webnovel

Akademi Arcanum?

Putih tanpa ujung.

Pemandangan serba putih meliputi penglihatan kelompok itu.

Selain itu, kelompok itu menjejakkan kaki mereka ke tanah yang putih itu.

Sejuk dan angin yang kencang menghantui mereka. Seseorang tidak akan pernah dapat bertahan di tanah ini tanpa kemudahan alat dan pelindung yang sesuai dan seseorang akan maut dalam masa minit atau jam bergantung keadaan tanpa kemudahan alat dan pelindung yang sesuai.

Kelompok itu berada di benua Antartika yang dipenuhi oleh salji tanpa ujung.

Terlihat seika,luisa,akmal,maya,jason,dua kembar dan seorang yang tidak dikenali yang memimpin kelompok itu.

Mereka semua mengenakan pakaian serba tebal untuk menjaga suhu badan.

Seika yang sangat kesejukan, mula berkata dengan ekspresi wajah yang menggigil kerana sejuk.

"Apakah kita masih tidak sampai??"

Sosok putih yang bergitu indah. wajahnya, rambutnya dan tubuhnya Bergitu selari dengan salji tanpa ujung, walaupun sosok itu mengenakan pakaian super tebal berwarna putih yang menutupi seluruh tubuhnya, itu masih terlihat indah dan menawan.

Dan sosok bernama maya itulah yang menjawab soalan seika.

"Kita hampir sampai."

Pipi seika sedikit memerah, tetapi itu bukan kerana cuaca yang sejuk, itu di kerana kan seika masih malu untuk bercakap dengan seseorang yang amat cantik bagaikan bidadar itu.

Sebelum mereka sampai kesini, mereka menaiki pesawat Cessna Citation X+ dengan kelajuan penuh dan berhenti di beberapa negara untuk mengisi bahan bakar. dan setelah itu, mereka mengganti pesawat dan menggunakan pesawat khas untuk ke tujuan mereka iaitu benua Antartika dan masa perjalanan mereka hampir menghabiskan satu hari. Apabila mereka mendarat di landasan pangkalan di mana tempat para saintis mengkaji benua ini. Mereka menaiki pulak kereta khas yang membawa mereka ke kawasan ini. Setelah itu, kereta itu hilang tanpa berkata apa-apa. Tetapi ada seorang yang bermuka muram memandu mereka apabila mereka berhenti di kawasan ini. Selain itu, luisa sudah pasti menanyakan siapa lelaki berwajah muram itu dan maya hanya menjawab bahawa dia ialah salah satu anggota organisasi mereka.

sepanjang perjalanan mereka,seika selalu mengeluh tentang berbagai situasi kerana keegoisan nya yang disebabkan oleh dia tidak nyaman.selain itu, suasana antara luisa dan akmal juga tidak bergitu baik, setelah luisa mengetahui siapa akmal sebenarnya dirinya segera tidak lagi berbicara dengan akmal sepanjang perjalanan mereka.

Setiap langkah mereka menghasilkan bunyi gemeretak yang teredam ketika but salji mereka menghentam permukaan yang padat dan bersalji. Suara gesekan halus antara kasut dan salji yang kering terdengar berulang-ulang, seolah-olah menekankan setiap langkah berat yang mereka ambil di dataran luas yang sunyi itu.

Tapi dalam beberapa saat setelah itu, bunyi itu hilang dan orang yang memandu mereka selama ini dengan wajah muram akhirnya berkata.

"Kita sudah sampai."

Seika melonjak teruja dan melihat sekelilingnya sambil berkata.

"Apa! kita sudah sampai!! Apakah akan ada sebuah markas yang luarbiasa disini!!"

Seika melihat sekeliling dengan tangan di atas dahinya, tapi masalahnya disini ialah tidak ada apa-apa disekeliling.

Ekspresi seika menjadi gelap.

"Umm... Saya rasa, saya tidak melihat apapun?"

Benar, disekeliling kelompok itu hanya ada dataran pamah yang luas juga dipenuhi oleh salji. Tidak ada apa-apa selain itu di dataran kosong ini.

"Apakah kita salah tempat?"

"Sudah tentu tidak." Jason berkata.

Seika memiringkan kepalanya kerana tidak faham dengan maksud jason.

