webnovel

BAB 51:

*DALAM KELAS*

Keadaan di dalam kelas tersangatlah bising. Sampaikan nak pekak telinga aku. Tapi di tempat aku and Adrian hanya sunyi sepi. Macam takde orang kat situ. Aku tak kira, selagi dia tak bercakap, aku takkan bercakap.

Tiba-tiba,

Tok! Tok! Tok! (Pintu kelas diketuk)

Semua orang yang tengah bising terus menjadi senyap and melihat kearah orang yang mengetuk pintu itu.

"Saya dari kelas 1 C, cikgu Aliff suruh panggilkan kak Ireka and Kak Aryaa ke padang. Latihan badminton." Terang budak perempuan tingkatan satu itu. Tapi aku perasan, mata dia tertumpu ke arah Adrian. Sakit pulak mata aku. Tahu la suami aku ni handsome, takyah la pandang sampai macam tu sekali, aku terajang baru tau.

Aku and Yaa pun bangun serentak and menuju ke pintu.

"Em, saya nak bercakap dengan Abang Adrian sekejap boleh tak?" Soal budak perempuan itu. Ewah! Ewah! Kau panggil dia abang? Hello! Just aku jer yang boleh panggil dia abang ok!

"Tak boleh." Jawabku. Mata-mata tertumpu ke arah aku.

"Kenapa? Dia bukannya boyfriend akak pun." Sinis Budak itu.

Aku pun mendekatkan bibirku ke telinganya. "Yes, he's not my boyfriend, but he is my husband, idiot." Bisikku. Budak itu terundur ke belakang dan menekup mulutnya. Aku tersenyum sinis.

'Ape yang eka bisikkan sampai wajah budak perempuan tu jadi macam tu?' Bisik hati Adrian.

Aku and Yaa pun terus berlalu pergi. Dalam perjalanan kitorang nak pergi padang tu,

"Kau cakap ape sampai kan budak tu terkejut beruk tadi?" Soal Yaa dan tersengih.

"Aku cakap, adrian husband aku." Jawabku mendatar.

Yaa tertawa kecil. "Tau pon sayei ko toklaki." Perli Yaa.

"Weh! Mu panda cakap Kelantan jugok ko?" Soalku tidak percaya.

"Meme lah." Jawab Yaa. Aku tertawa kecil.

Setibanya kitorang di padang, cikgu terus mengarahkan kitorang untuk berlatih.

"Ireka! Kenapa saya tengok awak semakin hari semakin merosot ni?! Tak macam dulu?!" Soal cikgu dengan bengang. Aih! Sejak dapat ingatan aku balik ni, aku takleh main sehebat yang dulu, otak aku bercelaru. Aku takleh nak focus langsung.

"Maafkan dia cikgu, fikiran dia bercelaru akhir-akhir ni. Dia ade masalah keluarga." Dalih Yaa. Aku tersentak. Nasib baik Yaa Cover aku, kalau tak aku tak tahu la nak bagitau cikgu macamana.

Cikgu mengeluh dan mengarahkan kami untuk berehat. Lusa aku and Yaa dah bertanding, mewakili sekolah. And pertandingan ni diadakan kat sekolah kitorang.

"Eka! Kau kena fokus do! Haih!" Keluh Yaa.

"Huh, camne nak fokus? Aku serabut la semenjak dua menjak ni." Keluhku.

"Hum, takpe. Kita cuba. Lagipun, kat rumah kau kan ade playground, so boleh la kita berlatih kat sane." Cadang Yaa.

"Emmm, aku boleh aje." Balasku.

"Tapi kau nak keluar dari asrama macamana?" Soalku.

"Yang tu takyah risau. Aku guna jerla nama kau and Adrian. Semua cikgu dah tahu yang korang berkahwin, daddy Adrian dah maklumkan kepada semua cikgu." Terang Yaa.

"Eh! Macamana kau tahu?!" Soalku hairan.

"Aku ni Yaa lah wei! Semua benda aku tahu!" Ujar Yaa bangga. Aku membuat muka menyampah.

