webnovel

CHAPTER 15

waktu telah menunjukkan tengahari kerana matahari berada diatas kepala mereka. kawan-kawan Jeremy sedang membersihkan kawasan beg mereka disimpan lalu membentangkan tikar. kawan-kawan Jenily pula bertugas untuk menghidangkan makanan dan minuman. mereka semua menjamu selera dengan begitu gembira maklumlah kalau makan bersama kawan ni lain sikit suasananya terutamanya dikawasan yang terbuka dan berangin.

" kamu semua dah jumpa apa yang kamu perlukan?" soal Ahmad sambil ia memakan sandwichnya.

"dah ada dah, sebab hanya 3 jenis tumbuhan sahaja yang papa saya minta kerana untuk dijadikan ubat sapu" Lyn menjawab soalan Ahmad sambil meminum jus orennya.

" saya tak dapat jumpa satu jenis bunga " balas Juvia dengan nada kecewa dan ditenangkan oleh Victoria.

" bunga apa yang kamu tak jumpa" tanya Kouji kepada Juvia.

" Blue Tarantula, mama saya nak gunakan bunga untuk diberikan kepada auntie saya yang berada di ibu kota" kata Juvia.

" Blue Tarantula..... hmmmm..... kamu tahu bentuk bunga dan warna bunganya?" soal jenily

" tak seberapa pasti tapi mama kata kelopak bunganya seperti bentuk hati dan mempunyai 6 kelopak dan warnanya warna biru laut serta bentuk daunnya seperti daun pokok anggur tapi saiznya kecil dan berwarnan hijau gelap." jelas Juvia.

" kamu maksudkan yang ini" Jeremy mengeluarkan bungkusan kertas dari dalam begnya lalu membukanya dan terlihat bunga seperti yang dicari oleh Juvia

Juvia yang melihat bunga yang di tunjukkan Jeremy berasa terkejut dan teruja kerana bunga yang ia cari sebenanrnya ada dan dijumpai oleh Jeremy.

" dimana kamu jumpa ni bunga?" soal Juvia dengan teruja sambil melihat kearah Jeremy.

" saya jumpa dekat dengan kawasan hutan berdekatan bukit disana" Jeremy memberitahu Juvia sambil menunding jari kearah kawasan yang dia jumpai bunga itu.

" baiklah saya akan pergi cari sekarang!" Juvia dengan penuh semangat lalu dia berdiri tetapi ditahan oleh Jeremy secara tiba-tiba.

" tak perlu, kamu ambil sahaja yang ini lagipun saya tak perlukannya pun" kata Jeremy sambil memberikan bunga tersebut kepada Juvia.

" apa tidak apa-apa?" soal Juvia

" iya kamu ambil sahaja yang ini lagipun bunga dan tumbuhan yang kami perlukan dah ada" jawap Jeremy.

Juvia mengucapkan terima kasih kepada Jeremy kerana telah menolongnya walau ia berasa sedikit terkejut. mereka semua pun berasa gembira dan meneruskan memakan makanan tengahari mereka. setelah selesai para lelaki sepertinya pergi ke sungai untuk menangkap ikan dan para perempuan pula merendamkan kaki mereka di tepi sungai. waktu petang telah pun tiba dan mereka semua mengemas segala peralatan mereka dan pulang seperti biasa tanpa mengalami sebarang masalah.

"bye bye, nanti kalau ada masa kita pergi perkelah okey" kata Victoria dan Lyn secara serentak.

" okey!" balas semua dan mereka pun menuju kearah yang berbeza.

Jeremy dan Jenily meneruskan perjalanan mereka kerana rumah mereka berada dihujung kampung.

semasa mereka berjalan Jeremy menyoal Jenily secara spontan.

"Jenily... kamu boleh nampak tak spirit-spirit ni?" soal Jeremy sambil menyentuh salah satu spirit yang berada dihadapanya.

Jenily yang binggung akan kelakuan abangnya terus menjawab

" sudah pasti Jenily boleh nampak mereka walau telah lama mereka menghilang dari pandangan saya, tapi baru pertama kali Jenily dapat berkomunikasi dengan mereka" kata Jenily sambil memikirkan sesuatu

" kamu boleh bercakap dengan mereka bukan? atau macam suara mereka dapat didengar di dalam kepala kita?" soal Jeremy dengan penuh ingin tahu

" boleh dikatakn begitu sepertinya mereka mampu untuk berbicara seperti manusia" balas Jenily sambil mengelus spirit yang berada di atas bahunya.

" tapi..... sepertinya mereka tidak mampu berbicara banyak hal jika saya ingin menanyakan sesuatu" kata Jeremy dengan kecewa.

" mungkin kita boleh tanya uncle soal ini, mana tahu dia boleh bantu kita?" kata Jenily sambil berusaha untuk mengembirakan abangnya.

Jeremy hanya mampu tersenyum melihat kelakuan comel adiknya itu.

semasa mereka berjalan ternampak uncle Larry yang tidak jauh dari mereka dan melambai kearah mereka. Jeremy dan Jenily berlari kearah uncle Larry lalu memeluknnya.

" macam mana dengan kamu hari ni ? semua best tak?" soal Larry kepada mereka berdua.

" best sangat! dan kami dah jumpa apa yang uncle nak" kata Jenily dengan yakin sambil menunjukkan beg sandangnya.

jeremy hanya menunjukkan beg sandangnya sambil tersenyum. Larry pun berasa lengah bukan kerana mereka berjaya mengumpulkan apa yang dia nak tetapi mereka telah berusaha untuk mencari apa yang ia tugaskan.

"terima kasih ya telah tolong uncle untuk carikan apa yang uncle nak, maaf kalau menyusahkan kamu" Larry sambil mengelus kepada mereka berdua.

" tak menyusahkan pun tapi kami rasa bersemangat sebab kami belajar banyak benda dan paling best ialah kami dapat berkomunikasi dengan spirit!" kata Jenily sambil melihat kearah Jeremy.

Jeremy hanya mampu tersenyum mendengar apa yang adiknya katakan.dan ya sudah pasti Jeremy dan Jenily boleh berkomunikasi dengan spirit tidak seperti sebelum ini dimana mereka hanya mempu melihat mereka.

Próximo capítulo