Flashbacks
Malam sama sebelum Darra pergi....
Perlahan-lahan dia lurutkan tangan ke belakang leher sebelum berhenti di tepi leher. Kucupannya didalamkan ke bibir depannya dengan mata terpejam rapat. Langsung tidak peduli untuk mengambil nafas atau berhenti seketika.
Alfareeze memejamkan mata saat bersandar rehat di head rest katil sewaktu Darra ada di pangkuannya. Dia tidak tahu berapa lama mereka begini, bukannya dia tidak menyukainya, tetapi dia risau kalau dia hilang kawalan jika Darra berterusan mengucupnya.
"Darra..."panggilnya di balik nafas saat menolak dada itu ke belakang supaya mereka menjauh seketika.
"Hm?"Darra enggan menjauhkan diri, dia malah mengeraskan badan supaya tidak berjaya di tolak ke belakang dengan Alfareeze.
Baru saja Alfareeze hendak mengambil nafas, bibirnya dipagut semula dengan Darra dan tangan gadis itu melingkar erat sekeliling bahunya. "Bagi aku bernafas dulu...please.."mintanya dibalik bibir itu.
"Kenapa?Kau asyik nak tolak aku je ni?"rungut Darra menjarakkan sedikit wajahnya dari Alfareeze. Keningnya berkerut-kerut tidak suka.
Dengan panjang Alfareeze melepaskan hela sebelum mengambil nafas untuk tenangkan diri. "Kenapa dengan kau malam ni?Kau tahu kalau kau berterusan macam ni, kau dalam masalah tahu tak!"pesannya dengan serius.
Mata Darra turun ke bibir Alfareeze yang sudah kemerahan sebelum gerak mahu mengucup semula bibir itu. "Sebab aku rindukan kau la..."
Ugh!Alfareeze lemparkan kepala ke belakang dengan frust. Tangannya naik menguak rambutnya. Susah betul la! "Apa aku nak buat dengan kau ni?"ngerangnya sewaktu membuka mata dan menegakkan kepala semula. Memandang puppy face Darra dengan dada berderu sebu dengan perasaan teruja. Bergetar tulang rusuknya saat ini.
"Kenapa kau pandang aku macam tu?"
Alfareeze berdengus kecil. Dia tersengih menahan lucu. "Kau tak nak tahu apa aku tengah fikirkan sekarang ni Darra.." hujung bibirnya terjungkit penuh maksud.
Bersama renungan sedihnya Darra tunduk ke ceruk Alfareeze dan memeluk erat badan itu. Bibirnya mengucup tepi leher itu beberapa kali.
Senang dengannya, Alfareeze merehatkan pipi ke tepi kepala Darra saat mencapai tangan bercincin Darra lalu dicium beberapa kali dengan kasih. Sesungguhnya dia mahu bersama dengan Darra. Dan dia enggan melepaskan Darra lagi. "Aku cintakan kau Darra...kekal di sisi aku okay...aku janji aku akan baiki keadaan semula."bisiknya sambil tu.
Darra di ceruk leher Alfareeze waktu itu mengangguk kepala perlahan. "Okay...aku tunggu."balas suara itu dengan sedih.
End of flashbacks
Semakin difikirkan semakin merinding kejengkelan dirasakan.
Tidak kira la sekuat mana usaha dia hendak mengawalnya, perasaan benci dan sakit hati semakin membuak-buak di dalam hati.
Bagaimana seseorang boleh pergi begitu saja selepas mengatakan semua itu!Bagaimana seseorang dengan kejam sekali meninggalkan seseorang yang mereka cintai selepas melakukan semuanya bersama?
Rimas sungguh dia menghadap perasaan sesak ni!
Sambil memandang kosong akan Raja Aryyan, Alfareeze bermain dengan cincin yang tergantung pada rantai di lehernya.
"Beta bersetuju dengan syarat yang kamu sertakan itu."
Putera Malik pandang Alfareeze lalu ke tangan yang sedang menggentel rantai di leher. Ianya buatkan dia tertarik ingin tahu cincin siapakah yang dimainkan oleh Alfareeze tu?