"Eleh! Asal kau buat muka camtu? Cam entah pape dah aku tengok. Hahaha." Soal Yaa dan ketawa.

"Em, Yaa. Aku nak mintak tolong something ni." Pintaku.

"Amende?" Soal Yaa.

"Tolong ajarkan aku masak." Pintaku.

"Masak? Em, boleh. Nanti ade masa lapang, aku, Yahh ande Ecah pergi." Balas Yaa.

"Okeh! Ash?" Soalku.

"Tengok la macamana." Balas Yaa. Air mukanya terus berubah sebaik sahaja nama Ash disebut ku.

"Eh! Bukanke kau takleh masak? Kau ready dah ker nak masak? Trauma kau tu macamana?" Soal Yaa.

"Takpe, aku nak cuba atasi trauma aku tu." Jawabku.

"Good. Em, one more, Eka. Bila kita nak pergi jumpa doktor?" Soal Yaa.

"Petang ni la. Aku rasa Adrian takde kat rumah, dia mesti nak uruskan hal kerja dia tu." Jawabku.

"Kerja?" Soal Yaa hairan.

"Ha ah, dia cakap dia nak kerja, jadi pelayan kat kedai makan." Jawabku. Yaa menganggukkan kepala tanda faham.

"Ok, cun. Aku pergi ambik kau petang ni." Ujar Yaa. Aku mengangguk.

"Aryaa! Tolong cikgu jap!" Laung cikgu Zura.

Aryaa pun dengan laju berlari ke arah Cikgu Zura.

Tiba-tiba,

"Hai." Sapa seseorang dari belakang.

Aku memandang orang itu dengan takut. Kang dia marah aku macamana nanti?

"Kenapa pandang aku camtu?" Soal Idham dengan dingin.

Dia pun melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Kenapa kau tak bercakap? Aku tak tahu la pulak lepas kahwin dengan Adrian jadi bisu pulak kau ni." Sinisnya.

"Kau nak ape?" Soal ku.

"Takde ape, aku just nak bagitau kau satu perkara." Jawabnya.

"ape?" Soalku.

"Kau akan menyesal dengan perbuatan kau ni. Aku akan pastikan hidup kau takkan tenang. Kau ingat betul-betul." Pesannya.

"Kau nak gertak aku? Kau ingat aku takut?" Soalku dengan suara terketar-ketar.

"Huh, kalau abang Adrian pun aku boleh bunuh, apetah lagi korang yang bodoh ni." Balasnya dan tersenyum sinis.

"Kau ingat aku takut? Ni ireka la wei." Balasku acah-acah berani.

"Well, kita tengok." Balasnya dan mencuit daguku.

"Lepaslah!" Marahku dan aku menepis tangannya.

"Kau nampak cantik la bila tak pakai tudung, aku suka." pujinya dan mengusap lembut rambut aku.

"LEPASLAH SIAL!!" Jeritku. Tiba-tiba ade sebelah tangan seseorang merentap tangan Idham dengan kasar.

"KAU BUAT APE DENGAN BINI AKU?!" Jerit Adrian. Aku terus kaku kat situ.

"Erh! Sorry, aku lupa, dia dah jadi bini orang, tak sangka kan? Perempuan kotor macam ni ade suami." Perli Idham.

Adrian tertawa kecil. "Perempuan kotor? Haha, kalau dia perempuan kotor, jijik, macamana kau boleh hampir-hampir kahwin dengan dia dulu?" Soal Adrian and menyilangkan tangannya di dada.

Idham hilang kata-kata, ade betulnya jugak ape yang Adrian cakapkan.

"Aku pergi dulu. Sayang, ingat kata-kata i tadi. Bye, love you." Ujar Idham and mengenyit matanya sebelah.

Naik geli aku dibuatnya. Adrian memandang Idham dengan bengang.

"Thanks." Ucapku.

"Thanks? For what?" Soalnya.

"Thanks sebab tolong saya tadi, abang." Balas ku.

Adrian membuat wajah dingin.

"Alolololo, merajuk lagi ea?" Pujukku.

