Hari ini Darra telah mengambil keputusan untuk munculkan diri selepas seminggu berkurung dalam biliknya.
Dan kemunculan dia itu bukan sekadar kemunculan yang biasa-biasa aje.
Memandangkan ramai yang mahu cuba 'memerangi' dia dalam akademi, Darra telah merencana pelan counterattack untuk mereka yang terlibat. Dia telah bersedia mental dan fizikal bagi sesi penentangannya terhadap mereka yang ingin melihat dirinya gagal dan susah dalam tempat itu.
Pertama, fahamkan pembuli itu. Dapatkan semua kekuatan dan kelemahan dia. Jadikan ia sebagai senjata untuk menentang mereka kemudian. Kedua, jangan mengelak. Tapi kalau selamat bercakap la dengan pembuli itu. Tunjukkan kepada mereka, pembulian mereka itu tidak beri kesan kepada diri kita. Ketiga, jangan letakkan diri itu yang salah. Tapi yang salah adalah orang yang membuli. Yalah, sebab orang yang membuli kita tu sebenarnya ada masalah yang dia tak boleh hadapi seperti mana kita hadapi. Mereka membuli kerana merasakan diri mereka itu tidak cukup. Kelima, seperti nasihat Alfareeze, jangan menyorok. Jangan menyendiri. Beranikan diri untuk bersuara. Last but not least, cari seseorang untuk bergantung harap!Seseorang yang boleh bantu untuk hentikan pembulian itu.
Terutama sekali Putera Eilian dan konco lelaki itu.
"Taniah Darrius...markah esei kamu adalah yang tertinggi. Mengalahkan juara bertahan kita Bian."ucap Master Helena sewaktu menyerahkan skrol berisi esei kepada Darra di hadapan kelas.
Dengan hormat Darra mencapai skrol itu dengan kedua tangan.
"Terima kasih master."
"Seeloknya kamu semua mencontohi Darrius kerana belum hampir sebulan dia telah berjaya mendapatkan markah penuh untuk hampir keseluruhan subjek. Kelas kamu adalah kelas teratas. Jadi tahap kamu perlu seiring dengan pembelajaran yang kamu pelajari."
Putera Eilian di tempat duduk pandang tidak puas hati akan Darra di hadapan kelas waktu itu. Berketik tulang rahang dibuatnya.
Sementara Bian pelajar terpandai kelas itu dalam diam mencengkam kuat hujung helaian kertas kulit yang terbentang atas meja.
"Dan untuk esei kedua juga, Darrius telah mendapat markah penuh. Dia telah memilik topik sejarah pemerintahan raja lama sebelum raja sekarang. Bukan sahaja lengkap malah mencangkupi seluruh maklumat yang betul...taniah ya Darrius. Teruskan usaha kamu. Master Freddie pasti bangga kerana mempunyai pelajar seperti kamu ini."belakang badan Darra di tepuk bangga oleh Master Helena.
Sementara Darra di hadapan kelas pandang ke arah Putera Eilian. Sekarang mari lihat siapa yang akan jatuhkan siapa!
Setelah sesi agihan kertas selesai, Master Helena menyampaikan satu lagi tugasan untuk kelas sejarah mereka sebelum pesta cahaya diadakan. Yang mana perlu dihantar sehari sebelum itu. Para pelajar dalam kelas itu mahu mengeluh, Namun apabila melihat Darra menerima tugasan Master Helena dengan hormat, mereka pun apalagi, turut lakukan hal yang sama gara-gara mahu menjaga imej masing-masing.
Mana tidaknya, sepanjang kelas itu Master Helena tidak berhenti dari menyebut nama Darrius dan memuji setiap perbuatannya.
Mana-mana pelajar lelaki yang dengar berasa tercabar kerana master cantik mereka itu minat akan Darra.
"Hei pretty face..."muncul beberapa orang pelajar di sekitar hadapan meja Darra apabila Master Helena keluar dari kelas selepas loceng berbunyi tadi.
Sambil memegang buku teks bacaannya, Darra mengangkat kepala. Dia dongak memandang orang yang menegurnya.
"Aku ada nama. Sebaiknya jika kau hendak bertamadun dengan aku, belajar untuk hormati aku dulu."balas Darra dengan renungan dingin dan suara mendatar.
"Amboi...berlagak kau ya?Baru dipuji mula nak berhidung tinggi?"tegur James dengan sinis.
"Bukan ke dia memang dah berlagak?"tambah Bian pula.
Darra pandang mereka berdua silih ganti sebelum berdengus kecil dengan renungan mengejeknya. "Kenapa?Cemburu sebab aku lebih sombong dari kau?"
