutut ke bawah dan tangan ada di dada kiri. "Tuanku Raja Kayan...Grand Duke Omar.."sapanya.
Raja Kayan tersenyum. "Apa ni...tetiba aje kau nak formal dengan aku?"selorohnya saat tarik Alfareeze supaya berdiri. "Buat macam biasa aje la. Cuma kita-kita aje dekat sini.."beritahunya.
Alfareeze pandang Raja Kayan untuk seketika lantas berkata. "Terima kasih untuk semuanya tuanku."Selama tiga tahun ini Raja Coravia banyak membantu dirinya mencari Darra. Dari membekalkan para tentera sehinggalah perbelanjaan. Semuanya sokongan dari Raja Kayan sendiri.
"Nampaknya rancangan kau berjalan lancar?Kenapa?Kau dah jumpa kekasih kau yang hilang tu ke?"
"Ya."
Grand Duke Omar membuat muka sebelum menggeleng kepala. "Datuk tidak faham kenapa kamu datang ke Coravia hanya semata hendak mencari kekasih kamu tu?"
"Biarlah pakcik...bukannya selalu cucu kesayangan pakcik ni balik ke kampung halaman."balas Raja Kayan. "Memandangkan kau telah sekali lagi memberi kejayaan kepada Coravia, aku mengurniakan kau darjat tertinggi sebagai Panglima Perang Coravia. Dan juga untuk persiapan perkahwinan kau nanti...akan aku taja sepenuhnya dari awal hingga selesai."
Alfareeze tersenyum lebar. Dia tidak sabar hendak menemui Darra semula. Selama seminggu di medan peperangan, di kepalanya hanya wajah kekasihnya saja yang menjadi pendorong semangat untuk dia menangi peperangan ini.
"Kalau begitu marilah kita masuk. Duke Marcel dan Puan Rona sedang menunggu di bilik makan. Menunggu kepulangan anak kebanggaan mereka ini sejak awal pagi tadi.."ajak Raja Kayan.
Alfareeze sambutnya dengan anggukan kecil dan mula berjalan di antara mereka dua orang itu dengan langkah derap yang ringan dan hati yang girang.
Selama dua jam Alfareeze luangkan masa bersama Raja Kayan, Grand Duke Omar dan kaum kerabat diraja yang lain untuk meraikan kemenangannya. Sambil itu dia berkongsikan berita gembiranya mengenai perkahwinan yang bakal dilangsungkan. Meriah sakan meja makan itu dengan ucapan taniah dan ajakan mereka yang ada diatas berita gembira tersebut. Namun begitu sepanjang masa itu, Duke Marcel langsung tidak berkata apa-apa. Paling ada punya hanya berkata ya atau tidak saja.
Seusai sesi makan tamat, Alfareeze serta ibubapanya pulang ke kediaman mereka. Atau lebih tepat lagi kediaman Alfareeze.
"Bagaimana keadaan Duke Elijah di sana Alfa?Adakah semuanya baik-baik saja?"Puan Rona mengambil sut uniform dari tangan Alfareeze sewaktu mereka beransur ke arah ruang tamu selepas pulang dari istana.
"Ya. Beliau baik-baik saja. Semua seisi Keluarga Kirk ada di situ."jawab Alfareeze apabila dia duduk selesakan diri atas sofa.
Duke Marcel dengan diam duduk di sofa dua seat menghadap Alfareeze tidak mengatakan apa-apa. Lelaki itu ibarat seorang bisu Namun kenyataannya boleh bersuara.
"Baguslah kalau begitu. Lega ibu dengar. Ibu harap Duke Elijah menerima layanan yang selayaknya di sana. Lagipula beliau seorang yang sangat baik.."ujar Puan Rona sebaik selesakan diri di samping Duke Marcel.
Alfareeze mengangguk kepala sambil senyum lembut pada Puan Rona. Namun senyumannya memudar setelah bertatapan dengan Duke Marcel.
"Bagus hari ni ayah. Ayah lakukan kerja yang baik sekali."ucap Alfareeze. "Mungkin lain kali ayah boleh diam dan tidak bercakap sama sekali sekiranya ia tidak melibatkan keluarga kita"
Duke Marcel mengangguk kepala patuh. Sejak tiga tahun lalu sebenarnya Duke Marcel telah di brainwash dengan Alfareeze. Alfareeze telah membuatkan Duke Marcel berubah sikap serta merta. Dari seorang yang kuat menghasut dan gilakan kuasa, kini menjadi seorang ayah yang sangat penyayang dan sentiasa berada di samping isteri. Membuatkan Puan Rona sangat bahagia.