Jason melihat seika dengan senyuman dan berkata sambil menunjukkan tangannya ke arah lelaki berwajah muram yang memandu mereka sebentar tadi.

"Lihat."

Lelaki itu berjalan dan berhenti dalam beberapa langkah. Seterusnya, lelaki itu menunduk dan meraba-raba salji seperti mencari sesuatu.

Dan seterusnya terlihat lelaki itu menjumpai sesuatu dalam salji itu dan mencuba menariknya sehingga mengeluarkan bunyi 'crrrreee'

Dan setelah itu, lelaki itu mundur.

Sebuah bunyi gesekan yang tajam dan melengking memecah keheningan, seakan-akan logam sedang dicungkil dari cengkeraman salji yang beku. Suaranya bergema di udara dingin, membuat mereka semua tersentak sejenak sebelum mata mereka terpaku pada sesuatu yang mulai muncul dari bawah lapisan salji.

grrrr—

Sesuatu yang besar keluar daripada timbungan salji.

Salji yang menumbuk di atas struktur itu berguguran di sekelilingnya dengan suara yang lembut berdesir.

Sesuatu itu terus menaik sehingga dia berhenti.

Terlihat sesuatu yang besar dan berbentuk segi empat tepat.

Tinggi segi empat itu kira-kira 6 meter dan lebar 8 meter. Selain itu, di seluruh segi empat itu dibuat dengan besi yang terlihat berwarna hitam keputihan.

Seika melihat adegan ini dengan mata yang penuh antusias.

Dan seterusnya, tiba-tiba bahagian hadapan daripada segi empat itu terbuka lebar dengan bunyi yang halus sehingga menunjukkan di dalam sana memiliki ruangan yang luas.

Maya berkata dengan sederhana tapi merdu.

"Ayuh."

Kelompok itu memasuki segi empat itu.

***

Gerbang ditutup

Seterusnya, seolah-olah struktur segi empat ini ditarik oleh graviti yang membuat kelompok itu merasakan struktur ini menjunam ke muka bumi.

Di dalam struktur ini memiliki lampu yang menyinari cahaya yang cukup terang untuk memenuhi kawasan di dalam sini. Selain itu, di dalam ini cukup hangat sehingga kelompok itu mula melepaskan pakaian super tebal dan menggunakan pakaian formal mereka masing-masing.

Setelah beberapa saat, luisa akhirnya angkat berkata.

"Apa menda ini?"

Maya menoleh ke arah luisa dengan lembut dan halus juga membuat rambutnya yang putih bersih berkibar dengan lembut dan menawan.

Seterusnya, maya berkata dengan suara yang lembut dan menggoda sehingga akan membuat mana-mana lelaki akan jatuh cinta dengan sosok bidadari itu.

"Yang mulia luisa boleh menganggap ini seperti lift."

Kejengkelan memenuhi luisa.

Entah kenapa, luisa yang sebagai wanita juga merasakan tidak setanding sama sekali dengan sosok di hadapannya. Walaupun luisa dikenali sebagai wanita tercantik di sekolah nya di kerana kan dirinya memiliki mata yang unik. oleh itu, luisa cukup percaya diri akan kecantikannya, tetapi dirinya sekarang merasakan itu tidak ada apa-apa nya dihadapan sosok bernama maya itu. Kerana itulah luisa merasakan kejengkelan.

Luisa menahan kejengkelannya dan menprioritaskan pertanyaan yang lebih penting sahaja.

"Jadi maya, kenapa kita menurun ke bawah ini?"

"Seperti yang saya katakan sebelum ini.yang mulia, kita akan pergi ke tempat organisasi kami."

Seika yang dari tadi melihat dan bergerak-gerak ke sekeliling dengan mata yang penuh semangat.

Mula berkata dengan antusias.

"Apakah memungkinkan untuk membina sebuah markas di bawah benua Antartika?!"

Maya yang ketawa kecil dan penuh dengan keanggunan apabila melihat gelagat seika.

Dan mula menjawab.

"Secara Harfiah Itu bukanlah sebuah hal yang mustahil. Yang mulia, kalau manusia memiliki teknologi yang canggih semua hal yang dianggap mustahil akan dapat dicapai oleh umat manusia."

"Jadi apakah di markas sana memiliki teknologi yang super canggih. Selain itu, teknologi itu tidak pernah dilihat oleh manusia sekarang selain dalam organisasi kamu?!"

