webnovel

BAB 2

Bunyi muzik yang kuat menjadikan mereka yang berkunjung di kelab itu semakin rancak menari tanpanada batasan. kehidupan di kota Kuala Lumpur adalah kehidupan yang sangat mencabar kerana jika tersilap pilih kawan, mungkin kita juga akan terjebak.

Danial menghampiri sekujur tubuh yang sedang berasmara dana di sebuah tempat yang agak terpencil daripada orang, Danial langsung tidak terkejut apabila melihat kekasih hatinya Tessa Ariana berkucupan dengan lelaki lain. kerana itu sudah biasa, kerana Danial jugak membuat pekara yang sama.

Danial menarik tangan Tessa, membuat aktiviti Tessa terhenti separuh jalan. "bro apa ni kacau lah!!" marah lelaki itu pada Danial kerana telah mengacau aktiviti mereka.

"kau diam, Jangan masuk campur" Danial memberi amaran kepada lelaki tersebut.

Tessa mendekati lelaki itu semula, "you pergi menari dulu, nanti I datang join you menari" tangan Tessa menggosok dada lelaki itu. lelaki itu menganggukkan kepalanya dan sempat mengucup sekilas pipi Tessa.

Tessa pandang semula ke arah Danial. "hey baby, i miss you" Tessa datang mendekati Danial, dan tubuh tegap lelaki itu terus di peluk erat.

"yelah tu miss me, I tengok elok jer you berasmara dan dengan lelaki lain" Danial buat muka merajuk.

"alah you ni merajuk ke?, macam tak biasa tengok I bercium dengan lelaki lain. you pun selalu jer bercium dengan perempuan lain kalau I tak ada kan" Tessa mula duduk di atas riba Danial, Tessa hanya mengenakan baju ketat yang pendek dan seluar jeans pendek takat peha sahaja.

"mana I tak merajuk, I baru jer balik outstation. bila I sampai sahaja sini, nak jumpa buah hati. elok jer I tengok you dengan lelaki lain. mana I tak sakit hati."

"alah baby ni, you jangan risau malam ni I bagi service yang terbaik untuk you" Tessa cuba memancing Danial.

"betul eh you tak tipu I" Danial menduga Tessa.

"yeee, malam ni I kepunyaan you baby" Tessa mencuit dagu Danial.

"okay, I akan buat sampai you dah tak boleh bangun. jangan mimpi nak lari" kata Danial tegas.

*************************

Hanan tersedar daripada tidurnya yang lena. "haus pulak tekak ni" aku terus bangun dan keluar daripada bilik dan melangkah ke arah dapur.selepas aku membasahkan tekak, tiba tiba hatiku terdetik ingin melangkah ke arah bilik ayah.

Aku memembuka pintu bilik ayah, aku melihat ayah sedang baring di katilnya dan mata ayah terpejam rapat. aku melangkah mendekati ayah, aku melihat ayah tidur dalam keadaan tersenyum. mata aku terpandang di bahagian perut ayah.

aku pelik Apabila melihat perut ayah seperti tidak begerak keatas dan kebawah. aku meletakkan jari aku di hidung ayah. aku tidak merasakan nafas yang terhembus keluar daripada hidung itu. aku mula panik. terus tubuh itu aku kejutkan.

"ayah!, ayah!" aku menggoncang perlahan tubuh ayah untuk mengejutkan nya. tetapi langsung tiada respond daripada ayah.

suara aku semakin kuat memanggil nama ayah, aku berharap agar ayah sedar, tetapi tidak. aku melihat Tam Sri Malek dan Pak Mat muncul di hadapan pintu bilik Ayah.

"Hanan kenapa ni?" tanya Tan Sri Malik pada aku.

"Ayah Pak Cik, Hanan kejut dia tak nak bangun" air mata aku sudah mengalir deras selali. Aku terus memberi ruang kepada Tan Sri Malek untuk mengejutkan ayah aku.

"Hanan, ayah kamu dah tak ada" kata Tan Sri Malek sayu.