"Stop it la!" Marahnya.

"Ok, fine." Balasku and terus melangkah kaki ingin ke tengah padang.

Tangannya melingkar di pinggang aku.

"Nak pergi mane?" Soalnya.

"Pergi kat tengah padang. Kejap lagi nak kena sambung berlatih." Ujar ku.

"Ooo,.i see. Ok lah." Balasnya. Dia pun melihat kiri kanan. Perfect, takde orang. Dia mencium pipi ku sekilas.

"Abang! Nanti kalau orang nampak macamana? Malu la Sayang!" Marahku.

"Yerla, Kalau dengan Idham boleh bersweet, takpelah, abang tahu abang ni sape." Dia acah-acah merajuk. Erk.

Aku pun melingkarkan tanganku ke lehernya, aku memejamkan mata and mengucup bibirnya dengan lembut. Dia pun turut memegang belakang kepala ku and membalas kucupan ku dengan lembut and mendalamkan kucupan itu. Ohh!! Aku taknak lepaskan dia!!!

"Sayang pakai pelembab bibir flavour blueberry ea? Sweet." Bisiknya. Aku menunduk malu. And dia pun menyambung kucupan.

"Oh My God!! What are you doing guysss?!!!" Jerit Yaa yang entah muncul dari mana. Tengah menutup matanya dengan kedua belah tangannya. Akibat terkejut beruk dengan jeritan Yaa, kitorang terus hilang keseimbangan and terjatuh ke atas rumput. Aku berada di atas Adrian. Aku merenung matanya yang redup dan wajahnya yang bersih and digilai ramai wanita itu. Auwhh!! I'm fall in love with you again Adrian!!!

"Agak-agak la sayang, kalau nak pun, dalam bilik kat rumah nanti la." Sakat Adrian and tertawa kecil.

Aku menumbuk dadanya, "Gatal." Balasku.

Yaa membuat muka hendak menyumpah, diorang ni buat-buat tak nampak aku ker ape?

Aku pun menyembamkan mukaku ke atas dada bidangnya and memeluknya dengan erat.

"Sayang abang sangat-sangat." Ujarku. Adrian tertawa kecil and mengusap lembut rambut aku. Bukan selalu Eka buat perangai manja camni.

"Sayang sayang sangat-sangat jugak." Balas Adrian.

"Hello!! Korang nak sweet pun agak-agak lah! Aku duk tercegat kat sini, boleh pulak korang buat aku macam tak wujud." Marah Yaa.

"Alah, rileks la. Aku nak sweet ngan husband aku pun susah la kau ni!" Aku menjuihkan bibir.

"Eleh! Tengok tempat la wei! Atas rumput ni! Kang kalau orang nampak macamana?" Soal Yaa bengang.

Aku pun bangun berdiri.

"Sayang balik rumah kita malam ni ea? Takyah la duduk asrama. Abang takleh tidur semalaman sebab sayang tinggalkan abang semalam. Tak seronok la peluk bantal golek." Rengek Adrian.

"Aih, jadi satu kerja pulak nak kena berangkut angkut barang." Keluhku.

"Kau tinggal jerla barang-barang kau kat asrama. Aku tengokkan. Sebab korang ni bukan boleh percaya sangat, mana la tau, nanti gaduh pulak." Perli Yaa.

Malu pulak aku and Adrian rasa.

"Betul tu. Sayang tinggal jer barang tu kat asrama." Sokong Adrian.

"Kalau macam tu, ok la. Lagipun sayang tak bawak banyak pun pakaian kat asrama tu." Jawab ku.

"Ok lah bang. Sayang pergi berlatih dulu. Bye, love you." Ujarku.

"Ok, i love you too. Take care." balasnya and terus pulang ke kelas.

Idham yang memandang kami dari tadi merenung aku tidak puas hati.

'Aku akan pastikan hidup korang akan sengsara.' Bisik hati Idham.

*DIRUMAH*

"Sayang, abang dah boleh start kerja hari ni." Ujar Adrian.

"Oh ye ke? Baguslah kalau macam tu." Balasku.