Seika bertanya dengan mata yang bersinar-sinar.

"Ya, begitulah, yang mulia."

Seika semakin semangat dan tidak sabar untuk melihat dengan mata kepalanya sendiri kerana Ini adalah sebuah impian setiap otaku iaitu melihat dunia sci-fi yang penuh teknologi canggih.

"Maya."

"Ya, Yang mulia luisa."

Luisa berkata lagi setelah abangnya mula tergelam dalam khayalannya seperti biasanya.

"Memang apa yang kamu harapkan dari kami? Saya dan kakak bodoh saya tidak mungkin dapat membantu apa-apapun dalam politik dan apatah lagi melawan moster bernama onic tersebut kerana kami hanyalah orang yang lemah dan tidak perdaya."

Seika tersentak apabila sedang bermain-main dengan dinding struktur segi empat ini dan menoleh ke arah luisa dan berkata dengan gugup.

"Luisa, itu menyakitkan kalau kamu sering memanggil kakak mu ini, bodoh."

"Bukankah itu kenyataan?"

Seika hanya dapat membalasnya dengan menyeringai yang berbunyi Ugk-

Akmal mengengus kecil sambil memainkan anting-anting nya dan maya ketawa lembut dengan anggun seperti biasanya. Selebihnya jason hanya tersenyum dan kembar tidak memiliki ekspresi sama sekali di wajah mereka dan lelaki muram... Ya, dia tetap muram.

Setelah itu, maya mencuba merendamkan ketawanya dan mula menjawab pertanyaan luisa.

"Saya tidak meminta yang mulia berdua untuk mengurus politik atau apapun."

Luisa memiringkan kepalanya dan merasa hairan.

Sebelum ini mereka meminta meminjamkan kekuatan dia dan kakaknya untuk menyelamatkan dunia, tapi sekarang mereka berkata tidak perlu untuk terlibat dalam urusan politik atau melawan moster tersebut?

Luisa mula persoalkannya.

"Lepas itu, kenapa kamu membawak kami kalau kami sama sekali tidak berguna?"

Maya melihat luisa dengan mata yang putih kebiruan serta memantulkan wujud luisa.seterusnya, menjawab soalan itu dengan senyuman yang menggoda.

"Yang mulia salah akan satu hal tentang maksud saya."

Luisa semakin memiringkan kepalanya.

"Jadi apa maksud kamu?"

"Memang benar saya meminta yang mulia untuk meminjamkan kekuatan yang mulia kepada kami, tetapi itu didalam konteks lain yang masih saya tidak boleh jawab. Yang kami mahukan dari yang mulia sekarang hanyalah belajar."

"Belajar."

"Belajar?!"

Seika di suatu sudut terkejut dan ikut berkata secara serentak dengan adiknya.

Kata-kata 'Belajar' adalah sebuah kata terkutuk bagi seika, dirinya benar-benar membenci belajar dan lebih memilih bermalas-malasan di biliknya sambil menonton kisah fiksyen.selain itu, seika memanglah buruk dalam bab belajar.

Sebab itulah seika lebih panic daripada sesiapa pun kalau ada kata-kata belajar.

"Apa maksud mu?!?!"

Seika bertanya dengan panic.

"Apakah kami harus belajar?!"

Maya menjawabnya.

"Ya, yang mulia boleh mengganggap begitu."

Ekspresi seika menjadi gelap dan...

"TIDAK!!!!!!"

Seika menjerit histeria, khayalannya selama ini hancur seperti habuk dan juga mimpinya menjadi seorang protagonis juga ikut hancur. Sekarang dirinya harus menjadi belajar bodoh yang akan berada di kelas akhir sekali lagi dan yang paling penting ialah dirinya akan sibuk dengan belajar sehingga tidak ada masa untuk bermalas-malasan.

Tetapi suara seterusnya akan kembalikan lagi kesemua serpihan habuk tersebut.

"Memang benar kami ingin yang mulia belajar tetapi ini berbeda dari apa yang sekolah biasa ajarkan."

Seika serta-merta berhenti menjerit dan terhairan-hairan.

"Sekolah kami, atau lebih tepatnya. Akademi Arcanum kami bukanlah sekolah biasa, disana kami mempelajari pengetahuan alam semesta dan juga belajar menggunakan kekuatan khusus."

