Usai sahaja majlis, aku terus ke bilik aku. Aku rasa Adrian kat bawah lagi kut. Malas la pulak nak cari. Aku membaringkan tubuh ku diatas katil. Penat do! Aku melirik ke arah jam tangan aku, dah pukul 4 petang.
Krek! (Pintu Bilik Air dibuka)
"OH MY GOD!!!" Jerit ku dengan kuat.
"Erh! Kau buat ape kat dalam bilik aku ni?!" Soalku dengan berdebar.
"Erk, bilik kau bilik aku jugak kan?!" Soalnya dengan tersengih nakal. Macam lepas mandi, tak berbaju.
Erh sado nyer dia! Baru lepas mandi erk? Arghh!! Ape kau merepek ni Eka?!
"Ape pandang-pandang? Tergoda ker?" Soalnya dan meraup wajahnya yang basah. Huhuhu! Tergugat iman i 🤣
"Erm, t_ak, tak." Jawabku tergagap gagap.
"Sejak bila isteri aku ni gagap?" Soalnya dengan sengihan nakal.
"Ape benda kau ni?" Soalku acah acah buat muka selamba. Padahal dalam hati ni nak meletup dah 🤣
"Eka! Kau nak anak lelaki ke perempuan?" Soalnya dengan sengihan nakal. Terkejut beruk aku dibuatnya. Anak? Anak? Anak kepala hotak kau!
"Kau gila ker?" Soal ku dengan menyampah.
"Yer, gilakan kau jer." Jawabnya dan mula melangkah ke arah aku. Erh! Asal ni?! Tadi cakap pasal anak, pastu datang datang dekat ni apehal?!
"Kau nak ape ni?!" Soalku dengan takut.
"You know my dear." Jawabnya dan tersengih nakal.
Oh My! God!!!
Aku terus berlari keliling katil.
"Erh! Stop right there! Or i will kill you!!" Arahku dengan serius.
"No! No way!" Balasnya.
Tiba-tiba, dia pergi naik kat atas katil tu and terus memeluk aku.
"I get you!" Jeritnya teruja. Hah sudah!! Mampos la aku!!!
Krek ( Pintu bilik dikuak)
Oleh kerana terkejut, entah macamana kitorang boleh hilang keseimbangan and kitorang jatuh atas katil. Adrian kat bawah and aku kat atas. Kitorang bertentangan mata untuk seketika.
"Wowww!!!" Sakat mama and mummy serentak. Aku and Adrian terus menoleh ke arah pintu. OMG!! Malunya aku! Terpampang wajah kawan-kawan ku, mama and mummy.
"Sorry ganggu, sambung la yer." Ujar mummy and menutup pintu bilik ku.
Kawan-kawan aku dah tersenyum nakal. Syaiton punya kawan! Bukannya nak tolong aku!!!🤣
Ok, back to Adrian and aku tadi,
"Lama lagi ker nak duduk atas saya ni? Ker taknak lepas sampai bila-bila?" Sakatnya.
"Mengada." Balas ku and aku terus bangun and menyepak kakinya.
"Auchh!!! Eka!!!" Jerit Adrian meraung kesakitan.
"Kaki kau ni besi ker ape?!" Soalnya. Aku terus berlari keluar dari situ. Kang lama-lama, dapat anak cepat nanti. Bak kata kawan-kawan aku 🤣
Sebaik sahaja aku keluar,
"Erh! Kau buat ape kat sini?" Soal Yaa dengan hairan.
"Taknak lah aku duduk lama-lama dalam bilik tu. Tak ready lagi aku nak dapat a-" Tergantung ayat aku apabila melihat Irshad and Ash tengah makan bersuap suap.
"Ape kes?!" Soalku dengan hairan.
"What?!"Soal Yaa kembali.
"Tulah, aku tengok Irshad and Ash rapat semacam aje, ade pape yang aku tak tahu ker?" Soalku.
"Hum, kau ni duduk di alam mana Eka? Semua orang dah tahu la, takkan kau tak tahu." Ujar Yaa.
"Sumpah aku tak tahu do! Kau faham jerla aku ni, mana aku ambik tahu sangat hal-hal camni." Balas ku.
"Hum, aku dah break dengan Irshad." Ujar Yaa dengan mata berkaca.
"WHAT THE HECK?!" Jeritku dengan kuat.
"Kau diam lah!" Marah Yaa.
"Erh! Sorry! Sorry! Ape kes?!" Soalku.
"Hum, entah. Aku marah dia sebab dia rapat gila dengan Ash, tapi entah macamana, dia cakap dia nak break. So, hum, kitorang dah break." Jawab Yaa dengan berjuraian air mata. Kesian la pulak, yang Ash ni pun satu, dah tahu boyfriend member, kau nak kebas jugak tu dah kenapa?
"Sabar, Yaa." Ujarku dan aku memeluknya.
"Malam ni aku tak stay tau." Ujar Yaa.
"Hah?! Bukan ker korang stay sini dua hari?" Soalku dengan hairan.
"Kau ingat aku boleh hadap?" Soal Yaa dengan tersengih paksa.
"Yaaa!! Come on la!! Takkan kau nak tinggalkan aku!!! Stay laa!!!" Rayuku dan membuat wajah comel. Mesti termakan ni.
"Hmm, yerla yerla." Balas Yaa.
Aku tersenyum bahagia.
Aku and Yaa memandang ke arah Ash and Irshad yang tengah leka berbual dan bergelak bagai. Asal aku pulak yang rasa panas hati ni?!