Berkerut kening Dray, lelaki pertama yang menegur Darra tadi. Niat dia hendak membidas, namun begitu dia pilih untuk tidak lakukannya. Dalam-dalam dia menarik nafas lalu dihembus panjang.
"Maafkan aku. Darrius..."
Melotot mata Bian dan James waktu itu. Mereka berdua berpaling serentak memandang rakan mereka itu.
Sementara Darra pandang ke depan dan menatap renungan Dray.
Putera Eilian di barisan sebelah tiga meja dari kedudukan mereka itu perhati tanpa mengatakan apa-apa. Sebab dia sendiri masih terkesan dengan ketiadaan Darra selama seminggu yang lepas. Bukan setakat tidak masuk ke kelas, Darra juga tidak dilihat dimana-mana dalam akademi ini. Pelan dia mahu mengenakan Darra juga tidak berjalan dengan lancar. Dia tidak tahu sama ada Duke Elijah marah ataupun tidak. Kerana pada hari kejadian itu Darra tidak kembali menemuinya malah hilang terus. Dan hari ini apabila Darra masuk ke kelas, dia disambut dengan berita Darra telah mengatasi kesemua pelajar dalam kelas ini!
"Kenapa?"balas Darra.
"Aku tak tahu macam mana kau boleh kuasai esei Master Helena dengan markah penuh...tapi kalau kau tak kisah...boleh tak kongsikan pada aku bagaimana cara kau hasilkan esei yang sempurna?"tanya Dray dengan muka serba tidak kena.
"Kalau aku beritahu apa yang aku akan dapat?"
Bian menyinggul tepi lengan Dray. Dia menjegil mata tidak percaya kerana pertanyaan Dray. "Kau dah kenapa?Bukan ini yang aku suruh kan?"
Namun begitu Dray tidak pedulikan Bian. "Apa saja yang kau mahukan, aku akan cuba tunaikan. Aku perlukan markah ini untuk dapatkan A supaya lulus. Untuk tu aku mahu kau tolong aku."
Darra kembali membaca butiran dalam buku teksnya. "Kalau Putera Eilian janji tidak akan lagi menganggu dan membuli aku, mungkin aku akan pertimbangkan permintaan kau itu."beritahunya dengan bersahaja sambil menyelak sehelai muka surat.
Gara-gara itu mereka di sekitar terus memalingkan kepala ke arah Putera Eilian. Mereka mahu bersuara, namun entah kenapa lidah sendiri menjadi kelu selepas melihat wajah Putera Eilian sesaat selepas itu.
Keadaan kelas yang sedia senyap itu semakin senyap yang amat tegang.
Putera Eilian perasan akan renungan yang terarah kepadanya waktu itu. Mereka semua seakan sedang memberitahu kepadanya bukan secara langsung agar dia berhenti dari meneruskan rancangannya untuk membuli Darra.
"Kenapa kamu semua pandang saya?"soal Putera Eilian menarik sengih meleretnya. Mereka semua berani mahu menentang dirinya semata untuk budak hingusan Darrius ini!?
Mereka apalagi semua cepat-cepat melarikan pandangan. Bian serta rakan lelaki itu mahu tak mahu terpaksa berpaling dari situ.
Menang kerana dirinya tidak akan diganggu, Darra kembali membaca dan sehinggalah kelas seterusnya bermula, tiada lagi remark negatif dari mereka atau Putera Eilian yang biasa dia terima setiap kali ada kelas.
Dan sepanjang kelas itu Darra perasan akan renungan Putera Eilian, tapi dia hanya berpura-pura seakan lelaki itu tiada langsung di depan matanya.
Yang mana berjaya membuatkan Putera Eilian kejengkelan sehingga lelaki itu tidak fokus di dalam kelas sehingga apabila master bertanyakan soalan kepada Putera Eilian, Putera Eilian langsung tidak dapat menjawabnya. Balik-balik Darra juga yang menjawab soalan tersebut.
"Tuanku...saya tahu tuanku adalah putera mahkota. Namun begitu, apabila di dalam kelas, saya adalah guru tuanku, dan tuanku adalah pelajar saya. Suka atau tidak tuanku perlu perform di dalam kelas untuk peroleh markah dan penilaian dari saya. Jangan menggunakan privilege seorang putera mahkota hanya untuk mendapat layanan istimewa ya?"pesan Master Earl apabila Putera Eilian hanya terkedip-kedip saat di soal.
"Baik master."akur Putera Eilian sebelum mengetap gigi dengan erat kerana menahan sabar.
Kelas pada hari itu tamat selepas bunyi loceng makan tengah hari bergema.
Master untuk Kelas Calculus keluar dari situ sambil dikepit dengan beberapa orang pelajar lelaki yang mahukan master mereka bantu menyelesaikan soalan yang mereka tidak dapat jawab semasa kuiz tadi.