Seika segera membayangkan dirinya berada di dunia fantasi yang penuh dengan keajaiban dan misteri. Bagaimana dia bisa menggunakan sihir, menghadapi makhluk-makhluk aneh, dan menjadi pahlawan yang dia selalu impikan dalam cerita-cerita yang ditontonnya. Dia memandang Maya dengan mata berbinar, penuh antusiasme yang hampir tak terbendung.

"Akademi Arcanum? Belajar pengetahuan alam semesta? Dan Belajar menggunakan kekuatan khusus? Jadi apakah kita akan mempelajari kekuatan sihir?!?!"

Maya mengangguk dengan senyuman lembut

"Ya, begitulah yang mulia."

Seika semakin melonjak gembira bagaikan seorang budak kecil yang mendapatkan hadiah daripada ayahnya.

Maya ketawa kecil sekali lagi melihat gelagat seika yang seperti budak kecil.

Di suatu sudut luisa berdiri. Tidak seperti seika, dirinya dipenuhi dengan berbagai pertanyaan dan kerisauan tentang segala hal.

'iblis gila yang ingin menghancurkan dunia kerana dendamnya, organisasi misteri yang mengatakan kami ialah orang penting, akmal yang mendedahkan rahsianya. Ini semua perkara yang benar-benar akan membuat aku sakit jiwa, jika terus memikirkannya.'

Kerisauan, ketakutan, kegelisahan berkaitan tentang segala hal yang membuat luisa semakin tertekan dan takut apa yang akan berlaku di masa depan. Dirinya sudah kehilangan satu rakannya dan itu sangat menyakitkan, luisa tidak ingin kehilangan orang dicintainya lagi.

Tetapi semua hal itu tidak penting untuk sekarang, dirinya harus fokus apa yang terjadi di hadapannya sekarang dan tidak perlu terlalu memikirkan apa yang sudah berlaku sebelumnya.

Demi orang dicintainya, demi kakaknya tersayang. Dirinya akan melakukan segalanya untuk melindungi mereka.

Oleh itu, luisa bertanya lagi.

"Kenapa kamu ingin kami belajar?"

Maya melihat luisa dan menjawab apa sahaja yang diinginkan oleh yang mulianya.

"Kalau yang mulia ingin terlibat dengan dunia yang di luar logika dan penuh dengan misteri, yang mulia harus mempelajarinya terlebih dahulu. Bukankah bergitu yang mulia?"

"..."

Setelah beberapa saat, Luisa bertanya lagi.

"Berapa lama lagi lift ini akan turun, saya rasa kita sudah berada di sini selama 8 minit."

"Ya, markas organisasi kami jauh di bawah tanah sebab itulah ia bergitu lama, tetapi jangan risau kita hampir ingin sampai."

Luisa terdiam sebentar sambil menutup mata dan tergelam dalam fikirannya. Dan setelah itu luisa membuka semula matanya yang hijau. Luisa mula melihat ke arah maya dengan mata yang serius dan bertanya.

"Maya, apakah tidak ada organisasi yang melindungi alam semesta ini?"

Maya tersenyum manis apabila mendengar soalan tersebut dan menjawab dengan penuh keseriusan.

"Seperti yang diharapkan dari Yang Mulia, pandanganmu benar-benar tajam. Ya, organisasi itu memang wujud, dikenali sebagai _Persatuan Penjaga Alam Semesta atau PPAS_. Organisasi ini terbentuk pada era yang sangat kelam, ketika semua ras di alam semesta saling berperang tanpa henti. Mereka bertarung demi merebut sumber daya, demi status, demi menjadi yang terkuat. Itu adalah masa yang dipenuhi dengan kehancuran, kebencian, kemarahan, dan kesedihan yang melanda setiap makhluk.Untuk mengakhiri kekacauan itu, semua ras akhirnya setuju untuk bekerjasama. Mereka mencipta sebuah pedang yang sangat kuat—Pedang Penghancur Realitas. Pedang ini menjadi simbol kedamaian dan kesatuan antara semua ras. Tugas utama PPAS adalah menjaga keseimbangan alam semesta dan memastikan perang besar seperti era gelap tidak akan pernah terjadi lagi."

Informasi baharu dan Kesemuanya diserap oleh fikiran luisa.