"Pilihan apa yang tuanku ambil?" Alfareeze melepaskan cincin di rantai sesaat selepas itu. Dia duduk tegak memerhatikan Raja Aryyan.
"Beta bersetuju untuk mengadakan hubungan dua hala bersama Coravia. Namun begitu calon yang bakal kamu bersama itu adalah pilihan beta sendiri."cadang Raja Aryyan.
Putera Malik terus duduk tegak. Dia beri aura dominannya selepas ayahanda dia berkata begitu. Ya!Itu adalah idea dia yang disampaikan kepada ayahandanya. Dia enggan Darra mengahwini lelaki bernama Alfareeze ini. Dan mereka tidak boleh menyerahkan negeri ini begitu saja!Jadi pilihan terakhir adalah memilih sendiri calon!
"Tidak."putus Alfareeze. "Sama ada Darra Emerson atau berperang tiada pilihan lain. Itu syarat saya."
Kening Raja Aryyan berkerut. Dia berasa tidak puas hati dengan penolakan Alfareeze. Bolehnya pemuda ini membalas kata-kata dia begitu saja. "Mengapa anak Duke Elijah juga yang kamu hendakkan?Saya ada saja calon dari kalangan anak para Menteri di sini."
Putera Malik bercemberut tidak suka. Apa masalah Alfareeze sebenarnya?Untung-untung mereka telah bersetuju. Bolehnya nak berdegil!?Tak masuk akal betul...
"Kerana itu yang saya mahukan."tegas Alfareeze. "Saya datang ke sini hendak mendengar keputusan bukan membuat rundingan. Sekiranya tuanku enggan, saya terima. Tuanku ada baki beberapa hari sebelum saya turunkan perintah untuk menjarah tanah Marlowe.."dia bangun dari situ bersedia hendak beredar.
Raja Aryyan sudah tercengang. Dia cuba nak fahamkan situasi di sini. Tapi sikap dingin dan tidak bertimbang rasa Alfareeze membuatkan fikiran dia bercelaru.
"Tunggu!"Putera Malik ikut berdiri. Dia memusingkan badan menghadap Alfareeze yang sudah mahu bergerak pergi ketika itu.
Mahu tak mahu Alfareeze pun berhenti. Dia pandang ke Putera Malik dengan renungan dingin. "Ya?"
Untuk seketika Putera Malik diam di situ memandang Alfareeze kerana dia jadi bingung tiba-tiba tidak tahu hendak berkata apa. Apa yang membuatkan Alfareeze begitu nekad mahukan Darra!?Bagaimana lelaki ini tahu mengenai Darra?"Perlu ke berperang?" soalnya selepas mendiam seketika tadi.
"Terpulang. Pilihan tuanku sendiri. Saya telahpun menyatakan dua pilihan. Jika tuanku tidak mahu memilih pilihan kedua, maka yang tinggal hanyalah pilihan pertama...namun sekiranya pilihan pertama tuanku turut enggan menerimanya, makan jalan terakhir adalah merampas secara paksa.."ujar Alfareeze.
"Boleh beta tahu...kenapa kamu nekad sebegini sekali?"Raja Aryyan tanya dengan nada perlahan. Tidak marah tidak bengang. Hanya nada bersahaja. Dia cuma nak tahu apa yang mendorong Alfareeze lakukan perampasan kuasa hingga ke tahap ini.
Air muka dingin Alfareeze kelihatan muram tidak semena. Matanya terarah kosong di lantai bawahnya.
"Kamu sedar, tindakan kamu ini hanya mengundang benci dari orang lain...kamu bangga merampas dan menakluk negeri orang dan kebebasan sebuah kerajaan tu?"tanya Raja Aryyan lagi.
Salah ke dia lakukan semua ni?
Kejam ke dia lakukan semua ni?
Alfareeze tidak pasti dengannya. Apa dia tahu dia mahu hilangkan rasa kosong dan sakit yang terisi dalam hatinya selama ini.