Seorang demi seorang pun mula mengosongkan kelas, termasuk Darra. Dia baru sahaja menyandang tali beg ke bahu sewaktu seseorang muncul di tepi dan lengannya di cengkam tidak semena.
"Ikut aku!"
Tersentak Darra. Dia pandang jari jemari yang mencengkam lengannya sebelum naik memandang tuan punya tanya.
Eh-eh...ada apa ni!Sesuka hati pegang orang!
SLAP!
Darra menampar tangan Putera Eilian begitu saja. Dan berpusing untuk ke pintu. Dia sudahpun berikrar untuk tidak bercakap mahupun mendekati Putera Eilian jadi dia perlu jauhkan diri sebaik mungkin dari lelaki ini.
Terbeliak mata Putera Eilian kerana itu. Kaku sekejap dia di situ. Namun setelah itu dia mengejar langkah Darra di belakang.
Apabila Darra memegang tombol pintu dengan mengejut tubuhnya berpusing dan belakang badan bersandar ke pintu sesaat kemudian. Terkejut kerananya, mata dia terkedip-kedip laju.
Apa yang-
Serius!Mahu apa lagi anak raja terlebih manja ini dari dia?Darra angkat mata ke atas lalu bertentang mata dengan Putera Eilian bersama kening mencerlung kemerahan.
"Berani kau melawan aku ya??"
Mula dah!Darra pandang bosan ke Putera Eilian. memangnya lelaki ini tidak dapat hidup tenang ke tanpa menganggu hidupnya?
"Aku panggil kau tadi kan...bolehnya kau buat tak tahu ya!Kau sedar tak siapa aku?"
Mestilah sedar. Putera Eilian, anak raja terlebih manja dan perlukan perhatian?Fikir Darra memandang muka tidak puas hati Putera Eilian. Mungkin kerana lelaki ini mempunyai self insecure yang tinggi, sebolehnya mahu hendak buatkan Darra berasa rendah diri jika dia terus dibuli.
"Hei!Aku bercakap dengan kau ni!Jangan nak buat bisu pulak!"kolar baju kemeja Darra di cekau oleh Putera Eilian kerana berasa jengkel dengan kebisuan Darra sejak tadi.
Darra pegang tangan Putera Eilian lalu menarik sengih meleretnya dengan renungan menyakatnya. "Kenapa tuanku begitu obses dengan saya?"dia cuba tolak tangan itu dari terus mencengkam kolar bajunya. "Adakah saya ini terlalu menarik buat tuanku?"
Kaku kejung Putera Eilian mendengarnya. Matanya bergerak kanan dan kiri meneroka setiap inci wajah Darrius tanpa sedar. "Bi-bila masanya?"
"Kemudian...kenapa tuanku tak boleh berhenti dari berfikir tentang saya?"Darra mendekatkan wajahnya ke Putera Eilian. Kalau lelaki ini mahu menakut-nakutkan dia, dia juga boleh lakukan hal yang sama dengan menghantui Putera Eilian! "Setiap hari setiap detik, adakah dalam fikiran tuanku hanya ada saya sehinggakan tuanku tidak boleh berhenti dari menganggu saya?"
Ekoran hal itu, Putera Eilian terus melepaskan Darra dan mengundur ke belakang sambil bawa tangan ke depan mulut kerana terkejut dek jarak mereka berdua tadi.
Pelannya berjaya. Darra pandang Putera Eilian dengan senyuman sinis meleret di bibir.
"Kau jangan nak buat spekulasi sendiri ya. Bila masanya aku obses dengan kau!Macam dah tak ada kerja lain untuk aku berfikir tentang kau."
"Kalau begitu baiklah. Buktikan kepada saya. Sekiranya tuanku tidak obses terhadap saya, saya hendak lihat sampai bila tuanku mahu membuli dan menganggu hidup saya sepanjang saya berada di sini. Sekiranya tuanku cuba melakukan sesuatu sekali lagi, saya akan anggap bahawa tuanku mempunyai perasaan terhadap saya dan obses dengan hidup serba sempurna saya ini..."tambah Darra lagi yang sengaja mahu mengapi-apikan Putera Eilian dengan harapan lelaki ini akan makan umpannya.
Putera Eilian terus angkat menunding jari terkejut ke Darra.
"Kau-"
"Ya..kenapa?"Darra pandang gelap ke Putera Eilian.
Terus tidak jadi Putera Eilian hendak meneruskan kata-kata selepas Darra memandangnya begitu. Tangannya tadi terus jatuh mengalah.
Seperti yang di duga!Darra bersorak di dalam hati sebelum berpusing semula dan keluar dari pintu sesaat kemudian. Sekarang baru Eilian tahu langit itu tinggi ke rendah!