Sebuah organisasi besar yang memiliki kuasa dan wewangan dalam mengatur alam semesta supaya tidak berlaku lagi peperangan seperti era gelap. Sepatutnya perbuatan onic dapat membuat peperangan seperti era gelap akan terulang kembali.Tapi... Kenapa sekarang mereka tidak melakukan apapun?

Itu aneh.

Pelbagai ras, pedang penghancur realitas dan peperangan era gelap.

apa yang dikatakan maya penuh dengan informasi baharu. Walaupun maya menjelaskannya dengan seringkas mungkin tetapi masih sukar untuk di cerna oleh luisa.

Selain itu,Semakin banyak informasi baharu yang didapatkan semakin banyak bersoalan yang permuculan di benak luisa.

Luisa ingin mempertanyakannya, segala persoalan yang difikirkannya sekarang. Oleh itu, dirinya ingin membuka bibirnya tetapi sebuah suara yang amat merdu bagaimana kicau burung menghalangi itu.

"Yang Mulia Luisa, saya faham apa yang ingin Yang Mulia tanyakan, Tetapi semua soalan selebihnya akan Yang Mulia ketahui di Akademi. Jadi Yang Mulia tidak perlu terlalu gelisah."

Luisa tersentak kerana terkejut dengan maya yang seolah-olah tahu apa yang ingin dikatakan olehnya, luisa tidak dapat berkata apa-apa, seperti yang dikatakan maya dirinya mungkin tidak sabar untuk mengetahui tentang segalanya dan malah memaksakan diri untuk menerima segalanya sehingga membuat dirinya semakin gelisah.

Setelah memikirkannya sejenak,luisa menghelahkan nafas dan merenggangkan tubuhnya yang gelisah.

Setelah maya melihatnya senyuman manis terpapar di wajahnya seperti biasa.

Ding-

Tiba-tiba bunyi yang kuat bergema di dalam lift persegi empat itu.

Jason yang diam selama perjalanan lift ini akhirnya berkata.

"Nampaknya kita hampir tiba."

Seika mendongak ke arah jason dengan wajah yang bersinar dan bertanya.

"Apa?! Apakah kita sudah sampai?!"

"Um... Ya, boleh dikatakan bergitu."

Tiba-tiba salah satu si kembar datang ke arah maya dan berbisik-bisik kan sesuatu.

Seika tidak tahu apa yang mereka bisikkan tetapi terlihat jelas senyuman maya semakin berseri sehingga membuat seika sedikit tergoda sehingga pipinya memerah.

Setelah apa yang mereka bisikkan itu berhenti, si kembar yang berambut perang beredar dan maya mula melihat ke arah seika dan luisa dengan lembut dan berkata.

"Nampaknya kita akan sampai ke tujuannya tidak lama lagi, sebelum itu. Saya akan menunjukkan sesuatu yang menakjubkan kepada Yang Mulia."

Seika dan luisa kelihatan kebingungan, dan luisa yang mula bertanya apa maksud maya.

"Apa itu?"

Senyuman semakin melebar di wajah maya yang sangat cantik,indah dan menggoda itu.

Seterusnya, maya mengangkat tangan kanannya dan memetik jarinya sehingga berbunyi.

Tak!-

Tiba-tiba sebuah perkara yang menakjubkan terlihat.

Dinding struktur segi empat yang selama ini hanya dinding berwarna hitam yang disinari cahaya mentor. Beransur-ansur pecah seperti cermin dan menunjukkan cahaya yang aneh menerangi 360° darjat pemandangan seluruh kelompok itu.

Terlihat sulit dipercayai, terlihat susah dipercayai walaupun begitu, ini luarbiasa. Itulah kata-kata untuk ekspresi wajah seika dan luisa yang amat terkejut dengan apa yang mereka lihat.

360° darjat dinding struktur memperlihatkan pemandangan yang menakjubkan seolah-olah itu seperti hologram di kisah fiksyen yang bergenre sci-fi.

