webnovel

BAB 19:

Sedar tak sedar dah seminggu berlalu, hubungan aku dengan Amirul semakin rapat, kitorang berkawan pun semakin rapat and tibalah satu hari ni,

"Wei korang! Aku chau luh! Nak gi tandas jap... Pasni aku naik kelas terus ea? Korang tolong belikan aku roti ea?" Ujarku.

"Nak hubby teman ker?" Soal Amirul.

"Takpe, sayang pergi sendiri.. Nanti orang cakap ape pulak.." Balasku. Actually kitorang dah ubah panggilan daripada 'aku,kau' kepada 'hubby,sayang.'

"Ek eleh... Nak sweet kat kantin ni pulak... Naik loya tekak aku." Perli Zack.

"Entahnya, tak fikir langsung tentang geng single.." Perli Amanda.

"Merana werhh bila kita geng single ni orang buat-buat tak nampak." Perli Rayyan.

"Ek eleh korang ni... Acah single jer.. Tapi hakikatnya, cinta dah berputik dalam hati masing-masing, tapi masing-masing ego. Taknak meluahkan, tak gitu?" Perli Amirul and tersenyum sinis.

Semua orang terkedu. Mana taknya, memang betul ape yang Amirul cakapkan tu.

"Erh.. Korang, bye.. Aku pergi luh." Pamit ku.

Zack, Amanda, Rayyan, Zahirah, Farha and Haikal mengangguk.

Aku terus berlari menuju ke tandas.

Usai itu, aku terus keluar dari tandas dan menuju ke kelas.

Setibanya aku, alangkah terkejutnya aku apabila Black sorang jer yang ade kat dalam kelas.

"Hye Mel." Sapa Black.

"Em, hye.." Balas ku and memandang ke arah anak mata Black yang berwarna hijau itu. Sumpah dia handsome wei, tapi, takleh lawan Tengku Amirul Alexander aku.. Cehh, menyempat lagi yer engkau ni Mel.

"Sorang ker?" Soal Black seraya tersenyum.

"Ha ah.. Sorang.. Yang lain ade kat kantin." Jawabku. Black mengangguk tanda faham.

"Mel." Panggil Black.

"Yer?"

"Kau happy dengan Amirul?" Soal Black. Mak aih! Ape punya soalan ni?

"Kenapa kau tanya?" Soal ku.

"Stop sayang dia, tolong sayang aku." Pintanya.

"Kau mengarut ape ni? Dah lah aku nak keluar." Ajuku. Sebaik sahaja aku ingin melangkah, Black terus mengheret tangan aku dan memeluk aku. Aku kaku untuk seketika.

Klik! Klik! Klik!

Seseorang mengambil gambar kitorang tanpa kitorang sedari.

Aku terus menolak badan Black.

"APEHAL DENGAN KAU NI?!" Jeritku dengan bengang and terus keluar dari kelas.

"Takpe Mel... Aku akan pastikan kau akan jadi milik aku sorang jer.. Aku cintakan kau Mel.." Bisik Black perlahan and tersenyum.

Adelia terus masuk ke dalam kelas,

"Camne? Sempat ambik tak?" Soal Black.

"Sempat.. Semua macam yang dirancang." Jawab Adelia and tersenyum jahat.

[....]

"So Korang! Nak layan drama ape ni?! Esok cuti doe! Boleh tidur lewat sikit!" Soal Zahirah dengan excited teruk.

"Entahlah... Korea pun best jugak kan?" Soalku. Semua orang mengangguk.

"Haikal! Kau whatsapp sape tu?" Soalku kepada Haikal.

"Farha." Jawab Haikal ringkas.

"Kau suka dia ea?" Soalku.

"Erh mana ada.." Nafi Haikal.

"Eleh... Haikal.. Kau nak tipu orang lain boleh arh. Tapi bukan aku ea, ni Tengku Melissa Amelia lah." Ujarku dengan bangganya.

"Ape guna kalau kita sayangkan orang tapi orang tak sayangkan kita kan?" Soal Haikal dengan muram.

"Asal ni?" Soal Amanda.

"Semua perempuan same ajer kan? Tak pernah nak serius dalam percintaan." Keluh Haikal. Aku, Zahirah and Amanda tersentak.

"Cakap tu biar berlapis sikit ea? Kitorang ni perempuan.. Terasa okey?" Perliku.

"Entahnya, sikit-sikit nak salahkan perempuan... Yang lelaki tu tak salah lah pulak?" Soal Amanda.

"Okey, cuba kau bagitau aku, perangai lelaki macamana?" Soal Haikal.

"Lelaki? Hmm... Macam ni, perangai lelaki ni kan, contoh lah eah, contoh... Macam ni, Aku ngan Zack ni kawan rapat, tapi Zack layan aku special sangat, terlalu special. Sehinggakan dia membuatkan aku rasa sayangkan dia, dia beri harapan kat aku, pastu one day tu, Zack berubah.. Dia cakap yang aku dengan dia just kawan, kawan wei.. KAWAN. Tapi kenapa dia bagi aku fake hope? Sedih werh bila orang bagi fake hope dekat kita.. Pastu bila kita nak move on, dia nak kita letak harapan dekat dia balik." Terang Amanda dengan sayu.

"Aku jugak yang kena." Perli Zack.

"Diam lah kau.. Contoh jer kan, bukan betul pun." Balas Amanda dengan geram.

"Bagi aku lah kan, dalam hidup ni kita tak leh nak letak harapan tinggi sangat kat seseorang, sebab last last kita yang sakit." Ujar Haikal dengan sayu.