"Kau tunggu sini. Aku ada rancangan." Ujarku.
"Erh! Takyah lah!" Tegah Yaa.
"Alah!! Kau ni!!" Aku terus pergi ke arah Ash and Irshad.
"Hai korang!" Sapa ku dan menarik kerusi and aku melabuhkan punggung di atas kerusi.
"Oh! Hai!" Sapa diorang serentak.
"Korang! Borak pasal ape ni? Sampai tak ingat dunia?!" Soalku dengan memerli.
"Ni! Irshad!! Hahahaha!" Ketawa Ash dengan ayu. Memang sah dia nak tackle Irshad.
"Kenapa?" Soalku.
"Dia citer lawak wei. Pasal dia jatuh motor." Terang Ash dengan tersengih.
"Oh! Lawak sangat ker sampaikan Yaa duduk sorang-sorang kat situ pun korang tak ajak?!" Perli ku dan buat-buat ketawa.
Wajah diorang terus berubah. Terasa la tu.
"Hum, takpelah korang.Aku chaw dulu." Pamit ku.
"Asal? Duduk la borak-borak luh." Ajak Ash.
"Takpelah, aku nak gi borak dengan kawan aku. Aku bukan jenis makan kawan." Perliku.
Wajah diorang terus berubah.
"Weh! Rileks la! Aku gurau jer siot! Korang nak buat muka camtu dah kenapa? Hahahah" Ujarku dan acah-acah ketawa. Diorang tersenyum kekok.
Aku pun berlalu pergi ke arah Yaa.
"Jom lepak ngan kawan-kawan kiter yang lain." Ajak ku.
"Hum, k." Balas Yaa dan terus mengekori aku.
"Hai koranggg!!" Sapa ku.
"Oh! Hai pengantin!!" Sapa Delen riang.
"Erk."
"Kau asal tak tukar baju lagi?" Soal Yahh.
"Erm, aku. Aku.. Tunggu Adrian keluar dulu." Jawabku kekok.
"Woww!!! Kau malu ker nak tukar depan dia?!" Sakat Shawn.
Gedebuk!!
Aku menepuk belakang Shawn dengan kuat.
"Hahahahahahah" Meletus ketawa kawan-kawan ku.
"Sakit siottt!!" Jerit Shawn.
"Dah tu kau gatal pergi cakap benda-benda tak elok tu dah kenapa?!" Marahku.
"Dah betul, sepasang suami isteri kannnn!!" Sakat Shawn.
"Shawnn!! Sekali lagi kau buat hal! Aku terajang kau!!" Pesan ku dan menjelingnya dengan tajam.
"Ehem, borak pasal ape tu?!" Soal Adrian.
Kitorang memandangnya.
"Ni, bini kau ni! Hahaha!" Jawab Shawn dan tergelak besar.
"Kau stop!!" Marahku.
"Kenapa wei? Ape citer?!" Soal Adrian dengan teruja.
"Shawn! Kalau kau bagitau! Siap kau!!" Pesanku.
Aku terus meluru ke bilik,
"Nak pergi mana woi!!" Laung Yahh.
"Bilik. Mandi." Laung ku kembali.
Tiba-tiba,
"Korang! Borak pasal ape? Best jer nampak!" Soal Irshad sambil berpegangan tangan dengan Ash. Yaa memandang dengan meluat.
"Takdelah, erh, korang ni rapat semacam aje, ade pape ker?!" Soal Delen.
"Kalau dah dua-dua gatal, nak buat macamana. Sekor perampas, sekor curang. Helok dah tu! Haha!" Jawab Yaa dan acah-acah ketawa.
"Dah la korang! Aku nakgi naik atas, nak pergi mandi." Ujar Yaa.
Kawan-kawan ku mengangguk.
"Apehal dengan perempuan tu?! Geram pulak aku!!" Marah Ash.
"Kau apehal Ash?!" Soal Delen dengan menyampah. Mana taknya, dah tahu Irshad dengan Yaa, yang kau nak rampas jugak tu dah kenapa?!
#MALAM#
Usai makan malam, kitorang terus ke bilik masing-masing.
Sebaik sahaja aku and Adrian masuk ke bilik,
"Erm, kau tidur kat ruang tamu boleh tak malam ni?" Soal ku.
"Kenapa?!" Soal Adrian dengan hairan.
"Kita takleh tidur sekatil." Terangku.
Dia memandang ku dengan hairan.
"Aku, erm. Aku, aku tak leh solat. Kau faham-faham lah kan, masalah perempuan." Terangku.
"Pastu? Ape kena mengena dengan takleh tidur sekatil?"Soalnya dengan hairan. Pelik pulak perangai bini dia ni.
"Erm, alah! Kau pergi jerla tidur kat ruang tamu." Arahku.
"Eh! Takde takde! Aku tidur sini, kita bukan nak buat bukan-bukan pun kan?!" Soal Adrian bersama sengihan nakal.
"Ei!! Gatal la kau ni!!" Marahku.
"Ok la, ok. Aku tidur sini. Tapi, pastikan ada jarak. Sebab aku tak suka la macam dalam drama tv tu kan, tidur berpeluk-pelukan bagai. Pastu keesokan tu buat-buat jerit, cliche gila wei. So, hope you understand." Terangku.
"Ok, miss sewel." Balasnya.
"Ok, good. Mr. Annoying. So, off the lamp." Arahku. Dia mengangguk dan menutup lampu and kitorang pun tidur nyenyak di buai mimpi.