Dataran yang dipenuhi dengan bangunan yang tinggi, dan bangunan sekolah yang super besar dan dipenuhi pelbagai infrastruktur juga tempat ini yang bergitu luas, mungkin seluas sebuah negeri seperti negeri Pahang di Malaysia. Selain itu, Ya di hiasi dengan pelbagai keindahan semula jadi dan kehidupan seperti tumbuhan yang mekar di sisi satu kawasan yang terdapat beberapa lembah yang kecil dan landskap yang menyusun pokok sehingga terlihat indah dan rapi yang terdapat burung berterbangan di atas pokok-pokok itu serta terdapat tasik yang berada di kawasan sekolah yang super besar yang memiliki angsa yang terapung-apung di atas permukaan tasik tersebut.

Bukan hanya itu sahaja, di atas mereka jelas-jelas menunjukkan ada cahaya matahari yang menyinari kesemua pemandangan mereka, awan yang terapung-apung di atas bangunan yang tinggi dan cuaca yang cerah.

Padahal maya berkata markas mereka di bawah tanah tapi bagaimana mana ada cahaya matahari?

Selain kesemua keluarbiasaan itu, ada satu hal yang paling membuat seika terkejut sehingga tidak berkata-kata, iaitu mereka terapung-apung di langit atau dengan kata lain, mereka turun secara perlahan dari langit menuju ke suatu bangunan yang super besar di bawah mereka.

"Apa ... Ini? Bagaimana kita dapat berada di langit?"

Kata luisa dengan mata yang penuh dengan kejutan. Sedangkan seika seperti orang bodoh, dia memegang akmal sambil gementar kerana takut tinggi.

Nampaknya maya sangat menikmati ekspresi mereka, setelah puas melihatnya maya menambahkan penjelasan.

"Hehehe, jangan risau kita tidak akan jatuh Yang Mulia."

Luisa yang sudah mengetahuinya dari tadi menjadi lebih tenang, manakala seika yang berpegangan pada tubuh akmal seperti tiang, mula melepaskan tubuh akmal secara perlahan-lahan terlihat jelas ekspresi kesal di wajah akmal dan seperti biasa seika cuba sok cool lagi di hadapan maya walaupun dirinya terlihat bodoh.

"Ini hanyalah hologram, kita tidak terapung atau terbang, aslinya kita masih dalam lift yang sedang turun." Tambah maya.

"Luarbiasa!!"

Sekali lagi rasa kagum seika memuncak.

Ini adalah sebuah perkara yang menakjubkan yang pernah seika lihat.

"Tapi bagaimana dengan matahari dan awan yang terapung-apung?" Tanya Luisa.

"Itu juga teknologi yang dibuat oleh organisasi kami, yeah. Dalam bahasa mudahnya, itu hologram tetapi dijanakan dengan kuasa yang lebih besar, Yang Mulia."

Luisa yang selama ini selalu bersikap serius dan curiga,kini merasakan rasa kagum terhadap apa yang dia dengar.

Sekarang mereka sedang turun dari langit menuju ke bangunan yang megah di bawah mereka.

Bahagian bawah, atas, depan, belakang, dan seluruh perlihatan mereka lutsinar sehingga terlihat bahagian luar daripada struktur segi empat ini.

"Baiklah, sebelum kita sampai ke bawah ada satu hal yang patut saya berikan kepada Yang Mulia."

Luisa dan seika melihat kearah maya dan tertanya-tanya apa maksudnya.

Seterusnya, dua si kembar mengaba-raba poket pakaian mereka dan mengeluarkan dua sesuatu di dalam kain dan menunjukkannya kepada mereka.

Itu tidak terlalu terlihat, sesuatu itu didalam kain, tetapi yang pasti sesuatu itu berbentuk silinder.

Wajah seika dan luisa terlihat kebingungan.

Seterusnya, maya tersenyum lembut dan membuat isyarat tangan untuk kedua si kembar.

Dan ke-dua si kembar membuka sesuatu yang didalam kain tersebut.

Terlihat, itu hanya sebuah gelas air yang diisi air? Tetapi ada sesuatu yang amat kecil berbentuk titik berbulat aneh didalam dua gelas yang berair itu.

"Apa ini? Ini hanya terlihat gelas yang diisikan air dan terdapat titik kecil yang aneh didalam nya." Tanya seika yang terlihat tidak sabar apa yang akan dia lihat lagi.

"Ini adalah Nano Voice." Kata maya dengan senyuman manisnya.

"Nano Voice?"

Luisa bertanya dengan kebingungan.

