Flashbacks
Beberapa bulan selepas Darra tiba di Marlowe...
Sambil tunduk meneliti senarai barangan rumah yang perlu di stok semula, Darra sendirian di meja makan waktu itu. Pena pelepah di tangan sementara bawah tangan terdapat sehelai kertas kulit penuh dengan senarai. Dia didatangi Anthony tidak lama kemudian.
Berdiri saja Anthony di samping meja, lelaki itu tunduk menyapa Darra dengan perlahan.
"Cik muda...ada perutusan sampai dari Cameron."bisik Anthony waktu itu. '
Darra dengan terkejut dongak memandang Anthony sebelum memalingkan kepala kanan dan kiri ingin memastikan tiada sesiapa berdekatan ruang makan itu. "Maklumat apa yang kamu peroleh?"bisiknya semasa pandang Anthony kemudiannya.
Anthony tunduk dengan kedua belah tangan berehat di sisi. "Menurut pengintip yang saya upah untuk lihat keadaan Cameron memberitahu bahawa Duke Marcel telah dipecat dari jawatannya. Selepas itu lelaki tersebut berpindah ke luar negeri dimana keluarganya tinggal. Bersama dengan Lord Alfareeze dan Puan Rona. Menurut pengintip itu Lord Alfareeze telah memusnahkan kediaman Keluarga Guzman pada hari keberangkatan Duke Elijah. Lelaki itu telah membakar seluruh kediaman tersebut. Tiada yang tinggal sama sekali. Raja Alan Salas kini dalam keadaan tergugat kerana dua orang kuatnya sudah tiada lagi di Cameron. Jadi sistem pentadbiran mereka agak goyah. Soal Duke Brett beliau yang sedang mengatur kelancaran pemerintahan istana sekarang. Cik Muda Pearl dan keluarganya masih berada dalam keadaan selamat. Selebihnya semua seperti biasa..."
Sepanjang masa Darra mendengar makluman itu, dia begitu ternganga kerana kenyataan yang Alfareeze naik angin hingga berani membakar rumah sendiri?Lelaki lunatic itu memang menakutkan! "Bagaimana dengan Ricardo dan ibu saya?"
"Tentang mereka, pengintip tersebut tidak dapat memperoleh sebarang maklumat kerana tahap keselamatan yang dibuat Duke Brett sejak lelaki itu menjadi Menteri Pertahanan baru terlalu ketat, tiada apa-apa yang mereka peroleh...."
Darra mengangguk kepala. Kalau semua orang tidak apa-apa syukur la.
"Kalau begitu Alfareeze berada di mana sekarang?"
"Menurut mereka, Lord Alfareeze sudahpun meletakkan jawatan sebagai komando batilion Utama dan pulang ke kampung halaman beliau. Di mana dan kemana tidak pasti kerana latar belakang lelaki itu sendiri tidak jelas sangat..."
Darra menelan air liur gemuruh. Jawapan tidak pasti Anthony itu membuatkan perut dia memulas semacam. "Kenapa Alfareeze bakar rumah keluarganya?Kamu ada cari tahu?"
Anthony menggeleng. "Tiada siapa tahu apa puncanya. Yang pasti perbuatan itu memang dilakukan oleh Lord Alfareeze."
Kalau macam tu Alfareeze pasti sudah mengetahui hal sebenar. Lelaki sebijak Alfareeze itu pasti telah bertemu sendiri dengan raja sebab itulah alfareeze meletakkan jawatan dan Duke Marcel hilang kedudukannya di istana. "Ada apa-apa lagi ke?"
"Tiada cik muda. Setakat itu saja maklumat yang pengintip kongsikan kepada saya."
Darra pun mengangguk. "Ya sudah kalau begitu. Kamu boleh beredar."menungnya ke kertas kulit bawah tangan waktu itu. Fikirannya terarah pada Alfareeze saja. Perihal Pearl dan yang lain bukan masalah buatnya kerana mereka itu bukan jenis yang suka berdendam atau lakukan hal yang tidak sepatutnya. Yang di risaukan sekarang adalah Alfareeze. Kata-kata lelaki itu masih bermain dalam fikirannya.
Kata-kata dimana Alfareeze menyatakan bahawa sekiranya dia lari lelaki itu akan mencarinya sehingga dapat!
Mengenangkan sikap nekad dan berani Alfareeze, Darra semakin yakin pemergian Alfareeze dari Cameron bukan satu petanda yang baik!
Cepat atau lambat lelaki itu pasti akan menemui dirinya.
End of flashbacks
Berjalan merentasi koridor hendak ke arah beranda, Putera Malik melewati sebuah bilik dimana pintu dua muka di situ terbuka luas dan kelibat dua orang pengawal sedang berkawal. Hal itu buatkan langkah lelaki itu mati seketika untuk berpusing ke kirinya.
