webnovel

Bab 2

BEBERAPA tembakan terus menuju ke tepat sasarannya. Seperti yang dijangka oleh si gadis itu. Dia sekali lagi membidik sasarannya itu dan terus menembaknya tanpa berpikir panjang. Seolah-olah, dia sudah terbiasa akan perbuatannya itu.

Gadis itu berhenti seketika untuk menambahkan lagi peluru pada pistol yang sudah habis digunakan. Siap mengisi peluru, dia menyambung lagi latihannya itu tanpa mempedulikan mata-mata yang melihatnya. Apabila badan sudah terasa penat, barulah gadis itu menyudahkan latihannya.

Gadis itu pun keluar dari gelanggang itu dan terus menuju ke tempat dimana dia meletakkan barang-barangnya di situ. Dia merasakan anak tekaknya sudah kering. Lantas, tangannya mencapai sebuah botol air sejuk lalu membukanya. Teringat akan dia yang belum duduk lagi, terus saja dengan selamba duduk di kerusi yang disediakan lalu meneguk air sejuk itu dengan perlahan.

Sedang gadis itu minum, seorang lelaki yang berbadan sedikit sasa menghampirinya. Dia melirik wajah lelaki yang menghampirinya itu. Dengan rasa menyampah, dia mendengus kuat. Apalah mamat sorang ni nak? Tak habis-habis nak ganggu hidup aku aje! Huh!

"Aikk, marah nampak? Releks lah, Aisy. Hari ni aku takkan kacau kau... Percayalah!" jelas Haikal dengan tersenyum sinis.

"Ceh, yela tu. Bukan boleh percaya mamat ni," gumam Aisy sendiri tetapi sempat didengar oleh Haikal.

"I can hear that," ucap Haikal sebaik sahaja dia mendengar perkataan yang keluar daripada mulut Aisy walaupun perlahan.

"I didn't even ask you to listen to what I said," balas Aisy dingin. Dia menjeling Haikal lalu bangun dan bersedia melangkah pergi meninggalkan lelaki itu sendiri. Belum sempat Aisy melangkah, Haikal terus menyekatnya daripada meninggalkan tempat itu.

"Kau nak apa?" marah Aisy apabila pergerakannya disekat dengan lelaki itu. Dia mendengus geram. Aku bedebik jugak mamat ni!

"Wow-wow, releks. Aku cuma nak bagi tahu kat kau yang boss panggil kau. Itu aja!" jelas Haikal sedikit takut. Wajib takut dengan Aisy! Kalau tak, habis lunyai kau dikerjakan si Aisy. Harap badan aje kecik, tapi dia punya kuat mengalahkan kekuatan orang lelaki aje...

Kecik besar, kecik besar aje tengok si Haikal ni. Dia memandang wajah Haikal dengan tidak percaya. "Kalau kau klentong aku, I won't hesitate to kill you... Remember that, Haikal" ujar Aisy dengan penuh makna. Lantas, dia mengatur langkahnya ke office yang berada di tingkat 5 dan membiarkan Haikal sendiri.

Gulp! Haikal terus menelan air liurnya yang tersekat di kerongkong anak tekaknya. Haish, bahaya betul si Aisy ni! But no matter what, I still like her! Haikal tersenyum sendiri.

SEBAIK sahaja mendengar ketukan pintu, Encik Azhar mengizinkannya masuk. Melihat wajah pekerja yang selalu membanggakannya itu, dia terus mempersilakan gadis itu duduk. "Amacam, latihan Aisy. Okey tak?" tanya Encik Azhar merangkap pemilik syarikat 'Strong Bodyguard' sekadar basa-basi sahaja. Syarikatnya itu terkenal disebabkan mempunyai ramai bodyguard yang sangat kuat dan boleh dipercayai. Disebabkan itu juga, mereka dapat menarik perhatian customer yang mahu mengupah mereka.

"Okey," jawab Aisy sepatah. "Kenapa boss cari saya?" sambung Aisy lagi. Terus dia bertanya akan tujuan Encik Azhar memanggilnya.