"Ini adalah teknologi yang dicipta oleh _Dr. Damian Faelan_, dia adalah manusia jenius yang menciptakan pelbagai teknologi canggih untuk kemudahan seluruh ras manusia di alam semesta ini. Dan kegunaan teknologi ini ialah memperjemahkan pelbagai bahasa supaya difahami dan mengubah suara seseorang itu menjadi bahasa yang digunakan oleh lawan berbicara."

"Itu luarbiasa." Kata luisa.

Luisa sangat mengagumi seseorang yang memiliki kehebatan dan menolong orang lemah lainnya.

Di sisi lain, seika bertanya satu soalan yang amat bodoh.

"Jadi kenapa mu berikan menda ini kepada kami?"

Semua orang didalam lift melihat seika.

Seika sedikit terkejut kenapa mereka semua tiba-tiba melihatnya dan berkata.

"Apa? Adakah ada sesuatu di wajah saya?"

"Kakak..." Luisa berkata dengan wajah malu sambil tangannya di wajah, seolah-olah malu orang itu adalah kakaknya.

Walaupun begitu, maya sang bidadari menjawabnya.

"Yang Mulia seika, di tempat ini dipenuhi oleh orang-orang yang memiliki kekuatan khusus dari penjuru dunia yang menggunakan pelbagai bahasa. Jadi disini semua orang menggunakan Nano Voice untuk lebih memudahkan."

Nampaknya otak seika yang bodoh memahami penjelasan maya dan keluar bunyi 'ooo' di mulutnya. Walaupun begitu ada satu hal yang mengganggu seika.

"Jadi apakah maya juga menggunakan Nano Voice itu?"

"Tidak Yang Mulia. Saya adalah pemimpin dari organisasi ini dan saya haruslah bijaksana tanpa bergantung pada teknologi tersebut. Kesimpulannya saya hanya belajar untuk memahami bahasa-bahasa di seluruh dunia." Jawap maya.

"Apa! Jadi kamu mempelajari kesemua bahasa di dunia ini?"

"Ya, bergitu lah Yang Mulia."

Itu luarbiasa dan menakjubkan, memang siapa lagi yang dapat mempelajari seluruh bahasa di dunia ini selain seorang penggila budaya dan seorang jenius.

"Jadi bagaimana kami dapat menggunakan alat ini?" Tanya luisa untuk kembali ke topik yang lebih penting— kenyataannya luisa cemburu dengan kebijaksanaan maya—.

"Yang Mulia hanya perlu meminumnya." Jawap maya pantas.

Seika dan luisa saling memandang sebentar dan mengalihkan penglihatannya ke gelas yang dipegang oleh kedua si kembar.

Seterusnya, mereka berdua mengambil gelas itu bersama-sama di tangan si kembar. Walaupun luisa dan seika agak ragu untuk meminum menda aneh itu tetap mereka menogoknya dengan cepat tanpa memperdulikannya.

Ding-

Bunyi lift itu terdengar sekali lagi, tetapi kali ini tidak terasa lagi daya turun lift ini.

Sedar, tak sedar mereka sudah sampai didalam bangunan megah tersebut. Tetapi anehnya struktur segi empat ini kembali kepada bentuk biasanya lagi iaitu dinding berwarna hitam, tidak ada lagi hologram yang memantulkan wujud luar lift ini.

Sejak bila ia berubah? Seika tidak menyedarinya kerana asik dengan percakapan mereka, tetapi mungkin semasa lift ini masuk ke bangunan ini ia berubah ke normal semula.

Maya di hadapan mereka mula mengenakan pakaian serba putih yang menutupi seluruh bahagian tubuhnya sehingga tidak terlihat.

Seterusnya, berkata.

"Kita sudah sampai Yang Mulia."

Suara yang indah itu mengatakannya.

Tiba-tiba seika dan luisa merasakan ketegangan yang aneh yang meliputi tubuh mereka. Itu sudah Wajar, mulai sekarang mereka akan menghadapi sesuatu yang tidak maksud akal dan di luar kata logik. Mereka dapat mati, mereka dapat kehilangan seseorang dan mereka dapat terpisah. Itu adalah kerisauan yang menimpa kedua saudara tersebut.

Gerbang terbuka.

Perlahan-lahan tapi pasti.

Cahaya yang cerah dari luar lift perlahan-lahan masuk dari celah gerbang yang dibuka.