Aku mendengar kenyataan itu, terus kaki aku jadi lemah dan aku jatuh terduduk kerana terasa diri aku tersangatlah lemah, aku tidak sangka pekara yang aku paling takutkan sekali akhirnya terjadi juga.

Tan Sri Malek mendekati aku. "sabar ye Hanan, semua ni pasti ada hikmah ye nak." Tan Sri Malek memberikan kata kata semangat pada aku.

"Mat tolong aku uruskan semua ni" kata Tan Sri Malek pada Pak Mat.

"baiklah Tuan"

Jenazah Hisham telah selamat di kebumikan di tanah pekuburan kampung Daun keladi, pada jam 10 pagi tadi. aku masih duduk di hadapan pusara ayah, sambil membaca yasin, aku tidak ke seorang. Tan Sri Malek juga turut membaca yasin berama aku.

Aku sangat sangat cemburu dengan ayah sekarang, kerana ayah mempunyai sahabat yang sangat sangat menyayanginya. Tan Sri Malek adalah sahabat ayah daripada aku kecil lagi. ayah pernah bercerita kepada aku, Ayah telah menyelamatkan Tan Sri Malek, dalam sebuah kemalangan jalan raya 20 tahun lepas. Ayah telah menyelamatkan Tan Sri Malek dan juga anak lelakinya. Tan Sri Malek sangat terhutang budi Dengan ayah kerana telah membantunya. sejak daripada itu Ayah dan Tan Sri Malek bersahabat.

"Hanan, jom kita balik. malam nanti kita nak buat tahlil" aku tersedar daripada lamunan apabila, Tan Sri Malek memanggil nama aku.

"baiklah, Pak Cik. Ayah Hanan balik dulu tau, nanti Hanan melawat ayah lagi." memegang tanah yang masih merah itu.

"Hisham aku janji dengan kau, aku akan jaga satu satunya puteri kau ini dengan baik." Tan Sri Malek berkata, sebelum melangkah pergi meninggalkan pusara sahabat baiknya itu.

************************

Danial tersedar daripada lenanya. Danial tersenyum apabila melihat Tessa di sebelahnya masih lagi lena di buai mimpi. "tau penat, ni Danial lah memang hebat di ranjang. hahahaha" bangga Danial.

Danial mengambil henphonenya di tepi katil. Danial melihat jam yang tertera di henphonenya itu. "dah pukul tiga petang. lama betul aku tidur" Danial bangun daripada pembaringannya, terus berlalu masuk kedalam bilik air.

hampir 20 minit Danial membersihkan diri. akhirnya Danial keluar daripada bilik air. "hey baby you tak kejutkan I pun" rajuk Tessa.

Danial menapak ke arah Tessa. "I pun baru jer bangun, lagipun I tengok you macam penat sangat jer. sebab tu I tak kejutkan you" pujuk Danial.

"Of course I penatlah, you langsung tak kasi I rehat semalam. you betul betul kerjakan I semalam" Tessa muncung bibirnya.

"I lepas gian sayang, thanks for servis semalam. servis you langsung tak pernah mengecewakan I" kata Danial pada Tessa, tangan Danial mula mendakap Tessa dengan erat.

"kenapa you manja semacam ni Danial, Jangan cakap you nak lagi eh" Tessa masih dalan dakapan Danial.

"no I just rindukan you, dah lama kita tak luangkan masa bersama" luah Danial.

"I pun rindukan you, yelah you asyik busy jer sekarang ni. langsung tak ada masa untuk I" Tessa juga meluahkan isi hatinya. walaupun dia sebenarnya langsung tidak maksudkan apa apa.

Danial meleraikan dakapannya. "Tessa jom kita kawin, lagipun my Mom suka kan you, Tessa." Danial mengatakan hasratnya.

"what!!, you merepek apa ni Danial. I masih muda lagi dan I langsung tak bersedia nak menjadi seorang isteri. Lagipun I masih belum puas nak enjoy Danial" Tessa sangat terkejut Apabila Danial mengajaknya berkahwin. Tak mungkinTessa akan setuju.

"Tapi kenapa, kita dah lama bercinta Tessa, lepasni you tak payah risau. I boleh tanggung semua keperluan you Tessa" kata Danial bersungguh.