"Em, abang balik lewat sikit tau, sekarang ni dah kul 2.30, abang kemungkinan balik dalam pukul 5/6 petang." Beritahu Adrian.

Alhamdulillah, sempat jugak la aku pergi jumpa doktor tu lama-lama sikit.

"Ok." Balasku.

"Sayang jangan pergi merayap ea?" Pesannya dan matanya merenungku dengan tajam.

"Eh! Sayang nak pergi jalan-jalan dengan Yaa kejap, sayang janji, sayang balik awal." Ujar ku bersungguh sungguh.

"Ok, abang percayakan sayang tau." Ujarnya.

Aku meleret senyum.

Adrian pun membuka bajunya,

"Abang buat ape ni?"Soalku.

"Abang panas la, lagipun tak salah kan?" Sakatnya.

"Abang! Pakai la baju!" Marahku.

"Kalau abang taknak?" Soal Adrian and mendekatkan wajahnya ke wajah ku. OMG! Ni la yang aku takut. Aku melangkah setapak ke belakang, kemudian dia semakin mendekatkan dirinya kepadaku. Aku melangkah dua tapak ke belakang, and sedar tak sedar, belakang aku dah bertembung dengan dinding. OMG!

"A_abang nak a_ape?" Soalku dengan gagap.

Adrian tertawa kecil.

"Hak abang." Jawabnya. Terkejut beruk aku dibuatnya. Ho! Ho! Ho! Ade anak bukan perancangan aku ea?! Aku tak ready lagi.

Aku merenung wajahnya dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan.

"Sayang-" Dia menggantungkan ayatnya dan tangannya merayap ke bahu aku. Alamak! Nak buat macamana ni? Nak tolak ker macamana? Aaa! Anyone! Help me!

"Stop!" Arahku. Alah! Patut ke aku cakap macam tu? Alahai!

Adrian tersentak and merenung mataku.

"Why sayang?" Soal Adrian dengan sebak.

"Sorry, i can't." Balasku.

"Why?" Soalnya hampa.

"Give me time." Balasku. Dia pun menjauhkan diri daripada aku.

"Abang, sorry. Bukan niat Sayang nak buat abang macam ni tapi-" Aku cuba jelaskan tapi susah.

"Takpe, Abang faham. Take your time yer sayang." Ujarnya dan terus mengambil bajunya yang berada di atas lantai and memakainya. Adoi! Rase serba salah lah pulak! Erk. Ape benda otak aku ni? Sekejap kata taknak, sekejap rase cam kesian pulak. Urghhhh!

Ding Dong!

Loceng rumah berbunyi.

Aku pun dengan laju berlari turun ke bawah, sebaik sahaja aku membuka pintu, terpampang wajah Yaa.

"Hye babe, jom." Ajak Yaa.

"Ok, jap. Aku nak ambik handbag." Balasku and terus berlari ke bilik, usai itu kitorang terus keluar.

#DI DALAM KERETA#

"Kau okey tak ni Eka? Senyap jer." Soal Yaa.

"Salah ker seorang isteri tak memberikan ape yang suami nak?" Soalku dengan serba salah. "Hahahahahaha" Meletus ketawa Yaa. Erh minah ni! Aku bagi soalan, boleh pulak dia ketawa.

"Adrian ajak kau buat ehem ehem ke tadi?" Soal Yaa dengan ketawa masih tersisa.

"Banyak la kau punya ehem ehem. Tapi, yer." Balasku.

"Wahh! Pastu kau tak setuju ke macamana?" Soal Yaa. Asal dia yang excited sangat ni?

"Yes, aku tak setuju. Aku tolak." Jawabku.

"Kau tolak? Biar betul. Hum, kalau diikutkan, memang salah kalau isteri tak bagi ape yang suami nak." Balas Yaa.

"Aku bukan ape yaa, aku takut kalau aku pregnant. Aku tak ready lagi la nak jadi ibu, pastu still sekolah kan ni." Keluh ku.

"Ape susah? Kau makan jerla pil perancang." Ujar Yaa.