"Mereka yang minta...saya dah beri pilihan dan cuma tunaikan permintaan mereka tu..."senyuman nipis terukir tanpa sedar sewaktu Alfareeze pandang ke Putera Aryyan. "Benci?Hahah...jangan risau. Benci mereka tidak setanding dengan rasa benci yang saya rasakan sekarang. Jadi...Kalau tiada apa-apa saya minta diri dulu."pamit Alfareeze tidak memberi jawapan untuk pertanyaan tadi.
Putera Malik begitu tergamam. Dia pandang Raja Aryyan. Berharap ayahanda dapat mengatakan sesuatu tapi nampaknya sama juga seperti dirinya. Mereka masing-masing tergamam.
Bersama Tolan di tepinya, Alfareeze menyusuri koridor sehingga mereka tiba di anak tangga. Sedang mereka menuruni tangga, seorang daripada pengiring yang berjalan di belakang bersuara.
"Apakah kita akan terus menerus berulang alik mendengar rundingan mereka tuan?"
Alfareeze dihadapan sekali diam memandang anak tangga di bawahnya. Dia tiada mood hendak berfikir apa-apa. Hatinya ini sejak sampai di sini hanya menjerit mahu menemui Darra secepat mungkin. Tapi itulah...walaupun dekat masih juga terasa jauh.
"Bergantung pada pertimbangan dan kesabaran saya. Sekiranya mereka masih enggan bersetuju, mungkin kita akan berperang lebih awal dari yang dirancang.."jawabnya mendatar.
Tolan mengerling ke Alfareeze. Merenung wajah dingin komandonya untuk seketika sebelum kembali pandang ke hadapan. Sepertinya dia sudah faham kenapa Alfareeze lakukan semua ni. Biasanya Alfareeze lebih memilih untuk menyerang terus tanpa rundingan. Tapi kali ini berlainan kerana tujuan Alfareeze lakukan semua ini bukan hendak merampas Marlowe tetapi sebaliknya mahukan orang yang menghuni negeri ini. Atau lebih tepat lagi cik muda bernama Darra Emerson.
"Ada sesuatu yang saya hendak beritahu kepada tuan.."beritahu Tolan.
"Hm."jeda Alfareeze pendek.
"Semalam selepas tuan bercakap dengan Duke Elijah, beliau peng-"belum sempat Tolan hendak menghabiskan kata-katanya dia terhenti setelah lihat siapakah yang sedang berdiri dilantai bawah tangga dimana mereka sedang turuni.
Di situ berdirinya Darra bersama Zen dongak memandang akan kumpulan lelaki berpakaian serba hitam dan bertopeng mulut kecuali Alfareeze dan Tolan. Mereka semua masing-masing terdiam.
Apa yang-
Ibarat masa terhenti, Darra dan Alfareeze saling bertentang mata untuk seketika. Masing-masing menahan nafas tanpa sedar sebaik bersua muka.
Alfareeze dengan gigi terketap erat menahan diri dari mendapatkan Darra serta merta di situ. Dadanya yang berasak dengan perasaan sebu semakin sempit dirasakan. Namun air mukanya masih kekal tenang dan dingin tidak berekpresi.
Sementara itu Darra yang kejung pandang Alfareeze dengan renungan berkaca mahu menangisnya. Seakan bermimpi pun ada kerana dapat menatap wajah yang dia rindui selama tiga tahun ini. Rupa itu semakin matang dilihat.
Zen mengerling ke Darra, lalu ke Alfareeze setelah perasan akan pertukaran renungan di antara mereka berdua waktu itu. Serius beritahu, dia pandang saja boleh rasa tension mereka berdua. Seakan ada gelombang yang memberitahu mereka dekat situ yang Darra dan Alfareeze ini ada sesuatu di antara mereka!
"Tuan?"tegur Tolan perlahan.
Tersentak dengan panggilan itu Alfareeze mengatur nafasnya semula untuk tenangkan diri. Dia mengedipkan mata sebelum menyambung langkahnya. Dia tidak boleh hilang kawalan di sini. Tidak kiralah terdesak macam mana sekalipun dia mahukan Darra, dia tidak boleh mengalah! Belum masanya lagi!