"Danial, I tak nak. please jangan paksa I, belum tiba masanya untuk I berkahwin." terus Tessa bangun daripada katil sambil badannya di balut oleh selimit yang tebal itu sebagai penutup badannya untuk masuk ke dalam bilik air.

"huh....susah betul perempuan ni. aku ajak kawin tak nak....arhhhhh" Danial melepaskan geramnya dengan menjerit sekuat hati.

Tessa yang berada di dalam bilik air dapat dengar jeritan Danial. "lantak kau lah, aku masih belum bersedia untuk kawin. aku masih belum puas nak enjoy" kata Tessa.

***************************

Selepas sahaja selesai kenduri tahlil ayah. aku hanya berkurung sahaja dalam bilik. Aku rasa macam dalam mimpi yang ayah sudah tiada lagi. Aku langsung tidak sangka, yang kini orang yang paling aku sayang telah tinggalkan aku. bunyi ketukan pintu mematikan lamunan aku.

aku melangkah ke arah pintu, dan membuka pintu itu. aku melihat Pak Mat berada di hadapan pintu bilik aku.

"Hanan, Tan Sri nak jumpa Hanan. Dekat depan ye." Pak Mat berkata kepada aku.

"baiklah, saya pergi jumpa Tan Sri" kata aku pada Pak Mat.

aku melangkah ke arah hadapan untuk berjumpa dengan Tan Sri Malek. "Pak Cik, tadi Pak Mat cakap Pak Cik nak jumpa saya?" aku bertanya kepada Tan Sri Malek.

"ye Hanan, Pak Cik nak cakap sesuatu dekat Hanan" kata Tan Sri Malek pada aku.

"Pak Cik nak cakap apa?" aku melihat riak wajah Tan Sri Malek sangatlah series.

"Pak Cik dah berjanji dengan arwah ayah Hanan untuk menjaga Hanan, jadi Pak Cik nak tunaikan permintaan arwah Ayah Hanan. dengan membawa Hanan ke Kuala Lumpur." aku yang mendengar kata kata Tan Sri Malek sangatlah terkejut. tidak mungkin aku akan mengikut Tan Sri Malek ke Kuala Lumpur.

"Pak Cik, Hanan mintak maaf Hanan terpaksa tolak. Hanan bukan tak nak. tapi Hanan rasa Pak Cik tak oerlu berbuat macam ni. Hanan dah besar Hanan boleh jaga diri" aku berkata serius pada Tan Sri Malek.

"Hanan, Pak Cik harap sangat Hanan terima pelawaan Pak Cik ni. Pak Cik dah cukup rasa bersalah dengan arwah ayah Hanan sebab Pak Cik tak boleh selamatkan dia daripada penyakitnya itu. dan sekarang Pak Cik nak tebus salah Pak Cik dengan menjaga Hanan sehingga Hanan kawin. Hanan ikut Pak Cik pergi Kuala Lumpur ye nak" Aku melihat muka Tan Sri Malek, mukanya sungguh mengharapkan aku agar mengikutnya ke Kuala Lumpur.

"Pak Cik tak perlu rasa bersalah, cukuplah apa yang Pak Cik pun, apa yang Pak Cik buat sekarang ni dah cukup Pak Cik" Aku tidak mahu membebankan Tan Sri Malek, dengan menjaga aku.

aku terkejut Apabila Tan Sri Malek melutut di kaki aku. "Hanan, tolonglah bagi Pak Cik jaga kamu untuk seketika Hanan sampai kamu kawin sahaja. bagi Pak Cik peluang Hanan" Tan Sri Malek merayu di kaki Hanan.

"Pak Cik!" Hanan memaksa Tan Sri Malek agar bangun daripada melutut di kakinya. "janganlah macam ni Pak Cik, sudah banyak Pak Cik berikan pada Hanan dan ayah. tidak perlulah Pak Cik menyusahkan diri Pak Cik dengan menjaga Hanan" Aku berkata pada Tan Sri Malek.

