webnovel

BAB 3:

"Alamak, mane pulak buku teks matematik aku ni? Seingat aku, aku bawak tadi, takkanlah aku tertinggal kat asrama kot." Omel ku seorang diri. Tiba-tiba, aku rasa macam ada orang tengah memerhatikan aku. Aku pun menoleh ke tepi,

"Ape pandang pandang? Nak penumbuk ke?"Soalku dengan bengang.

"Bahasa tu jaga sikit ea?" Marahnya.

"Ha, Eka! Where is your text book?" Soal cikgu.

"Em, um, saya tertinggal kat asrama cikgu." Jawabku dengan tergagap-gagap.

"What? Berdiri kat luar kelas sekarang!!" Teriaknya.

Aku pun terus ke luar kelas.

"Mane buku teks korang? Tak bawak jugak?" Soal cikgu kepada kawan-kawan ku.

Mereka menggeleng kepala.

"Pergi berdiri kat luar!" Arah cikgu.

Mereka mengangguk dan terus ke luar kelas.

"Aik? Korang dah kenapa? Aku rasa macam korang bawak tadi." Soalku.

"Ek eleh, chill la... Memang adat resam kitorang, sorang kena denda, kami ada untuk menemani. Hahaha" Ujar Yaa dan ketawa.

Memang aku betul betul appreciate la wei dapat kawan kawan macam ni. Sorang kena denda, semua datang nak teman.

"Isya mane?" Soalku.

"Si ketot tu, mane maunya kena denda, nanti takleh la dia usha si Tengku Adrian tu." Terang Yahh dengan meluat.

"Wei, macamana kau boleh tertinggal pulak?" Soal Ash dengan hairan.

"Tadi aku nampak kau bawak." Ujar Ecah.

"Itu la pasal, memang aku bawak tadi. Yang hairannya, macamana boleh takde? Takkan la ade orang curi kot." Terang ku.

"Yang ade last dalam kelas tadi pun si Tengku Adrian tu." Ujar Yaa.

"Jangan jangan mamat tu." Tuduhku.

"Kau jangan cari pasal wei. Sekolah ni bapak dia yang punya." Terang Ecah bersungguh-sungguh.

"What? Seriously?" Soal ku.

"Kesah ape aku? Anak sape pun, dah perangai takde adab macam tu." Ujar ku dengan menyampah.

"Macamana kau boleh cakap yang dia takde adab?"Soal Ash.

"Entahla, aku tengok macam dia tu tak reti nak beradab.. Dia tak reti nak hormat perempuan ea?" Soalku kembali.

"Citer dia macam ni, abang dia meninggal dunia sebab bunuh diri, pastu kan, punca abang dia meninggal tu disebabkan perempuan. So, Tengku Adrian ni macam trauma, dia terus tak percaya kat mana-mana perempuan selepas kejadian tu."Terang Yaa.

"Oooo, macam tu... Macamana kau tahu?" Soalku kepada Yaa.

"Well, aku kan ni.. Sekejap je dapat story... Hahahah" Jawab Yaa dan tertawa kecil.

"Pastu isya tu? Duk tergilakan Tengku Adrian tu dah kenapa?" Soalku.

"Entahnya.. Tak sedar diri, diri tu ketot. Hahahahaha" Jawab Ash dan ketawa besar.

"Shhh! Nanti cikgu marah." Arahku.

Mereka mengangguk.

Kringg!!

Cikgu pun keluar dari kelas,

"Hadoi! Lenguhnya kaki aku." Ujar Ecah.

Murid-murid lain dah keluar ke makmal sains...

Tengah aku cari buku sains,

"Wei korang! Macamana buku teks matematik aku boleh ade bawah meja?" Soalku dengan terperanjat.

"Kau!!" Marah ku.

"Kenapa dengan aku?!" Soal Tengku Adrian.

"Kau yang ambik buku aku tadi kann!?" Soal ku dengan bengang.

"Kau nak main tuduh-tuduh pulak? Kau tahu tak aku ni sape!? Dalam sekelip mata aje aku boleh buat kau berhenti sekolah." Soalnya dengan dingin.

