webnovel

Episode 48 : Belang Komando!

Ugh!

Bosannya!

Alfareeze topang pipi memandang bosan ke api dalam perapian yang sedang marak membakar kayu api. Bahang dari bakaran itu sedikit sebanyak menghangatkan sedikit suhu dingin musim luruh waktu itu.

        "Ibu lihat kamu tidak makan banyak masa makan malam tadi Alfa...banyak kerja di akademi ke?"Puan Rona di kerusi goyang bertanya. Wanita berambut brunette kerinting paras dada itu sedang mengait mafela biru pekat atas riba.

Manalah dia nak makan banyak kalau dekat kepala ada muka budak bertuah tu aje!Nak pejam mata muka budak tu, nak buat kerja muka budak tu lagi, itu belum lagi nak makan. Baru nak telan suara tu muncul dalam kepala. Tidak tenteram hari dia kerana Darra Emerson!

        "Tak ada apa-apa. Semuanya okay je. Ibu jangan risau."beritahu Alfareeze dengan senyuman nipis dibibir. "Mana ayah ni?Kata nak jumpa?"tadi siang beria suruh dia balik ke rumah. Hendak berjumpa la apa la...sekali tu masa makan malam tiada. Hingga malam berlabuh, langit dah gelap bayang pun tak ada. Kalau dia tahu tadi, memang bertapak di dekat bilik Darra!

         "Tunggulah sebentar. Pulang la nanti ayah kamu itu."Puan Rona tunduk menyambung mengait.

Lalu Alfareeze terfikirkan sesuatu. Membuatkan dia tarik merapat kerusi rotan yang dia duduk ke ibunya.

Skreet!

Skreet!

Skreet!

Bergema bunyi kayu rotan itu setiap kali Alfareeze mengesot bersama dengan kerusi tersebut.

     "Ibu.."

     "Hm?"

     "Nak tanya ni.."

      Puan Rona palingkan kepalanya ke kiri. Dia pandang Alfareeze dengan kening berkerut. "Apa yang kamu nak tanyakan?"

      "Ibu dah bersama dengan ayah berapa lama?Termasuk berkahwin dan mempunyai anak."

       Untuk beberapa saat Puan Rona diam mengait semula sambil berfikir. Dia hitung untuk seketika sebelum beritahu. "24 tahun."

       "Macam mana ayah dengan Duke Elijah?Sudah berapa lama mereka berkenalan?"

        Hujung bibir Puan Rona terjungkit hendak ketawa. "Rasanya hampir 30 puluh tahun. Dua orang itu belajar di akademi sama seperti kamu. Kemudian bekerja bersama-sama...sampailah satu kejadian tu, mereka berdua jadi musuh."

        "Kenapa?"

        "Rasanya kejadian ni berlaku 15 tahun yang lalu...masa tu ayah kamu dan Duke Elijah sedang menjalani kursus kenaikan pangkat. Mereka berdua sama-sama hebat. Bezanya ayah kamu seorang yang terburu-buru, sementara Duke Elijah sangat teliti dan tenang orangnya. Satu hari masa penilaian terakhir untuk kursus tu, ayah kamu ambil keputusan untuk khianati persahabatan bersama Duke Elijah dengan menghilangkan bahan bukti siasatan Duke Elijah. Jadi Ayah kamu lulus dan dinaikkan pangkat. Tapi Duke Elijah gagal. Dia terpaksa ulang semula kursus dari awal hingga akhir. Ajaibnya bertuah menyebelahi Duke Elijah. Dia mendapat nama terlebih dahulu sebelum ayah kamu. Sejak itu Duke Elijah bermusuhan dengan ayah kamu."

Berasa malu dan rendah diri, Alfareeze pandang tidak terkata ke ibunya. Jahat sungguh ayahnya itu kan. Ada ke patut buat begitu terhadap kawan baik sendiri. Tak hairanlah kenapa Duke Elijah bersungguh sangat hendak kaut semua jawatan dan pengaruh dari dirampas ayahnya. Rupa-rupanya Duke Elijah mahu membalas dendam terhadap tindakan lampau ayahnya. Kalau dia jadi Duke Elijah, dia pun akan buat perkara yang sama.

Knock!

Knock!

Tidak semena ketukan pintu kedengaran.