"Pak Cik merayu, dekat Hanan. bagi Pak Cik peluang" aku sudah buntu apabila tan Sri Malek terus merayu pada kaki aku, untuk mengikutnya ke kuala Lumpur.

"Pak Cik bagi Hanan fikir dulu boleh. bagi Hanan masa" aku memujuk Tan Sri Malek, aku harap kali ni dia faham.

"baiklah, jangan fikir lama lama tau Hanan" akhirnya bangun juga Tan Sri Malek daripada kaki aku.

"baik, bagi Hanan fikir dulu" kata aku pada Tan Sri Malek

***********************

Danial membuka pintu rumah keluarganya. "eh Danial awal kamu balik" sapa Puan Sri Katrina pada anak bujangnya.

"mama ni perli Danial ke?" Danial sangatlah pelik, mamanya mengatakan balik pukul 1 pagi adalah awal.

"yelah, selalunya kan subuh baru balik, ni tak pergi kelab ke?" tanya Puan Sri Katrina.

"malas lah Mama, boring pulak hari hari pergi sana" kata Danial malas. Danial masih dalam mood tidak puas hati dengan Tessa.

"hmmmmm, yelah tu boring. macam Mama tak kenal kamu, kalau Papa tahu perangai kamu macam ni, naik darah nanti Danial" Puan Sri Katrina memberi amaran kepada Danial.

"haaa, Papa mana Mama?, Danial tak nampak kereta Papa pun" Tanya Danial pada Puan Sri Katrina.

"ouh Papa pergi kampung kawan dia tu. katanya dah mampus orang tu" sungguh kurang ajar Puan Sri Katrina berkata.

"kawan dia yang mana?" Danial pelik, papa dia ada kawan daripada kampung.

"alah kawan dia yang miskin tu.....yang selamatkan Papa dengan kamu. waktu kemalangan jalan raya 20 tahun lepas" Puan Sri Katrina cuba memberikan balik memori anaknya itu.

"innalilah wainnailahirojiun, kawan papa yang tu ke mama. dah lama Danial tak jumpa dia" kata Danial sedih. sejak kemalangan lalu, Danial langsung tidak berjumpa dengan orang yang selamatkannya Danial teringin sangat mengucapkan Terima kasih padanya.

"buat apa nak jumpa orang miskin tu. langsung tak ada class" sungguh berlagak Puan Sri Katrina.

"dah lah Mama, Danial naik atas dulu. badan Danial penat sangat" kata Danial dan terus menapak pergi daripada situ.

"hello Tessa, sorang jer. Danial mana?" tanya Ridzwan pada Tessa yang sedang rancak menarik.

Tessa memegang kedua dua bahunya. "pelik bukan you dengan Danial macam belangkas ke?" Ridzwan pelik, Danial dan Tessa selalunya tidak boleh berpisah, kalau berpisah pun apabila Danial pergi outstation.

"Tessa you tak call Danial?" tanya Ridzwan lagi.

"malas I, biarlah kalau dia boring nanti dia datanglah tu" Tessa masih rancak menari mengikut rentak lagu.

"kalau macam tu I balik dululah. tak best kalau Danial tak ada" Ridzwan mahu meninggalkan Tessa tetapi Tessa pantas menarik tangan Ridzwan dulu.

"I kan ada Ridzwan, malam ni I boleh puaskan you" Tessa sengaja pancing nafsu Ridzwan dengan memegang alat sulit Ridzwan sambil memberi senyuman memggoda.

"Tessa, I dengan Danial kawan baik. tak mungkin I akan khianati dia. untuk bersama dengan you itu mustahil" Ridzwan menolak Tessa menjauhinya, dan berlalu pergi meninggalkan Tessa di situ.

"Sh*t punya perempuan, aku pun pelik dengan Danial ni perempuan macam ni dia nak" Ridzwan berasa geram dengan Tessa. bukannya dia tidak tahu perangai Tessa sudah berapa ramai lelaki yang Tessa pernah tidur bersama.

***********************

"Hanan betul ke, nak ikut diorang tu?" tanya Amir pada aku.

"Pak Cik Malek tu sampai merayu dekat Hanan, Hanan tak sampai hati" luah aku.

