webnovel

Bara yang digengam

Realista
Contínuo · 7.7K Modos de exibição
  • 7 Chs
    Conteúdo
  • Avaliações
  • N/A
    APOIO
Sinopse

Aleya seorang gadis yang dibesarkan oleh seorang ayah yang mempunyai sifat panas baran dan masih berfikiran kuno. Memikirkan, wanita tidak perlu berpendidikkan tinggi kerana akan berada di dapur juga. Adakah Aleya akan mengikut ayahnya atau melanggar keputusan ayahnya?

Chapter 1Bab 1

PRANG!!! bunyi pinggan kaca pecah berderai di atas lantai dari arah dapur, sudah kedengaran di awal pagi.

Aleya yang sedang nyenyak tidur di atas lantai beralaskan tikar getah yang lusuh, dikongsi bersama kakaknya, telah terjaga dari tidurnya.

Ada rungutan yang terbit dari bibir nipisnya. Seawal pagi, sudah terdengar bunyi jerit maki dari si ayah. Ada sahaja yang tidak kena, malah ibunya sering menjadi mangsa untuk di maki hamun. Jika tidak bernasib baik, tali pinggang dan cota panjang itu berbirat di batang tubuh.

Ayahnya seorang lelaki kuno yang panas baran. Bukan sahaja ibunya menjadi mangsa, dia dan kakaknyaa turut dipukul ayah jika ayahnya itu tidak berpuas hati akan sesuatu. Yang pasti, hati puas agaknya.

Ayah seorang yang kuat berkerja. Siang dia akan menguruskan tanah kebun abangnya. Malam pula, dia berkerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah terpencil. Gajinya, kecil tetapi tidaklah pula culas dalam memberi nafkah buat keluarga mereka. Mungkin satu sikap buruk ayahnya, iaitu baran. Dia akui, dia banyak mengikut perangai buruk ayahnya itu. Panas baran.

"Matahari dah mencacak atas kepala, kau orang berdua masih nak berlingkor lagi!!"

Jerkahan ayahnya yang kuat, itu menembus dinding bilik mereka sehingga membangunkan Aleya yang baru sahaja menyambung niat untuk menambah baki tidurnya. Langkah yang keras itu juga, kedengaran sedang menuju ke bilik mereka, membuatkan dia terus bingkas berdiri dengan mata yang membuntang. Hilang terus perasaan mengantuk.

Kakaknya, masih lena memeluk bantal lusuh yang berbau hapak. Tak terganggu dengan jerkahan suara ayahnya yang menakutkan. Dia panik!

"Kak!! Kak!! "

Digoncang tubuh kakaknya dengan kasar. Sehingga terpaja-paja kakaknya itu dengan mata yang masih mamai.

"Bangun!! Ayah datang!"

Ditarik lengan kakaknya, yang masih mengantuk dengan mata yang separa terpejam. Memandang rumah mereka, rumah lama dengan tingkap kayu. Aleya sudah bersiap-siap untuk terjun dari tingkap bilik ke bawah. Daripada kena balun dengan ayah, apalah sakit dengan jatuh dari atas rumah.

"Kak!! Cepat terjun! ayah datang!"

Atilla melihat adiknya sudah terjun dari atas rumah. Terpinga-pinga kakaknya seketika.

"Terjun!!" pinta adiknya, dengan suara yang perlahan. Risau ayah mereka menyedari tindakkan mereka. Atilla mengeleng cepat, dengan muka takut. Hujung bantal, masih dipengang.

"Ayah pukuk kakak, nanti."

Tokok Aleya, mengingatkan semula dengan baran ayah mereka. Dia berusaha untuk memujuk kakaknya untuk mengikut rentaknya. Terjun ke tanah, dengan segera sebelum ayah datang. Kakaknya itu, sangat takut dengan ketinggian. Jadi, ianya susah untuk meminta kakaknya itu terjun walaupun jarak ketinggian hanyalah satu meter dari atas rumah.