"Hey! Kau ingat aku kesah ke kau tu sape? Setakat owner sekolah ni, kesah ape aku? Kau anak Tan Sri pun aku tak hadap la!" Bentakku.

Ternganga Tengku Adrian mendengar kata-kata ku. First time perempuan cakap macam tu dekat dia.

"Kau cakap tu elok sikit! Sedar tak kau tu asal dari mana! Dari Kelantan do! Kau ingat kau anak orang berada bercakap dengan macam ni??" Soalnya dengan bengang.

'Eh engkau! Dah tu kau ingat semua orang kat kampung tu orang miskin la? Dasar jantan tak guna!' Marahku didalam hati.

"Hina sangat ker orang yang berasal dari kampung?" Soalku.

"Kalau tak hina, takde la aku cakap macam tu." Jawabnya.

"Kau ni kan!!" Marahku.

"Hei! Kalau setakat orang berada tapi mulut tak reti nak jaga! Memang takleh jugak wei!!" Marahku.

"Eka! Dah la tu!" Arah Isya.

"Kau tepi! Aku tak habis lagi!" Ujarku dengan tegas.

"Kau tak dengar ker Aku cakap ape? Jangan dekat dengan Tengku Adrian!!!" Marahnya dan dia menolak aku sehingga aku hilang keseimbangan, tunggu masa jer nak menghempap ke lantai, tiba-tiba, tangan seseorang melingkari pinggangku. Aku dan Tengku Adrian bertentangan mata buat beberapa saat.

"Wei! Isya! Kau dah kenapa?" Soal Yaa dengan bengang.

Aku pun terus menjauhkan diri dari Tengku Adrian.

"HOI! KAU DAH KENAPA NAK MAIN TOLAK TOLAK HAH!?" Marah Tengku Adrian kepada Isya.

"Ma... Maafkan saya, Saya sebenarnya sukakan awak." Ucap Isya.

"Seriously? Kau suka aku?" Soal Tengku Adrian dengan tidak percaya.

"Kau sedar la diri tu sikit! Dah la ketot, ade hati nak kan aku. Macamni, kau balik kat asrama nanti, kau cermin diri kau tu ea!" Ujar Tengku Adrian dan tersenyum mengejek.

Isya yang mendengar hal itu terasa seperti ade sesuatu yang tajam menusuk ke hatinya. Air matanya mengalir dan dia terus berlari ke luar kelas.

, Kawan kawan aku terus ke arah aku.

"Jom la pergi makmal." Ajakku.

"Jom." Jawab Yaa dan merangkul tangan aku.

"Isya macamana?" Soalku.

"Lantak situ, malas dah aku nak layan perempuan tu! Semakin hari semakin gila!" Jawab Ash dengan bengang.

Kawan-kawan ku yang lain mengangguk. Tapi kan, aku hairan. Kenapa Tengku Adrian marah bila Isya tolak aku tadi? Kenapa aku rasa macam something ea? Eh, perasaan aku jer kot.

KRINGG!!!!

Habis pun waktu persekolahan hari ni. Baru first day sekolah kat sini, dah serabut aku. Nasib baik la ada kawan-kawan macam diorang ni.

#Di Dorm kitorang#

"Aku tak faham la dengan perempuan tu! Gila ker ape?!" Soal Ash dengan bengang.

"Tapi kan, korang, korang sepatutnya back-up dia, sebab dia dah kawan lama dengan korang, kiter ni baru kenal dua hari jer." Ujarku.

"Kau ingat kitorang nak sangat kawan dengan si ketot tu?" Soal Yaa.

"Tapi, aku faham la korang, cuba explain." Ujarku.

"Macam ni, kitaorang taknak pun kawan dengan dia, tapi dia macam desak kitorang, kemana je kitorang pergi, dia ikut dari belakang. Dah macam ekor." Terang Ecah.

"Ooo, macamtu." Aku sudah memahami sekarang.

"Huh, cakap macam orang takde otak." Isya mencelah dari belakang.