Menyentak lamunan Alfareeze dan fokus Puan Rona.

Ingatkan Duke Marcel, rupa-rupanya seorang maid yang berjalan masuk ke ruang tamu itu.

        "Puan Besar, Tuan Alfareeze, Duke Marcel telah pulang. Beliau minta Tuan Alfareeze bertemu dengan beliau di dalam bilik kerjanya sekarang."

         "Hm. Tu..ayah kamu cari. Lekas sana."Puan Rona menggesa.

Bersama keluhan berat, Alfareeze bangun dan ikut maid tadi untuk ke bilik kerja ayahnya. Serius beritahu sepanjang perjalanan ke situ hatinya berbisik halus. Memberitahu dia ada sesuatu yang tidak baik bakal terjadi. Tapi dia tidak pasti apakah perkara itu. Tapi firasatnya sentiasa tepat. Jadi Alfareeze berasa tidak tenang sehingga dia ambil masa untuk masuk ke bilik tersebut setelah sampai.

Hampir lima minit berdiri di depan pintu itu, Alfareeze baru masuk ke dalam.

        "Ya..ayah cari saya ke?"jenguk Alfareeze semasa berjalan ke arah meja.

        "Hm."Duke Marcel kelihatan tenang dan bersahaja di kerusi belakang meja kerja waktu itu. Cerut ada di celah jarinya. Berasap dan mengeluarkan bau yang kuat. "Hari ini ayah senang hati. Jadi kamu jangan serius sangat. Duduk la dulu."

         Mengerenyet mata kiri Alfareeze bila dengar. Senang hati?Iya ke ni?Kenapa dia merasakan sebaliknya. "Apa yang buatkan ayah berasa senang hati?"dia tidak duduk tetapi hanya berdiri tegak di situ menghadap Duke Marcel.

Tersengih Duke Marcel. Dia bawa cerut ke mulut lalu dihisap sekejap.

         "Hari ini Raja Alan membuat persidangan untuk kejayaan Duke Elijah menyelesaikan isu ancaman pecah masuk musuh ke negeri kita.."asap cerut ikut keluar dari mulutnya semasa Duke Marcel bercakap.

Dah tu?Apa kaitan dengan dia?Alfareeze pandang skeptikal akan Duke Marcel kerana dia benar-benar berasa tidak sedap hati.

         "Dan atas kejayaannya itu Raja Alan ingin mengurniakan ganjaran pada Duke Elijah. Kamu nak tahu apa ganjarannya?"mata Duke Marcel mengerling ke Alfareeze bersama sengih meleret penuh aura jahat.

         "Apa ganjarannya?"balas Alfareeze tidak ingin tahu. Dia langsung tidak berminat dengan isu politik ayahnya bersama Duke Elijah. Dia mahu keluar dari rumah agam ini dengan segera!

         "Perkahwinan di antara Puteri Eiliana bersama anak lelaki beliau Darrius Emmerson."

          Hah?Buang tebiat apa?Si Pendek tu perempuan!Nak kahwin dengan Puteri Eiliana? "Duke Elijah cakap apa?"

          "Hahahahaha!"tidak semena Duke Marcel ketawa terbahak-bahak. Nampak sangat la dia gembira. "Sudah tentulah Duke Elijah menolaknya. Malah lelaki bodoh tu arahkan Raja Alan menjodohkan Puteri Eiliana kepada kamu...anak ayah!"

Air muka Alfareeze jatuh mendadak kepada shock. Hampir terlupa dia hendak bernafas bagaimana selepas mendengarnya.

          "Hahaha...lelaki tu tolak peluang terbesar untuk mendapatkan kuasa. Dan beri peluang kepada ayah untuk berbesankan Raja Alan...sebab itu ayah panggil kamu balik Alfa. Ayah mahu beritahu kamu, sekiranya utusan tiba dari raja bagi perjodohan kamu bersama Puteri Eiliana nanti. Ayah mahu kamu menerimanya serta merta...ini adalah satu peluang buat kamu untuk mendapat gelaran Grand Duke!"ujar Duke Marcel dengan bangga.

Tak!

Tak mungkin!

Semua tu tak benar!

         "Saya menolaknya."beritahu Alfareeze dengan renungan dingin kepada Duke Marcel. "Tidak kira perjodohan itu dari siapa. Saya tidak akan menerimanya."