Soul di situ lekas-lekas beri tundukkan hormat kepada Putera Malik sewaktu lelaki tersebut melintasinya. "Selamat siang tuanku.."
Putera Malik menepuk bilah bahu Soul sambil berjalan ketika itu.
Pengawal yang mengekori Putera Malik tadi tidak masuk. Mereka malah berdiri di situ bersama dengan Soul. Membelakangi ruangan tersebut untuk menjaga.
Setiba saja dalam ruangan rehat khas di tingkat tiga istana itu, Putera Malik menemui seseorang sedang duduk di sofa empuk royal blue di situ sambil memangku bakul benang kait. Semakin dia mendekat, barulah jelas siapa orang itu.
Tidak lain tidak bukan, Darra sendiri. Gadis itu indah mengenakan dress hijau pucuk pisang dipadankan dengan perhiasan rambut iaitu penyepit bermanik-manik. Penyepit itu di kelip dari tepi ke belakang bersambung dengan toncangan.
Disebabkan Putera Malik sudah hafal dengan rutin Darra, dia tidak terkejut sekiranya gadis itu dapat duduk diam dalam bilik tersebut. Ini tidak lain pasti kerja bondanya.
"Bonda denda awak mengait lagi Darra?"tegurnya perlahan.
Oleh kerana terlalu tekun, Darra melompat terkejut di sofa itu apabila suara dalam lunak Putera Malik menegurnya.
"Terkejut saya.."balas Darra sambil menekap tangan ke dada. "Bila tuanku sampai?"soalnya sambil menyambung kembali kerjanya.
Putera Malik ambil tempat di kerusi satu seat di sebelah sofa dimana Darra sedang duduk. Dia perhatikan jari runcing Darra cekap menggerakkan benang dan jarum kait membentuk satu kaitan. "Baru saja sampai. Saya perasan Soul ada di depan pintu tadi..itu saya tergerak hati hendak menjenguk..."
"Kenapa?Tuanku pun sama nak meleteri saya?Tak perlu. Permaisuri Luana sudahpun memarahi saya lebih daripada cukup.."keluh Darra teringat akan bebelan Permaisuri Luana kerana tindakan dia keluar ke hutan sendirian semalam dan lewat hadir ke sesi makan malam mereka.
"Kalau awak tahu duduk diam, tiadanya bonda hendak meleteri awak seperti anak kecil Darra.."Putera Malik ketawa kecil saat menggeleng kepala.
"Apa-apa aje la..."Darra melilitkan benang ke antara jarum kaitnya laju-laju kerana sudah terbiasa.
Setelah itu mereka berdua pun mendiamkan diri. Diam yang selesa dan tidak kekok. Sebab Putera Malik sendiri bukan jenis yang cakap banyak. Sementara Darra yang selesa untuk tidak bercakap banyak langsung tidak kisah sama ada mereka bercakap atau tidak.
Putera Malik topang tangan kanan pada arm rest kerusi ke pipi kanan untuk memerhatikan Darra di depannya. Dari mata berbulu lentik, hidung muncung, sepasang bibir nipis lalu ke tangan yang sibuk bekerja itu.
Tipu la kalau tak suka bila pandang gadis secantik Darra ni. Putera Malik yang baru mula rapat dengan Darra tahun lepas sendiri pun telah tangkap perasaan kerana tingkah bersahaja dan tenang Darra ni. Tidak seperti orang lain yang biasanya pasti akan bersikap berlebihan atau cuba menarik perhatian bila bersama dengan dia. Tapi tidak Darra. Gadis itu bersikap biasa seakan dirinya ini bukan sesiapa. Malah tidak pernah sekali cuba hendak ambil hati atau menarik perhatiannya. Jadi Putera Malik tak boleh nak halang diri sendiri dari tersuka pada Darra.
"Tuanku okay tak ni?"tegur Darra apabila dia perasan yang putera mahkota depannya perhatikan dia sejak tadi.
Putera Malik menjungkit bahu.
"Nak kata okay tu tak adalah sangat...tapi nak kata tak okay..tak pulak."
"Dah tu...kenapa muka tu macam risaukan sesuatu?"
"Saya cuma risau memikirkan isu antara Kerajaan Coravia dengan Marlowe sekarang ni..."Putera Malik tadi baru sahaja menemui ayahanda. Berbincang perihal perutusan yang tiba dari Coravia. Itu yang dia keluar nak ambil
"Oh..tentang pencerobohan sempadan tu ya?" Darra pandang Putera Malik dengan muka ingin tahu. "Ada berita dari mereka ke?"