"Hanan fikir baik baik, mana tauu diorang tu orang jahat ke?" Amir sangat risau akan Hanan apabila pergi ke Kuala Lumpur.

"Hanan dah kenal, Pak Cik Malek tu lama dah. daripada kecil lagi, Hanan yakin dia baik" aku sungguh yakin yang Tan Sri Malek itu orang yang baik.

'kalau itu keputusan Hanan, Amir tak boleh buat apa. Amir harap Hanan jaga diri disana nanti, Jangan lupakan Amir tau" Amir memberi senyuman yang manis kepada aku.

"tak mungkin Hanan lupakan Amir, Amir kawan Hanan yang paling baik." kata aku pada Amir.

"Hanan, kita dah lambat ni, kena bertolak awal. perjalanan kita jauh" Pak Mat memanggil aku.

"okay lah Amir, Hanan pergi dulu. jaga diri, Jangan lupa tengokkan rumah Hanan tau" Aku memberi pesanan kepada Amir.

"ye jangan risaulah" kata Amir pada aku. aku melambaikan tangan kepada Amir.

Apabila masuk sahaja dalam kereta. Tan Sri Malek mengucapkan terima kasih kepada aku. kerana aku terima pelawaan dia, untuk mengikutnya ke Kuala Lumpur.

hampir 5 jam perjalan daripada perak nak ke Kuala Lumpur. lebuh raya tadi boleh di katakan sesak jugak. kalau tidak mungkin tidak sampai 5 jam untuk Sampai.

Aku melihat rumah yang sangat besar. terbeliak mata aku melihat rumah banglo itu, sangat besar dan cantik.

"Hanan ni rumah Papa" Aku terkejut apabila Tan Sri Malek bahasakan dirinya Papa.

"Kenapa Pak Cik bahasakan diri macam tu, Hanan tak selesa" aku tidak selesa Apabila Tan Sri Malek membahasakan dirinya begitu.

"mulai hari ini, panggil Pak Cik Papa. Hanan fahamkan?" Aku hanya menganggukkan kepala sahaja.

"mari masuk. Mat angkatkan beg ye, bawak masuk dalam" Tan Sri Malek mengarahkan Pak Mat mengangkat beg. manakala aku pulak Tan Sri Malek mengajak masuk ke dalam rumahnya itu.

"hello sayang you dah balik" aku melihat perempuan separuh umur datang mendekati Tan Sri Malek dan memeluk tubuh itu. aku merasakan ini adalah isteri Tan Sri Malek.

"you ni siapa?, bukan madu I kan" mata Puan Sri Katrina tajam memandang ke arah aku.

"ouh kenalkan ni Hanan, anak angkat kita mulai sekarang. Hanan adalah anak arwah Hisham, jadi I ambil keputusan untuk jaga dia" terang Tan Sri Malek.

"what!!!!, you gila ke. ambil perempuan kampung jadi anak angkat, entah entah perempuan ni ada muslihat lain. dah lah miskin kotor pulak tu" selamba sahaja Puan Sri Katrina melemparkan kata kata itu.

"Katrina, I tak ajar you bersikap kurang ajar macam ni, ingat asal usul You Katrina. jangan terlalu mendongak ke langit!" marah Tan Sri Malek.

hati aku sudah tidak tenang, aku mula tertanya tanya adakah betul keputusan aku mengikut Tan Sri Malek datang kemari. Aku melihat Puan Sri Katrina mula tidak puas hati dengan meninggalkan aku dan Tan Sri Malek di situ.

Puan Sri Katrina menaiki tangga dengan sengaja merempuh badan anak perempuannya Aira Erdina. "auch.... Mama ni dah kenapa langgar langgar orang ni" Aira Erdina menggosok bahunya yang sakit akibat di langgar Puan Sri Katrina.

muka Aira Erdina terus berubah ceria apabila melihat susuk tubuh Tan Sri Malek. "Papa!!!!!!" belari Aira Erdina turun daripada tangga apabila nampak tubuh Papa kesayangannya.