"Haish, kamu ni Aisy. Cubalah kamu ni banyakkan bercakap sikit. Takde lah saya cakap macam sorang-sorang," luah Encik Azhar geram. Selama ini, semua perempuan yang dijumpa... semuanya jenis yang banyak cakap termasuk lah isteri dia tu. Aikk, Azhar... Mengata bini sendiri nampak! Seketika, Encik Azhar tergelak kecil.

Aisy yang mendengarnya pun terus menegur. "Boss dah kenapa? Buang tebiat ke gelak sorang-sorang?" tegur Aisy selamba dengan perkataannya itu. Al-maklumlah, pekerja kesayangan boss.. Takde lah kena marah.. Hehe...

Encik Azhar tersedar akan keterlanjurannya, dia pun berdehem beberapa kali. "Haih, budak ni. Sabar ajelah..." ucap Encik Azhar dengan menyabarkan hatinya. Segera dia membuka lacinya dan mengambil sebuah file berwarna biru. Dia menghalakan file biru itu ke arah Aisy yang sedang duduk bersilangkan tangannya.

Tanpa berlengah, Aisy terus mencapai file tersebut lalu membukanya. Dia meneliti satu persatu maklumat mengenai klien itu tanpa melihat gambarnya terlebih dahulu. Dia sememangnya sudah tahu tujuan bossnya itu memanggilnya. Itu disebabkan ada tugasan yang mencabar buat dirinya.

Aisy mengerut dahinya apabila membaca bait-bait nama kliennya itu. Dia meneliti satu persatu ejaan nama itu seakan tidak percaya. Sah! Memang sah! Terpapar nama kliennya itu di atas cetakan dokumen yang diberikan oleh bossnya.

'TENGKU FAHMI RIZAL BIN TENGKU ARIKA'

"Kenapa Aisy? Ada masalah ke?" soal Encik Azhar sebaik sahaja melihat kerutan di dahi Aisy.

Aisy sekadar menggeleng kepalanya itu. "Takde masalah pun. Cuma... betul ke maklumat klien ni?" tanya Aisy dengan mengerutkan dahinya. Dia menginginkan kepastian sahaja. Manalah tau, kot-kot mata dia jadi rabun ke...

"Memanglah betul, cik adik oii! Takkan saya nak bagi maklumat yang salah pulak... Apa punya pertanyaanlah..." jawab Encik Azhar.

Aisy mengangguknya tanda faham. "Okey lah, boss. Saya balik dulu." Dia pun bangun dan membetulkan bajunya yang besar itu.

"Sebelum saya lupa, pukul 10 pagi dekat syarikat 'FR Holding' tau. Mereka adakan pertemuan di situ. Don't forget it!" pesan Encik Azhar kuat.

Aisy membalasnya dengan anggukan sahaja. "Emm, boss. Saya nak minta izin dengan boss..." ujar Aisy dengan penuh harapan. Jujur sahaja ianya bukan berkaitan dengan kliennya itu. Hal itu, dia buat tak endah sahaja. Seolah-olah, kehadiran lelaki itu dalam hidupnya tidak begitu penting.

"Hurm, apa dia?" soal Encik Azhan.

"Boleh tak kalau saya nak tembak si Haikal tu?" pinta Aisy dengan berterus-terang. Takde selok-belok dah! Wajib tanya! Kalau boleh, sekarang juga dia nak jumpa dengan mamat tu! Lepas tu, tembak aje terus! Geram!

"Hahaha! Aisy... Aisy... Kadang-kadang, otak kamu ni mereng jugak ye. Lantak kamu lah, Aisy. Kamu nak buat apa pun... suka hati kamu lah... Nak tembak dia ke, nak penyekkan kepala dia ke, nak siku-siku dia ke, nak terajang dia ke... lantaklah! Janji.. jangan sampai arwah kamu kerjakan, sudah!" kata Encik Azhar lalu menggelengkan kepalanya dengan bersahaja.

"All right! Cantekk ahh, boss!" ujar Aisy dengan mengeluarkan ibu jarinya sahaja. Hehe, siap kau Haikal! Akan ku buat hidupmu bagaikan tsunami yang tiada hentinya! Aisy tersenyum sinis lama. Terlupa seketika akan bala yang bakal dia hadapinya itu. Dia terus berlalu keluar dari situ dengan hati yang sangat puas.

Próximo capítulo