"Hah? Ape benda tu?" Soalku.

"Ek eleh kau ni! Pil perancang tu, untuk buat seseorang tu tak mengandung." Jawab Yaa.

"Ooooooo... I see." Balasku.

"Mane? Kau bawak ker?" Soalku.

"Tak, nanti aku bagi kau. Kakak aku kan doktor, so, nanti aku mintak dengan dia." Jawab Yaa.

"Rm berapa?" Soalku.

"Takyah bayar. Aku bagi free." Jawab Yaa.

"Ok,cun." Balasku.

Setibanya kami di hospital, kami terus ke bilik doktor Arissa.

"Hai! Ireka! Lama tak jumpa!" Sapa doktor Arissa.

"Oh! Hai! Kak Arissa. Eka tak berapa sihat, ni baru sihat sikit." Terangku.

"Sape ni?" Soal Kak Arissa.

"Ni, Aryaa. Kawan Eka. And Eka, ni doktor Arissa." Aku memperkenalkan diorang.

Mereka mengangguk tanda faham dan berjabat tangan.

"Oh! Come! Duduk sini!" Arah Doktor Arissa.

Aku pun melabuhkan punggung di atas sofa, Yaa terus keluar dari bilik.

"Akak still simpan fail lama Eka tak?" Soalku.

"Yes, kenapa Eka? Eka still rase lagi ker?" Soal Arissa.

Arissa memang sudah sedia maklum dengan masalah complex Post-Traumatic Stress Disorder (C-PTSD) yang dihadapi Ireka.

"Eka, what happened?" Soal Arissa dengan lembut.

"Tell me, ireka. I'm here to help you." Ujar Arissa dengan lembut.

Takut-takut Aku memandang wajah Arissa. Entah kenapa aku rasa macam terancam secara tiba-tiba.

'Patut ke aku beritahu Arissa pasal keadaan aku? kalau aku bagitau, ape yang dia fikir? Nanti diagnose ape lagi? PTSD, PPD, Anxiety, depression, stuttering, ape lagi?' Bisik hati ku.

Eka! Ape yang kau buat kat sini Eka? Balik, Eka. Balik. Kau tak sepatutnya ade kat sini. Balik Eka.

"Eka?" Panggil Arissa.

"Bagi Eka ubat yang Eka pernah makan dulu, dos yang paling tinggi, itu je yang eka nak." Balasku.

Pesakit yang mengalami masalah mental hanya mempunyai satu persamaan, iaitu mereka amat takut untuk meluahkan perasaan mereka kepada pendengar. Mereka merasakan ianya menjadi satu bahan jenaka atau perkara yang membebankan kepada si pendengar.

Perasaan kebersalahan yang membelenggu menjadi faktor kebanyakannya memendam rasa yang mereka alami dan menyebabkan masak kesihatan mereka semakin memburukkan.

"Ok, akak bagi antidepressent, Paroxitine, 20 mg a day. Better Eka ambik when you have an attack." Terang Arissa.

"What?! Paroxitine? Seriously? Eka taknak Paroxitine, Eka nak Prazosine. Eka dah makan Paroxitine, but you see? Tak berubah. Eka hampir nak bertindak gila dengan kawan-kawan Eka" Marahku.

"Tak boleh Eka, Ok, camni, kalau ubat ni still tak membawa kepada perubahan untuk beberapa minggu ni, akak promise akak akan bagi Prazosine and terapi" Terang Arissa.

"Terapi? Terapi ape? Macam dulu? Kalau EMDR, Eka dah taknak buat." Balasku dengan menyampah.

"EMDR tu perlu Eka, Emm, ape kata Eka bawak suami eka sekali waktu terapi-" Cadangnya.

"NO! Dia takkan tahu anything about this!" Larangku dengan tegas.

"Why? Dia boleh jadi the best support!" Pujuk Arissa.

"Dah lah! Stop la! Cukup la Eka sorang jer yang tanggung. Eka taknak heret dia masuk dalam masalah Eka sekali!" Marahku.

Arissa mengeluh kecil.

Próximo capítulo