webnovel

BAB 29:

Tok! Tok! Tok!

Pintu pejabat Amirul diketuk.

"Masuk!!" Laung Amirul.

"Paksu!!!" Panggil Airel.

"Ehh Airel buat ape kat sini? Papa mana?" Soal Amirul.

"Papa kat luar, Paksu, nak tahu tak? Tadi kann.... Airel jumpa baby...Nama dia Mikayla. Comel sangat... muka dia ada iras-iras paksu." Ujar Airel dengan teruja.

"Baby? Mikayla? Anak sape?" Soal Amirul dengan hairan.

"Anak maks-" Belum sempat Airel menghabiskan kata-katanya, Abang Hafiz yang baru muncul entah dari mana itu terus menekup mulut Airel.

"Airel... Airel pergi office uncle Zack jap, Papa nak bincang hal kerja dengan paksu." Ujar Abang Hafiz. Airel mengangguk dan terus keluar dari bilik pejabat Amirul.

"Wei...Tadi Airel ade bagitau aku, dia jumpa baby, nama Mikayla... Anak sape tu?" Soal Amirul.

"Emm... Tu... Tu... Anak... Anak cikgu dia." Dalih Abang Hafiz.

"Ooo... I see... Tapi asal Airel cakap muka baby tu sama macam aku?" Soal Amirul dengan hairan. Abang Hafiz mula cuak.

"Lahh... Kau ni... Takkan tak kenal si Airel tu... Merapu jer kerja.." Dalih Abang Hafiz.

'Asal aku rasa cam tak sedap hati eh?' Bisik hati Amirul.

"Ehh.. Ni.. Aku nak tanya kau pasal ni, kau bila nak jumpa klien kat Jerman tu?" Soal Abang Hafiz. Ingin mengubah topik.

"Emm... Lusa kot.." Jawab Amirul.

"Weii!! Jom makan! Lapar lah.." Rengek Rayyan yang datang entah dari mana.

"Kau ni kan... Kalau yer pun, bagi lah salam dulu." Ujar Amirul.

"Assalamualaikum ustaz Amirul, jom kita pergi makan, aku dah lapar." Ujar Rayyan dengan penuh sopan santun. Zack and Airel ketawa mengekek. Abang Hafiz menggelengkan kepala melihat gelagat diorang.

"Waalaikumussalam... Haa.. Jomlah.." Balas Amirul.

"Alah....Paksu, paksu janji ape dengan Airel haritu?" Soal Airel dengan wajah masam.

Semua orang memandang Airel.

"Janji ape?" Soal Abang Hafiz.

"Ohh... Sorry Airel, paksu lupa... Paksu janji dengan Airel nak shopping dengan Airel kan?" Soal Amirul. Airel memuncungkan bibir.

"Jom... Kita pergi shopping." Ajak Amirul.

"Ehh... Pergi makan dululah." Balas Abang Hafiz.

"Takpe... Aku yang janji, so kenalah tunaikan." Ujar Amirul. Airel tersengih.

[...]

"Abang.... Mel and Mikayla nak gi kat bahagian toy ea?" Ujarku kepada Abang Danial. Kitorang ade kat mall.

"Okey... Nanti Mel pergi bahagian sane ea? Kat bahagian kasut tu, Abang nak gi usha-usha kasut tu jap." Ujar Abang Danial. Aku mengangguk. Aku terus pergi ke bahagian toy.

"Mikayla... Mikayla nak mainan ape sayang?" Soalku kepada Mikayla dengan lembut.

Mikayla terus mencapai kapal terbang mainan and kapal terbang mainan tu pun jatuh ke lantai.

"Sayang... Kenapa jatuhkan?" Soalku kepada Mikayla dengan lembut. Sebaik sahaja aku mencangkung mengambil kapal terbang mainan itu, tangan seseorang mencapai kapal terbang mainan itu dan memberikan kepada ku. Aku tidak memandang orang itu and orang itu juga tidak memandang aku.

"Terima kasih..." Ucapku.

"Sama-sama cik.." Balas orang itu.

Orang itu terus memandang wajah perempuan yang bertudung di hadapannya and at the same time aku pun pandang orang itu. Damn! Mata kitorang bertentangan. Kenangan yang lama mula menyelubungi kami. Masing-masing kaku. Air mata orang itu berguguran jatuh. Jantungku seolah-olah terhenti untuk seketika.

"S...Sayang?" Soal Amirul dengan wajah tidak percaya. Aku tersentak. 'Sayang?' Mataku mula berkaca.

"Emm... Encik...Saya rasa encik salah orang... Saya tak kenal encik.." Ujarku dan ingin berlalu pergi.

"Maksu!! Mikayla!!" Panggil Airel. Aku tersentak.

"Mikayla?" Soal Amirul kepada Airel.