Aira Erdina memeluk tubuh Tan Sri Malek. manakala Tan Sri Malek membalas pelukan anak daranya itu. "Aira rindukan Papa" Aira melepaskan rindunya kepada Tan Sri Malek.

"Aira, Papa nak kenalkan adik angkat Aira" Tan Sri Malek menunjuk aku yang berdiam diri daripada tadi di sebelahnya.

"adik" Aira Erdina teruja. "hai, saya Aira Erdina. just call me Aira" Aira Erdina menghulurkan tangannya kepada aku. aku menyambut huluran tangan Aira.

"siapa nama dia Papa?" Tanya Aira.

"Hanan sofea" kata Tan Sri Malek.

"cantik nama, macam orangnya. umur Hanan berapa?" tanya Aira Erdina pada aku.

"22 tahun" jawab aku.

"uh... patutlah adik. Aira dah 25 tahun" balas Aira Erdina.

"dah dah, kejap lagi kita buat sesi kenal kenalan. Aira tolong bawak Hanan pergi bilik yang kosong tu. mulai hari ini Hanan duduk situ" arah Tan Sri Malek.

"okay Papa, jom Hanan. Aira tunjukkan bilik" Aira Erdina menarik tangan aku agar mengikutnya.

"Mat bawak beg Hanan, letakkan dekat bilik dia" Tan Sri Malek memberikan arahan kepada Pak Mat.

"baiklah Tuan" Pak Mat membawa beg Hanan ke atas.

"tara.....mulai sekarang ni bilik Hanan" aku terpesona aku terpesona melihat bilik yang bakal aku duduk.

"cantiknya bilik ni Aira" puji aku.

"of course lah cantik, semua bilik dalam rumah ni, Aira yang design" Aira menunjuk muka belagak.

"Aira, yang design?" tanya aku.

"haah" kata Aira.

"tak apalah, Hanan rehatlah dulu. mesti penatkan, Aira keluar dulu ye" kata Aira pada aku.

aku happy apabila Tan Sri Malek dan Aira layan aku dengan baik. tapi aku mula terfikir tentang Puan Sri Katrina, yang macam tak suka dengan kehadiran aku.

************************

Danial balik dalam keadaan mabuk, Danial membuka pintu utama rumah itu. apabila kaki Danial ingin melangkah naik ke atas. telinga Danial menangkap bunyi barang jatuh daripada dapur. jadi Danial mengambil keputusan untuk melihatnya.

apabila Danial Sampai di ruang dapur. Danial melihat ada seorang wanita yang duduk membelakanginya, "perfect body" kata Danial. Danial melangkah mendekati perempuan itu, otak Danial sudah mula terbayang aksinya apabila berasama dengan perempuan itu sekejap lagi

"macam mana pulak boleh jatuh tah" rungut Hanan. aku mengambil bekas tapawer yang jatuh di atas lantai. apabila aku sudah siap mengangkat semua bekas tersebut, aku terasa ada seseorang peluk aku daripada Belakang.

hidung aku menghidu sesuatu yang busuk. aku mula meronta apabila tangan itu mula, memegang setiap inci tubuh aku. aku dapat merasakan ciuman hangat yang hinggap di leher aku. "tolong lepaskan saya encik" aku merayu pada lelaki tersebut.

"arhhhh....." mulut aku di tutup kasar oleh lelaki itu.

"kau jangan nak menjerit!!..... Aku cuma nak rasa sikit jer tubuh kau ni" bula roma aku sudah mula menegak apabila mendengar kenyataan lelaki itu.

mulut ku ditutup tangan lelaki itu. manakala lagi satu tangannya mengunci pegerakan aku. tubuh aku diseret naik ke atas. aku meronta ronta mintak di lepaskan. dalam hati aku berdoa agar ada orang yang menolong aku.

'ya Allah tolonglah hamba mu ini' doa aku dalam hati.

########################

ni sahaja yang Aina boleh kasi harini ini sempena hari menetas Aina HAHAHA.... bab seterusnya sambung 1/4/2020 ye.....ni perkenalan jer...nak tengok ada tak yang nak baca novel ni nanti.....segala update Aina akan kongsikan dekat ig @aina_khaileeda

Próximo capítulo