"Kalau begitu bila perjumpaan dengan keluarga pengantin perempuan?Kamu telah tetapkan tarikhnya?"Puan Rona bertanya dengan senyuman teruja.
"Minggu hadapan. Selepas persiapan selesai kita bertolak ke Marlowe serta merta."
"Hah...kalau begitu kamu mahu ibu bantu?"
Alfareeze menggeleng. "Tak perlu. Saya dah uruskannya. Ibu hanya perlu hadir untuk perbincangan saja. Soal lain ibu jangan risau."
Duke Marcel terketap-ketap gigi saat menung memandang ke tepi.
"Dan ayah pula...ada perkara penting yang saya hendak sampaikan. Dengar baik-baik.."
Puan Rona palingkan kepalanya ke Duke Marcel lantas merangkul lengan suaminya untuk memberi sokongan. Dia tahu Alfareeze masih marah kepada Duke Marcel kerana ketamakan sendiri. Jadi dia tidak dapat melakukan apa-apa selain memberi sokongan kepada suaminya yang sudah patah semangat ini.
"Setibanya kita di Kediaman Duke Elijah, saya minta ayah agar bertegur sapa dengan Duke Elijah semesra yang boleh. Jangan tunjukkan sikap yang dingin dan memalukan. Paling penting hormat."
Duke Marcel mengangguk satu kali.
"Kemudian, saya mahu ayah minta maaf kepada Duke Elijah. Mengakui kesemua kesalahan ayah terhadap beliau dari awal sehingga sekarang. Minta maaf kepadanya Duke Elijah sehingga beliau sendiri memaafkan ayah."beritahu Alfareeze lagi dengan perlahan.
Bibir Duke Marcel mula menggeletar. Mata tuanya turut berkaca.
"Saya tidak mahu ayah merosakkan rancangan saya ini. Sekiranya sesuatu tak baik berlaku, ayah mungkin perlu pertimbangkan untuk hidup di Rumah Orang Tua."
Kening Puan Rona mencerlung risau apabila mendengar ugutan Alfareeze. "Jangan la sampai begitu Alfareeze.."minatnya penuh berhemah.
"Alfareeze mahu bersama dengan Darra tak kira apa sekalipun caranya. Katalah Alfareeze taksub ke gila ke..terpulang..ianya hak masing-masing. Jadi saya harap semua jelas. Mudahkan urusan saya, saya mudahkan urusan ibu dan ayah. Okay?"
Puan Rona mengangguk kepala. "Kami Ikutkan kamu saja. Apa yang kamu mahukan restu ibu sentiasa ada bersama kamu...dan ayah kamu juga begitu."
"Saya tahu...sepertimana ibu dengan ayah sayangkan saya. Begitu juga dengan saya. "beritahu Alfareeze penuh dengan sindirannya. Dia bukan membencikan ibubapanya. Dirinya hanya bersikap defensive apabila ia melibatkan Darra. Jadi Alfareeze perlu tegas dan tetap pada pendirian supaya ibubapanya tidak cuba-cuba hendak menidakkan kehendaknya.
"Tapi bagaimana sekiranya Duke Elijah enggan menemui ayah?"Duke Marcel bersuara tiba-tiba.
Mata Alfareeze terus bergerak ke Duke Marcel.
"Ayah fikir Duke Elijah itu seperti ayah ke?Sejahat-jahat sedegil degil Duke Elijah lelaki itu sentiasa menerima orang secara berlapang dada...walaupun seteruk mana sekalipun pengkhianatan yang orang tu telah lakukan...tapi saya tak semulia Duke Elijah. Saya seorang yang kejam...sekali orang buat jahat pada saya, seumur hidup saya akan ingat.."
"Sampai bila kamu nak hukum ayah macam ni?Ayah dah betul-betul menyesal.."
Alfareeze mengangguk. "Tahu. Saya tahu ayah dah menyesal. Tapi ayah kena ingat...tabiat ni bukan mudah untuk dihapuskan...jadi sebaiknya ayah duduk elok-elok, jadi suami dan ayah yang baik. Selebih saya akan uruskan. Faham?"
Air mata yang bertakung di tubir mata Duke Marcel jatuh setitis ke bawah sebaik lelaki itu mengedip mata kerana akur dengan arahan itu.
Sebagai cara hendak memujuk Puan Rona gosok belakang badan Duke Marcel sambil memberi bisikan lembut untuk tenangkan kesedihannya.