"Yes... Maksu cakap, Mikayla anak maksu." Jawab Airel. Amirul kaku. Dia memandang budak yang berada di dalam dukungan ku.

"Sayang? Anak kita?" Soal Amirul dengan terkejut.

"No!!!" Jerit ku.

"Stop call me sayang! And she is not your daughter!!" Laungku. Mata Semua orang tertumpu kepada kami.

"Sayang.... Biyy mintak maaf, sayang... Biyy betul-betul menyesal... Tolong lah maafkan biyy..." Rayu Amirul. Semua orang mula berbisik-bisik.

"Jual mahal punya perempuan...Saje jer tu... Nak gunakan lelaki handsome tu.." Bisik seorang makcik kepada kawannya.

"Aku sokong... Jenis perempuan pisau cukur lah tu..." Balas kawannya. Kemarahan aku naik mendadak. Aku menunding jari ke arah makcik-makcik bawang itu dengan wajah bengis. Makcik-makcik bawang mula berundur setapak ke belakang. Takut lah tuww...

"KORANG JANGAN PANDAI CAKAP JER!!! KORANG TAK TAHU APE YANG AKU HADAP SELAMA NI!" Jerkahku. Mataku mulai merah oleh kerana marah yang teramat.

"Sayang... Dah la tu..." Panggil Amirul dengan sayu. Aku memandang Amirul dengan bengang. Mikayla yang seakan-akan faham dengan situasi sekarang ni mulai menangis.

"Mikayla... Jangan nangis sayang...Come to papa.." Amirul ingin mengambil Mikayla daripada ku.

"Jangan! Jangan sesekali kau nak rampas dia daripada aku! Cukuplah atas ape yang kau dah buat kat aku selama ni." Ujarku. Aku berpusing ke belakang ingin melangkah pergi dari situ. Tiba-tiba, tangan Amirul menarik tangan ku. Aku tersentak. Aku merentap tangannya dengan kasar.

"Jangan sentuh aku dengan tangan jijik kau tu!!" Marahku. Amirul terkedu. Yes, ini bukan Tengku Melissa Amelia yang dia kenal dulu. Ternyata gadis itu betul-betul membencinya. Amirul meraup wajahnya dengan kesal.

"Sayang... Biyy tahu Sayang benci sangat dengan biyy, biyy mintak maaf, sayang... Tolonglah sayang... Kita mulakan hidup baru... Sayang nak ker tengok Mikayla membesar dalam keadaan macam ni?" Ujar Amirul dengan lirih.

"Hidup baru? Sorry... Aku tak berminat... Yang aku tahu sekarang, aku nak tuntut cerai.Aku nak kau ceraikan aku. Yang pasal Mikayla ni kau jangan risau, aku boleh jaga. Tak payah nak acah baik sangat, dulu kau tak ingat ker yang kau nak bunuh dia?" Ujarku dengan serius. Amirul terkedu.

"No sayang... Sampai bila-bila pun biyy takkan lepaskan sayang... Biyy cintakan sayang... Yang pasal Mikayla, tu cerita lama sayang... Tolonglah jangan siksa Biyy macam ni..." Ujar Amirul.

"Dah lah weii... Dulu masa kau siksa aku, ade kau nak dengar explanation aku? Masa aku merayu dekat kau, kau buat ape? Kau siksa aku! Aku benci kau!!" Tengking ku.

"Mel? Ade ape ni?" Soal Abang Danial yang muncul entah dari mana.

"Mel nak balik." Jawabku dengan dingin. Aku terus berlalu keluar dari mall. Mikayla masih menangis. Abang Danial terkejut apabila melihat Amirul.

"Kau dah tahu?" Soal Abang Danial dengan terkejut.

"Aku bodoh Danial! Aku bodoh!!! Kalau aku tak buat dia macam tu, dulu... Mesti dia takkan bencikan aku sampai macam ni sekali and kitorang dapat membesarkan anak kitorang sama-sama..." Ujar Amirul dengan sayu. Air matanya mengalir laju.

"Kau banyakkan bersabar yer Mirul... Dia tak ready lagi tu...Aku doakan korang akan bersatu balik suatu hari nanti." Ujar Abang Danial and menepuk bahu Amirul.

"Aku chau dulu ea... Kesian kat Mel and Mikayla... Aku akan cuba pujuk dia untuk bukak balik hati dia untuk kau... Insyaallah boleh." Ujar Abang Danial and tersenyum nipis. Amirul mengangguk dengan lemah. Abang Danial terus berlalu pergi.

"Paksu... Kenapa maksu jadi macam tu tadi? And why paksu nangis?" Soal Airel dengan hairan.

"Takde pape Airel... Dah lah.. Jom kita pilih mainan Airel and pastu kita balik." Ujar Amirul seraya tersenyum and mengelap air matanya. Dia terpaksa berpura-pura tidak ada apa-apa yang berlaku di hadapan Airel.

Próximo capítulo