         "Apa kamu kata?"Duke Marcel terus duduk tegak. Wajah cerianya berubah menjadi bungkam dalam sesaat. "Apa maksud kamu menolaknya Alfa?"

Dada Alfareeze mula naik turun kencang. Dia mula merinding kebengangan. Tidak mungkin Duke Elijah saja-saja cadangkan idea ini. Lelaki tamak kuasa seperti Duke Elijah tidak akan dengan mudah memberi peluang kepada musuh sendiri begitu saja. Melainkan, Duke Elijah sudah mengetahui bahawa dia mendekati Darra!Ya!Itu pasti. Sama seperti Duke Elijah menghantar dia ke medan peperangan selama dua tahun hanya kerana mahu menjauhkan dirinya dari Darra. Duke Elijah menggunakan cara yang sama untuk memisahkan dia dari Darra!

Krak!

Berbunyi jari jemari Alfareeze apabila dia menggenggam kepalan penumbuk dengan kuat.

          "Saya tidak menerima lamaran ni tak kira apa sekalipun sebabnya. Sebab saya dah ada pilihan saya sendiri ayah. Itu muktamad."beritahu Alfareeze bernada tenang tapi di dalam kepalanya dia sudah terbayangkan hujung pedangnya menikam tepat ke jantung Duke Elijah!

          "Kamu jangan nak macam-macam Alfa. Ini adalah satu peluang besar buat kamu. Lagipula kamu berkenan dengan siapa?Setahu ayah selain akademi dan kem tentera, mana kamu ada masa bergaul dengan sebarangan orang?Jangan nak buat alasan ya!"

          "Apa yang ayah perlu tahu. Saya ada hak hendak menolak perjodohan ini. Pergi mampus dengan kuasa atau nama yang ayah kejarkan tu. Saya tidak mahu terlibat sama sekali dengan semua itu. Berhenti gunakan saya sebagai alat untuk ayah mendapatkan kesenangan!"menggunakan autoriti seorang komando, Alfareeze memberi arahannya.

Membutang mata Duke Marcel kerana tatapan serius dan penuh aura membunuh Alfareeze saat itu. Hinggakan lelaki itu berdiri kerana tidak percaya.

           "Alfareeze!"

Selama ini dia ikut dan patuh pada semua arahan ayahnya. Arahan Duke Elijah. Arahan Raja Alan. Tanpa bantahan. Tanpa protes kerana semua arahan itu tidak melibatkan kehidupan peribadinya. Kini tidak lagi. Sekiranya arahan mereka itu melibatkan kehidupan dia, tiada siapa boleh masuk campur sekalipun orang itu adalah ibubapanya!Kehidupan dia. Keputusan dia. Tiada seorang boleh ubah kenyataan itu.

           "Jangan cabar saya. Saya diam memang diam. Tapi kalau hal itu melibatkan kehidupan saya, saya tidak teragak-agak untuk pertahankannya. Jadi saya nasihatkan ayah supaya tidak libatkan diri. Itu syarat saya sekiranya ayah masih mahu saya berada di sini."beritahu Alfareeze melepaskan kepalan penumbuk setelah dirinya kembali tenang.

           Duke Marcel dalam diam menelan air liur kerana tidak terkata. "Tapi bagaimana jika raja menegaskan soal perjodohan tersebut?Kamu tidak risau ke jika dia lucutkan jawatan kamu sekiranya kamu menolak perkahwinan baginda?"

          "Dipersilakan. Jawatan dan harta boleh dicari bila-bila masa. Tapi kebahagiaan dan ketenangan tu tidak boleh. Jadi ayah... tolong la ya. Tolong jangan tambah rasa benci saya yang ada pada ayah semakin bertambah."beritahu Alfareeze dengan kesal. "Kalau tiada apa-apa lagi, saya minta diri dulu. Dan saya harap berita ni tak sampai ke telinga saya lagi."

Duke Marcel yang masih terkedu dan kejung dengan sikap menakutkan Alfareeze hanya diam membatu memerhatikan keberangkatan Alfareeze dari situ. Serius!Walaupun Alfareeze anaknya, dia tetap takut pada anaknya ini. Renungan mata Alfareeze tu kalau sebilah pedang, rasanya sudah terpenggal kepala orang kalau dipandang!

Próximo capítulo