"Korang, aku nak tanya." Ujarku.

Semua orang memandang ku. Actually just ade Zack, Rayyan, Haikal, Zahirah and Amanda jer kat ruang tamu ni, Amirul and Abang Hafiz ade kat offices..

"Korang percaya ker cinta sejati tu wujud?" Soalku.

"Aku percaya, kalau orang tu sayangkan kita." Jawab Zahirah.

"Aku pun." Sokong Rayyan.

"Aku percaya.. Mungkin one day ade." Balas Amanda.

"Betul tu." Sokong Zack.

"Kau tak percaya ke Mel?" Soal Haikal kepada ku.

"Entah... Cinta tu buta... Tapi aku mengaku, aku dah terjerat dalam dunia percintaan." Keluhku.

"Kau cintakan Mirul?" Soal Haikal. Aku mengangguk.

"Aku takut." Keluhku.

"Takut? Asal?" Soal Rayyan.

"Aku takut one day dia mainkan perasaan aku..Aku takut dia tinggalkan aku disaat aku mula sayangkan dia.. Aku tak sanggup.. Aku tak sanggup nak hilang dia.." Ujarku dengan mata berkaca.

"Aku nak mintak tolong something dengan korang boleh tak?" Soalku. Semua mengangguk.

"If apa-apa terjadi, percayakan aku.. Tolong, percayakan aku." Pintaku.

"Apa maksud kau Mel?" Soal Zahirah.

"Nothing." Balas ku.

Ding! Dong!

Loceng rumah berbunyi.

"Zack, tolong bukakan pintu, diorang dah balik kot." Arah Zahirah.

"Haish.. Asal bukak pintu jer aku, dah macam takde manusia lain." Keluh Zack and dengan malasnya terus berlalu ke arah pintu and membuka pintu.

"Korang tak tidur lagi ker?" Soal Amirul.

"Belum, tak ngantuk." Jawab kitorang serentak.

"Abang, ape dalam plastik tu?" Soalku kepada Abang Hafiz.

"Gula-gula getah." Jawab Abang Hafiz.

"NAK!!!" Jerit kitorang and terus berlari mendapatkan gula-gula getah.

Abang Hafiz and Amirul menggelengkan kepala.

"Haikal, masuk bilik aku jap, ade benda nak bincang." Aju Abang Hafiz. Haikal mengangguk dan mereka terus ke bilik. Alu hairan, sejak kebelakangan ni, diorang selalu berbincang berdua jer.. Tak ajak kitorang.. Macam ade something yang disorokkan.

"Sayang, biyy penat lah.." Keluh Amirul seraya melabuhkan punggung di atas sofa di sebelah ku. Dia melentokkan kepalanya di bahu ku.

"Alololo cian dia.. Mehh sayang urutkan bahu biyy." Ajuku. Amirul tersenyum and terus mengangkat kepalanya. Aku terus mengurut bahunya.

"Banyak sangat ker kerja kat office tu?" Soalku.

"Banyak sangat... Tapi kan, biyy tak fokus lah masa nak buat kerja tu." Ujar Amirul and memuncungkan bibirnya.

"Kenapa tu biyy?" Soalku dengan hairan.

"Sebab biyy rindukan sayang.. Nampak sayang jer dalam kepala otak biyy ni." Ujar Amirul. Aku tersengih.

"Biy, biy.." Panggilku.

"Hmm.."

"Sayang nak mencuri boleh tak?" Soalku.

"Mencuri? Haih.. Harta kita ni tak cukup banyak ker sayang sampaikan nak mencuri?" Soal Amirul.

"Ha ah... Ade yang tak cukup lagi.." Keluhku.

"Nak curi ape tu?" Soal Amirul.

"Curi hati you, biyy..Muahh.." Jawabku seraya mencium pipi Amirul. Amirul tersengih.

"Pandai ea, menyakat biyy... Sap ajar sayang ni?" Soal Amirul dan terus menggeletek aku.Aku ketawa terbahak-bahak.

"Biyy lah ajar.. Hahahhaha." Jawabku seraya ketawa.

"Ehem... Kitorang masih wujud lagi kat sini.. Kalau nak lebih-lebih dalam bilik lah ea? Naik loya dah aku ni.." Perli Zack.

"Biyy.. Biyy tunggu sini jap ea? Sayang nak pergi ambik something." Ujarku. Amirul mengangguk. Aku terus berlari ke bilik dan mengambil kotak kecil. Aku terus berlari keluar dari bilik dan menuju ke arah Amirul.

"Hadiah untuk biyy.." Ajuku.

"Hadiah? Harini birthday biyy ker?" Soal Amirul.

"Taklah... Saje jer sayang nak bagi...Ingat Biyy, biyy jangan sesekali buang jam ni walau apapun yang terjadi, jam ni bermakna buat sayang, ibarat nyawa sayang... Sayang nak biyy pakai jam ni selagi sayang masih isteri biyy.." Pesanku. Amirul mengangguk.

"Lagi satu biyy, walau apapun yang terjadi, biyy kena percayakan sayang, jangan sesekali percaya cakap orang lain biyy... Sayang dah mula letak percayaan kat biyy.. Biyy jangan hampakan sayang." Pintaku seraya memeluk Amirul dengan erat.

"Yes sayang... Biyy janji biyy akan percayakan sayang walau apapun yang terjadi." Balas Amirul and memeluk aku.

'Kenapa aku rasa macam tak sedap hati?' Bisik hati Amirul.

Próximo capítulo