Putera Malik mengangguk.
"Kami tiada masalah untuk menentang mereka. Boleh saja. Tapi ini bukan soal kerajaan atau peperangan. Ini soal rakyat. Saya dan ayahanda tidak ingin berlakunya pertumpahan darah dan menjejaskan keselamatan rakyat...jadi kami beri perutusan untuk berunding dengan pihak Coravia."Putera Malik kelihatan teragak-agak.
"Apa kata mereka?"
"Mereka balas...perutusan yang kami ajukan mereka telahpun bersetuju. Tapi mereka sendiri yang akan turun ke Slivalon untuk berunding.."
"Elok la kalau macam tu... sekurang-kurangnya mereka tidak bercadang untuk berperang.."Darra mencapai benang kait warna lain untuk diselang selikan. "Seeloknya berunding dengan baik tanpa melibatkan senjata...peperangan tu bukan setakat makan kos tapi melibatkan nyawa jugak.."
Renungan Putera Malik terarah pada anak rambut Darra yang jatuh mengenai kening itu. Tergerak hatinya ingin menyelak anak rambut tersebut ke belakang telinga Darra tapi ditahankan saja dirinya kerana enggan buatkan Darra tidak selesa dengannya. Ingat senang apa nak dekati Darra ni. Setahun jugak dia nak dengar suara Darra. Kemudian setahun lagi untuk berada dekat seperti ini tanpa buatkan Darra mengelak atau membisu. Jadi dia tidak mahu merosakkan usaha tiga tahunya begitu saja.
"Tapi ada yang tak kena dengan cara mereka ni..."kata Putera Malik menurunkan tangan dari menopang pipi. Dia rehatkan kedua belah tangan di depan perut. "Ianya seakan mudah...terlalu mudah..."
Darra berkata tanpa memandang Putera Malik. "Apa yang tak kenanya?"
"Sejak tiga tahun yang lalu, Kerajaan Coravia mula berkembang. Dengan tiba-tiba sekali mereka mula menjarah seluruh negeri yang ada di sekitarnya. Dari satu negeri ke satu negeri termasuk Negeri Cameron yang dulu terkenal dengan kegemilangan mereka berjaya ditakluki oleh Kerajaan Coravia. Dengan ini Kerajaan Slivalon yang menyempandankan lapan buah negeri lagi saja yang tinggal tidak dijarah. Menjadikan Kerajaan Coravia adalah kerajaan kedua yang berkuasa selepas Kerajaan Cameron."
Darra mengangkat kepala lantas pandang ke Putera Malik kerana terkejut dengan apa yang diberitahu sebentar tadi. "Kerajaan Cameron telah ditakluk dengan Kerajaan Coravia?"
"Mm."angguk Putera Malik. "Saya tidak pasti apa yang berlaku, tapi tidak lama rasanya selepas ayah awak masuk ke Marlowe, Negeri Cameron dijarah...menurut khabar angin, komando yang mengetuai penjarahan itu seseorang yang terkenal dengan sikap tanpa belas kasihannya. Dia jarah tanpa henti sejak tiga tahun lepas...dan beberapa bulan yang lepas mereka seakan provokasi kerajaan Marlowe...jadi ayahanda panggil saya balik ke sini untuk berbincang mengenai hal tu..sebab ayahanda saya hairan..kenapa Kerajaan Coravia cuba provok sedangkan mereka boleh saja menyerang Kerajaan Slivalon secara langsung?"
Air muka Darra berubah bungkam.
Komando?
Seakan pasir berada dalam kerongkongnya, Darra menelan air liur berasa begitu kesat sekali. Jantungnya berdegup aneh. Perutnya juga memulas-mulas. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati selepas mendengar perkataan 'komando' tadi. Tiba-tiba buatkan dia terbayangkan wajah yang selama ini menghantui lenanya siang dan malam.
"Siapa yang akan datang berunding ke sini nanti kalau begitu?"
"Raja Kayan, pemerintah Kerajaan Coravia.."beritahu Putera Malik. "Apapun saya arahkan mereka dalam keadaan berjaga-jaga sewaktu rombongan dari Coravia tiba di sini.."
Tiba-tiba Darra merasa tidak sedap hati.
Tak mungkin la.
Pasti komando lain, bukan Alfareeze. Kan lelaki itu telah meletakkan jawatan dan pulang ke kampung halaman lelaki tu!
"Saya harapkan semua berjalan dengan lancar."ucap Darra memberi senyuman tidak pasti kepada Putera Malik.
Putera Malik pula balas dengan melepaskan hela panjang. "Saya harap begitu juga la..."pandangnya ke Darra.