webnovel

HATI MULA BERDETAK

Lisa mengenakan sneaker putih,baby t hitam,short pant hitam dan beg sandang memuatkan barangan peribadinya serta kamera disangkut di bahu. rambut panjangnya yang berwarna coklat gelap diikat tinggi. terserlah keseksiannya. lipstick warna pink dicalit ke bibirnya. mungkin bibirnya dimuncungkan.

" huisshh... kau memang cantik lisa.." puji lisa pada figuranya sendiri yang terpantul.di cermin kaca.

iskandar mundar mandir di luar lobi hotel menanti kemunculan lisa. sekejap2 jam ditangannya dipandang. rasanya dia sudah hantar pesan ke lisa untuk turun tepat waktu. beginilah nasib lelaki agaknya. selalu menanti.

" perempuan memang lembap.." rungutnya. riak wajahnya serius. seumur hidupnya belum pernah lagi dia menanti seseorang. apakah ini? istimewa sangat ke lisa ni sampai seorang iskandar kena menunggunya. marah sudah iskandar memikirkannya.

lisa melangkah perlahan,dia ingin menyergah iskandar yang tidak sedar akan kehadirannya. wajah lelaki itu serius. sesekali jam di tangannya ditoleh. marah la tu kena menunggu.

" isss!!!" sergah lisa menepuk belakang iskandar disertai ketawa kecilnya. matanya sepet apabila dia ketawa. namun ketawanya terus mati melihat wajah serius iskandar. lelaki itu tidak terkejut pun.

" you lewat 22 minit 4 saat.." maklum iskandar sinis nada suaranya.

lisa cuma mampu pamer senyum. seny jer lah. sedar diri bersalah.

" sorry...." lisa meminta maaf sambil membuat wajah comel.

iskandar menghela nafas dan hanya mampu menggeleng. sabar sahajalah. perempuan tetap perempuan.

" jom.. " ajak iskandar. malas mengulas panjang. lelaki tidak pernah menang dalam perang dengan wanita.

lisa mengejar langkah iskandar yang laju. dia ingin berjalan beriringan dengan iskandar.

Apakah ini langkah bermulanya cinta mereka? hanya masa yang bisa menceritakan segalanya. pasti cinta akan berputik selepas ini. musim bunga sedang mula mekar sekarang.

" kalau berjalan dengan pakwe.. pegang2 tangan mesti romantik kan..?" tanya lisa kepada iskandar sambil matanya memerhati suasana romantis di sekelilingnya. ada pasangan kekasih sedang berpelukan. ada yang mengambil gambar. tangannya laju menekan butan kameranya. ingin menyimpan memori romantis ini.

" kenapa tak bawa ajak pakwe sekali?" tanya iskandar melabuh punggung di kerusi kosong yang memang dikhaskan kepada para pelancong untuk duduk. kaki panjangnya disilangkan. rokok dikeluarkan. lisa pun turut serta iskandar. melabuhkan punggung nya disisi lelaki itu.

" is pula?? kenapa tak bawak liya sekali? tanpa menjawap soalan iskandar,lisa menyoal iskandar kembali. dah terang-terang dia tiada kekasih. kenapa iskandar tanya soalan menyayat hati itu.

" liya???" iskandar menjongket kening. seolah pelik mendengar nama aliya disebut. aliya dibawa bercuti? gadis itu terlalu serius dengan pelajarannya. mengejar cita-citanya menjadi doktor. gadis itu langsung tiada masa untuk berbual dengannya. sesekali apabila ibu bapa mereka menyuruh mereka bertemu,aliya lebih senang mengadap bukunya dan berbicara hal serius. iskandar sebenarnya sudah muak dan dia ingin membatalkan pertunangan mengarut mereka. tunggu masa sahaja.

" kami bukan couple..antara kami tidak lebih sekadar teman biasa sahaja.." sangkal iskandar. memang dia dan aliya mysa bukan bercinta. perjodohan itu datang daripada kedua orang tua mereka. belum tentu mereka akan berkahwin.

" tapi..." lisa ingin membangkang.

" cinta tak boleh dipaksa lisa.." iskandar memotong kata2 lisa. benar.. cinta dia memang tidak boleh dipaksa. dia berhak memilih siaap yang layak dicintai dan mencintainya.

" i berhak memilih sesiapa yang i nak untuk i jadika isteri mahupun kekasih. kalau i pilih you sekalipun jadi kekasih i.. tiada siapa boleh halang.." jujur iskandar menyatakan pandangannya. dia tidak pernah bersetuju dengan perancangan keluarga mereka. takkan setuju. titik.

lisa diam. wajahnya merona merah mendengar ayat iskandar itu. malu2 kucing terus dia apabila iskandar berkata untuk memilih dia menjadi kekasihnya. dia sudi.ehh..tak malu lisa. itu contoh sahaja.

iskandar yang perasan dengan perubahan wajah lisa tersenyum. orang tua cakap malu itu mahu.

" jomlah jalan lagi.. ada lagi 2 tempat i nak pergi ni.." ajak iskandar menghulur tangannya kepada lisa.

lisa menyambut walau serba salah.

" harini u anggaplah i pakwe u..i izinkan.." suruh iskandar menoleh ke arah lisa ingin melihat reaksi gadis itu.

lisa pamer senyum manjanya. dia mendongak memandang wajah iskandar. ada sinar terang memancar di kolam mata pasangan merpati duasejoli itu. arus cinta sedang menyusup ke dalam urat-urat nadi mereka.

" hari ni saja?" tanya lisa perlahan sambil memaut lengan iskandar. dia taknak harini. dia nak selamanya. dia dan iskandar. angan2 memang indah.

iskandar ketawa perlahan. dia masih ingin menguji dan menjentik sedikit demi sedikit perasaan lisa.

" hari lain.. i kena pertimbangkan.. " balas iskandar terus melangkah.

lisa senyum sendiri. setiap kali iskandar tersenyum atau ketawa perasaannya berdebar- debar. hatinya merasakan sesuatu. mampukan dia bertahan dengan godaan iskandar sepanjang dua minggu ini??😭😭😭. aura iskandar terlalu kuat menusuk sanubarinya. baru dua hari dia sudah mencair. iskandar kini umpama api dan dia umpama lilin. dia rela dibakar oleh api iskandar.

Próximo capítulo