Tambahan pula, sewaktu kakaknya itu berusia empat tahun. Kakaknya pernah hilang tiba-tiba dan waktu terjumpa kakaknya itu, sudah berada di bawah tangga rumah dalam keadaan tak sedarkan diri.

Sangka, tak ada apa-apa. Mahu bawa ke hospital, kenderaan nak pergi dan kesempitan wang merupakan sebab utama tak membawa kakaknya itu ke sana. Rupanya, ada pendarahan dalam kepala. Rumah yang dihuni pada ketika itu adalah rumah panjang, dan mempunyai tangga yang tinggi.

Mereka adalah pasangan baru. Disebabkan bajet untuk menyewa rumah panjang kecil, pada ketika itu.

Oleh disebabkan dari kejadian itu, kakaknya itu telah menjadi lembam kerana ada pendarahan di dalam kepala. Kerana kejadian itu, ayahnya berpindah ke sebelah rumah abangnya.

Rumah pusaka keluarga ayah yang ada, tak ada sesiapa yang mahu tinggal menghuni di rumah itu kerana masing-masing sudah mempunyai rumah sendiri. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk menyerahkan rumah pusaka dalam jagaan ayah.

"Atilla!!" suara ayahnya bergema di muka pintu. Tali pinggang, lebar tiga jari berada dalam gengamannya.

Matanya merah, meliar mencari anak daranya seorang lagi. Melihat anak sulungnya, sedang berdiri di tingkap. Tertekur takut, walau tidak memandang ke arahnya. Dia dapat mengagak anaknya melompat dari tingkap rumah. Dia menapak ke arah jendela. Menjenguk kepalanya di luar. "Leya mana?" soalnya, mencari kelibat Aleya apabila dia tidak melihat kelibat anaknya di luar rumah.

Atilla menjenguk ke luar tingkap, dengan gelengan kepala. Terkejut juga, melihat kelibat adiknya sudah hilang.

"Pergi!! turun ke dapur!" arahnya, pada anak sulungnya sambil mengunjukkan tali pinggang ke arah anaknya dan mengisyaratkan ke arah dapur. Atilla lekas mengangguk, lalu berlari anak turun ke ruangan dapur.

Rasyid mengeluh panjang. Badannya lelah dan penat. Rehatnya tak cukup apabila, dia terpaksa berhempas pulas mencari nafkah buat keluarga mereka.

Dengan nilai harga barang-dapur yang tidak susut bahkan naik mendadak telah membuatkan dia sentiasa memikir untuk menambah lagi perkerjaan yang sedia ada. Kos tangungan tinggi, memaksa dia bekerja kuat, melebihi kudratnya sendiri.

"Leya!!" panggilnya, sambil menjengulkan kepalanya di jendela bilik anaknya. Suaranya garau, seperti gauman singa.

"Ya."sahut Aleya, apabila dia tahu ayahnya sudah tahu dia sedang bersembunyi. Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari tempat persenbunyiannya.

"Lekas siap, pergi makan dulu dan ikut ayah ke kebun."

Aleya mengangguk dengan menurut perintah ayahnya tanpa membantah walau hatinya tak rela. Membantu ayahnya di kebun milik bapa saudaranya itu, sangat-sangat memenatkan.

"Jangan lambat!"

Sambung ayahnya, seraya berlalu. Aleya menghentak kakinya, dengan perasaan tak rela. Hatinya memberontak marah.

Mengapa dia perlu ikut?!! Dia menapak ke dapur, dan sempat mengerling anak matanya, ke arah ayahnya yang sudah bersiap-siap memakai baju kebun. Parang dan pisau panjang, di angkut sama. Bekas untuk ubat nyamuk, sudah di ikat pada pinggang. Harini, ayahnya tidak mengamuk sangat. Muka ibu, ada kesan tamparan sahaja, jika hendak di ikutkan tahap panas baran ayahnya. Itupun, bernasib baik gaduh ayahnya dengan ibu tak lama. Sebelum dia sengaja mencari nahas, lebih baik diturut sahaja kehendak ayahnya untuk ke kebun.