"Ape? Hah? Ape? Kau cakap aku takde otak?" Soal Ecah dengan bengang. Ecah dah nak naik tangan, aku sempat tarik.

"Dahlah tu Isya!" Marahku.

"Kau sape hah nak masuk campur hal kitorang? Kau tahu tak lepas kau datang, keadaan jadi huru hara!" Marah Isya.

"Kau cakap tu, jaga mulut sikit, ketot!" Marah Yaa.

"Kau tu tak padan datang dari kampung! Mak bapak kau tak ajar ke, jangan rampas hak orang!!!" Teriak Isya kepada aku.

PANGG!!!

Aku menampar Isya dengan kuat. Keadaan menjadi senyap. Kawan-kawan ku terkejut dengan tindakan aku.

"KAU JANGAN NAK LIBATKAN MAK BAPAK AKU!!! SEKARANG NI MASALAH ANTARA AKU DENGAN KAU! MAK BAPAK AKU TAKDE KENA MENGENA!!!" Jerit ku dengan lantang. Isya terdiam seribu bahasa. Haa, padan muka kau! Sekarang baru kau tau! Sape Ireka! Hahaha...

Isya pun terus mengemas barang-barangnya dan keluar dari situ.

"Eka! Terkejut aku tadi." Ujar Yahh dengan terkejut.

"Aku tak terdetik pun nak tampar dia, woww! You're the best la Ireka! Finally, dia dah tak duduk satu dorm dengan kiter! Horeyy!!!" Ujar Ash dengan keriangan.

"Aku tak tahu lah, aku paling tak boleh bila orang cakap buruk pasal mak bapak aku." Terangku.

"Takpe, kitorang faham." Ujar Yaa.

"Dia keluar dari sini pun dah cukup bagus." Ujar Yaa.

"Eh, jap, ade satu lagi yang belum settle." Ujar Yahh.

"Pasal ape tu yahh?" Soalku.

"Kenapa Tengku Adrian back-up kau tadi?" Soal Yahh dengan hairan.

"Itu la pasal, aku pun pelik, selalunya kalau perempuan bergaduh sampai tudung tercabut pun dia tak kisah. Dia buat-buat tak nampak." Ujar Yaa.

"Jangan-jangan-" Ash menggantungkan ayatnya.

"Dia suka eka!" Ecah menyambung ayat Ash.

"Erh korang ni! Merepek la! Takdenya suka-suka. Mamat tu annoying nak mampus!" Ujarku dengan tegas.

"Annoying? Macamana tu? Cara kau cakap ni macam dah lama kenal dia." Soal Ecah.

"Ceritanya bermula macam ni-..."Aku pun menceritakan tentang pertemuan aku dan Tengku Adrian di kedai runcit kelmarin.

Ternganga diorang mendengar cerita aku.

"Patutlah kau syak dia yang sorokkan buku matematik kau." Ujar Yahh yang sudah memahami.

"Kiranya dia nak balas dendam la ni?" Soal Yaa.

"Lebih kurang macam tu la. And aku akan pastikan yang mamat annoying tu takkan menang." Ujar ku.

"Uhuk, jangan benci sangat! Nanti jatuh cinta, susah. Dah la dia handsome, kau perempuan yang pertama pernah bercakap dengan dia tau! Kitorang ni sebelah mata pun dia tak pandang." Sakat Ash.

"Eh, engkau! Memang tak la aku jatuh cinta dengan si annoying tu." Balas ku.

"Hahahahaha" Diorang ketawa terbahak-bahak.

"Dah la, aku nak mandi dulu yer." Ujar ku.

"Ha, pergi la dulu, aku lepas kau siap." Ujar Ash.

"Aku lepas Ash." Ujar Yahh.

"Aku lepas Yahh." Ujar Yaa.

"Hum, terpaksa jugak la aku ambik part last. Sedisnya saya. Huhuhu." Ujar Ecah.

"Padan muka!" Ujar kami serentak.

Ecah memuncungkan bibir.

Kami ketawa terbahak-bahak.

Próximo capítulo