Tetapi ada sesuatu yang aneh disebalik itu semua, iaitu bunyi riuh rendah terdengar dari luar gerbang.

Itu terdengar seperti jeritan sorakan.

Seika dan luisa semakin tegang dan kebingungan.

Bam-

Bunyi gerbang dibuka sepenuhnya.

Cahaya yang bergitu terang menyinari mata seika dan luisa. Dan kejutan memenuhi wajah kedua saudara itu.

Terlihat berpuluh-puluh, tidak. Beratus-ratus, TIDAK. Berjuta-juta orang di luar gerbang.

Bangunan yang bergitu megah dan luas, struktur bangunan yang mengambil gaya moden tetapi luas di sinari cahaya terang dari lampu yang indah yang datang dari langit bangunan yang tinggi.

Selain itu, berjuta-juta orang bersorak seperti orang gila di luar lift. Kalau bukan kerana orang-orang yang berjas hitam aneh yang menghalangi berjuta-juta orang itu, mungkin mereka akan menerobos masuk ke dalam lift ini.

Jeritan mereka terdengar seperti.

"Kyaaa~ lihat itu mereka adalah keturunan Yang Mulia Fadiance Fair!!" Bagi para wanita.

"Gila... Apakah mereka dapat memusnahkan satu planet dengan sekali lepas seperti Yang Mulia Fadiance Fair?!" Bagi para lelaki.

Ekspresi Kejutan yang tidak terlukis terlihat di wajah luisa dan seika.

"Ini..." Kata luisa yang tidak berkata-kata.

Seika hanya diam dan melihat pemandangan yang menakjubkan ini.

Maya yang putih di hadapan mereka mengatakan sesuatu.

"Ouh, saya lupa. Menceritakan satu hal kepada Yang Mulia berdua."

Seika dan luisa memandang maya serta-merta.

Maya menoleh ke arah mereka dengan anggun.

Dan berkata seolah-olah itu bukan suatu hal yang besar.

"Sebagai keturunan Yang Mulia Fadiance Fair yang menciptakan Akademi Arcanum ini dan sebagai keturunan manusia terkuat dalam sejarah manusia, sudah tentu Yang Mulia berdua akan memiliki banyak peminat di seluruh Alam Semesta ini sebagai keturunannya."

Maya mengakhiri penjelasannya dengan ketawa kecil. Tetapi tidak akan ada sesiapa yang akan memarahinya kerana dia berkata dengan lucu.

Seika dan Luisa tidak berkata-kata, mereka saling memandang satu sama lain dan alih pandangan mereka ke berjuta-juta orang bersorak seperti orang gila di luar lift.

Dengan para fans yang masih tidak terhitung jumlahnya dan tanggungjawab sebagai keturunan Fadiance Fair yang digelar manusia terhebat dan terkuat.

Seika dan luisa menelan ludah mereka dan merasakan ketegangan yang tidak terkata.

hello dan assalamualaikum semua! Hehehe bagaimana dengan Bab 10 ini? apakah terlalu membosankan kerana banyak perjelasan? Atau anda semua sudah bosan menunggu bila mereka akan bertarung? ya,ya saya faham apa keinginan anda, tapi saya minta maaf kerana terlalu banyak penjelasan yang membosankan, tetapi penjelasan ini penting demi menjaga kestabilan plot cerita kedepannya. Oleh itu, saya harap anda memahaminya. Jangan risau di kehadapannya akan ada banyak pertarungan epic dan penuh emosi, ini hanyalah penjelasan kecil dalam dunia 'Calon bintang' yang Bergitu luas dan penuh dengan perjelasan yang lainnya. Selain itu, saya minta maaf kerana lewat upgrade, sudah tiga minggu tidak ada upgrade tentang novel ini,bukan. mungkin anda berfikir saya akan berhenti menulis tetapi anda salah! seperti yang saya katakan sebelumnya saya tidak akan berhenti sehingga tamat siri ini, jadi jangan risau kalau saya akan berhenti menulis. BTW saya sangat menghargai pendapat, Kritikan dan nasihat anda semua tentang novel saya ini... baiklah, sampai jumpa pada bab seterusnya!! nantikan perjuangan seika yang penuh tragedi kehadapannya.

KAZUMAcreators' thoughts
Próximo capítulo