Kakaknya, sedang sibuk mengemas pinggan yang pecah di atas lantai. Ibunya, sesekali kelihatan di tangga dapur di luar rumah. Mungkin, kerana marahkan ayahnya atau dia sendiri tidak tahu.

"Cepat!!" suara lantunan ayah, membuatkan Aleya tersentak. Kelam kabut, si anak makan sarapan pagi sebelum menghilang di balik pintu dapur dan muncul semula dengan selekap baju buruk. Baju yang sedia ada, masih lawa dan elok sedikit jika dibandingkan dengan baju yang di pakai kini walaupun, keadaanya tidak jauh beza.

"Kak, air." pintanya pada Atilla, botol air di atas meja makan. Kakaknya yang sedang membuang sisa serpihan kaca, bangun dan menghulurkan botol kecil berisi air kosong kepada adiknya.

"Terimass kak."

Aleya terus bergerak keluar mengikut ayahnya. Jika lambat, pasti ditinggal bergitu saja dan dia terpaksa berjalan jauh untuk ke kebun bapa saudaranya itu. Jarak nak ke kebun, sangatlah jauh. Hampir 1 kilometer dari rumahnya. Kebun pula, berdekatan dengan lebuh raya dan agak jauh ke dalam dari jalan utama.

Lambat pergi, lambat siap. Akhirnya, lambat balik.

"Cepat!!" marah ayahnya, di atas motor. Aleya berlari pantas, mendapatkan ayahnya.

Bersambung...

 

Você também pode gostar

MY IDEAL ITALIAN GUY

NENY ROBIN, pekerja di sebuah syarikat yang terkenal. Sangat lama tempoh si gadis berkhidmat di syarikat itu sehinggakan majikannya memintanya berkhidmat di sebuah syarikat maju iaitu El Qiansilouki Sdn. Bhd. selama empat bulan. Dia setuju. Tidak sangka pula pengurus syarikat itu adalah lelaki dari Itali! KIM ROSSIN STUART, sebaris nama yang Robin membuatkan dia tersenyum. Tambahan lagi, lelaki idamannya jejaka itali. Walau bagaimanapun, mengetahui lelaki itu tiada agama, Robin melupakan hasratnya.            "Why you didn't hand shake with me?"-Kim Rossin Stuart.            "My religion said forbidden for touching who's I don't married with. Including hand shake or whatever."- Neny Robin. Pada mulanya, semuanya baik-baik dan menjaga jurang hati agar tidak terjatuh hati. Tiada siapa tahu, apabila hati berubah rentak. Robin terperangkap. Terperangkap dengan hati celarunya. Bait-bait yang dia sendiri tutur memakan dirinya semula. Love trap? Mata mereka bertaut.            "Then, will you be my imperfect's perfection?" - Stuart            "Hold tight, mia amore." - Stuart Segalanya berubah tatkala dugaan menimpa Neny Robin dan dia terpaksa menahan diri kemudian mengingati dirinya bahawa dia tidak boleh sesuka hati mengurangkan jurang di antara mereka. Mereka di antara dunia yang berbeza.            "You're just my boss, Stuart... and no one to me." - Robin. Wajah lelaki itu jelas terluka. Namun wajah terluka itu pantas berubah riak menjadi kosong. Dingin.            "No one to you? Then, if you say so." Lelaki itu melangkah pergi. Bergenang air mata si gadis. Betulkah perkenalan mereka hanya sebuah memori kenangan? Mampukah mereka mengubati duka lara hati yang dibawa pergi? Benarkah takdir mereka sampai di situ sahaja? Note. Buku ini mengangdungi banyak kesalahan tatabahasa dan grammar mistake. © 2021 Raenees. All Right Reserved. Dilarang plagiat karya saya

raenees · Realista
Classificações insuficientes
8 Chs