webnovel

Bah. 10: Kisah yang tak Diceritakan

Hakim duduk di meja sambil merenung ke skrin komputer ribanya. Di skrin komputernya itu, terpapar gambar Aisyah semasa mereka di Bali sebagai paparan utama. Dia terkenang akan perbualannya bersama-sama Aisyah suatu masa dahulu ketika dia berkunjung ke rumah Aisyah.

"Actually, aku tahu kau tengah confused. Aku tahu kau ada banyak persoalan tentang aku sekarang," ujar Aisyah sambil berjalan mendekati Hakim yang duduk di meja santai di laman rumahnya.

Dia mengetahui Hakim dalam kebingungan sejak menjejak kaki ke rumahnya. Hakim tidak menduga rumah banglo itu adalah rumah Aisyah sedangkan Aisyah pernah berkata dia bukanlah dari keluarga berada yang mampu menampung kolejnya. Malah dia masih ingat sebentar tadi dia berpusing-pusing sekitar taman itu beberapa kali kerana menyangka rumahnya yang dituju oleh GPSnya tersasar dari alamat lokasi yang diberikan oleh Aisyah.

"Apa yang aku katakan waktu dalam flight tu, all are lies." Aisyah berterus-terang.

"Jadi, what the real ones?" ujar Hakim lembut dan penuh tanda tanya.

"Walau aku tak semiskin yang kau sangkakan, tapi my life is miserable as much as been poor." Aisyah berkata saat mengenangkan detik-detik hidupnya sebelum ini.

"Maksud kau?" soal Hakim sambil menatapi wajah sayu Aisyah itu.

"My parents tak semiskin yang kau sangkakan. And bukan mereka yang tak mampu membiayai my college, but it's me who can't continue my study." Aisyah memulakan ceritanya.

"Aku, dulunya merupakan anak kebanggaan mereka. Born as talented kid whose can learn anything in one try. Great in memorize and nothing that I can't do," sambungnya lagi saat teringat waktu kecilnya.

Sejak kecil, hidupnya sentiasa diaturkan oleh ibu bapa kerana kecerdasannya yang berbeda berbanding anak-anak seusianya. Dia asuh dan dididik dengan pelbagai bentuk intelek dan kemahiran malah dia turut dihantar ke sekolah berasrama sejak dia memulakan zaman persekolahan selepas beberapa tahun belajar di rumah di bawah kendalian ibunya.

"Even I was admitted into top medical school in US. My life was great in everyone's eyes but not to myself." Aisyah menyambung kisahnya lagi.

Hakim terbeliak mendengar kata-kata Aisyah itu namun cuba mengawal reaksi terkejutnya itu.

Aisyah masih ingat ketika ibunya mengajarnya semasa kecil. Ibu dan ayahnya merupakan guru, namun ibunya sanggup berhenti kerja semata-mata untuk fokus kepadanya. Dia menjadi antara genius dan selalu dibanggakan oleh ibu bapanya.

"Kau tahu apa yang aku rasa selama hampir lebih 20 tahun ni, my life is just empty can. Make a big noise, but it was lifeless." Aisyah mengadu perasaannya selama ini mengenai kehidupannya.

Dia juga masih ingat, pertama kali dia memberontak dengan segala aturan ibu bapanya itu. Dia ingin belajar di sekolah seperti rakan sebaya dan beberapa kali membuat permintaan itu kepada ibu bapanya namun tidak diendahkan. Akhirnya, dia sanggup melarikan diri dari suatu majlis keraian di sebuah hotel yang dihadiri ibu bapanya.

Pada awalnya, dia hanya ingin memberikan usikan kepada ibu bapanya supaya mereka khawatir akannya dan kelak akan lebih mendengar akan permintaannya. Namun, dia akhirnya benar-benar sesat dan kebuntuan. Dengan bantuan seorang remaja, dia kembali ke pangkuan keluarganya. Selepas kejadian itu, ibu bapanya membenarkannya menghadiri sekolah seperti rakan sebayanya namun ia adalah sekolah berasrama yang dihadiri murid cerdas sepertinya.

"My parents always bragged about my achievement to our families, their friends and so on. Aku selalu lakukan terbaik semata-mata untuk mereka. Everytime aku achieved something big, they will bring me back home and went to all to events so they can brag it. I never cared about it as long as I can back home and spent time with them. I spent most of my childhood in boarding school. You knew how lonely it is?!" Aisyah berkongsi cerita duka yang terpendam dalam jiwanya selama ini.

Selepas kejadian dia menghilang dari majlis itu, ibu bapa semakin tegas kepadanya. Malah dia dihantar ke sekolah berasrama dan sejak itu dia semakin banyak berjauh dari keluarganya. Dia sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk bersama-sama keluarganya. Walau dia memberontak, semua usahanya akhirnya sia-sia, justeru menyebabkan dia dihantar semakin jauh dari keluarga.

"They always sent me far away from home. Even they sent me to oversea college. I'm tired with it, so I'm rebel. After drop from my college, I came back to Malaysia to stay with my family which I missed so much. Tapi ayah terlalu marah with my decision, and aku dihalau dari rumah sehelai sepinggang." Aisyah menyambung ceritanya.

Dia berasa sedikit lapang kerana dapat berkongsi bebanan perasaan yang telah lama terbuka dalam dirinya itu. Hakim adalah sahabatnya yang ketiga mengetahui hal itu selepas Finna dan Luqman. Entah mengapa, dia berasa tenang dengan dampingan Hakim selama ini, membuatkan dia mudah berkongsi sejarah hitamnya itu.

"Mereka terlalu mengejar duniawi. Aku banyak kali melawan mereka namun mereka selalu menang. Only that moments, even I'm in despair but finally I can breathes freely." Aisyah menyatakan kehampaan akan ibu bapanya serta perasaannya sebaik terbebas dari cengkaman mereka.

Masih segar dalam ingatannya ketika dia berjalan sendirian di sisi jalan selepas dihalau dari rumah oleh ayahnya. Dengan sehelai sepinggang, dia berteduh di pondok bas selepas seketika berjalan.

"Without any money, I tried my best to search for help. I looked back my school friends, but everyone busy with their college life and luckily Finna is come forward for helping me." Aisyah terdiam sejenak dan hanyut dalam ingatannya ketika itu.

Saat dia teraba-raba dalam kegelapan, dia hampir berputus asa ketika dia menyedari hidupnya selama ini kosong. Tiada yang sudi membantunya namun ketika itu orang asing menyapanya dan khawatir akan dirinya yang sudah hilang arah tuju itu. Orang asing itu adalah Finna.

Dia tidak pernah mengenali Finna sebelum ini namun gadis itu menyapanya dengan ramah. Finna adalah rakan sekolahnya dan dia mengecam Aisyah kerana Aisyah merupakan pelajar popular di sekolah mereka dan menjadi idaman ramai pelajar lelaki di sekolahnya malah beberapa sekolah di kawasan sekolahnya itu. Aisyah bukan sekadar terkenal sebagai pelajar genius malah kecantikan gadis kecil molek itu terus menjadi bualan pelajar-pelajar lelaki dan kecemburuan pelajar sekolahnya.

"At that moment, I realized I never have my own life. Aku sentiasa terkejar-kejar untuk memenuhi segala ketetapan yang ayahku tetapkan untukku. Sampaikan aku tak ada kawan yang betul-betul aku boleh panggil sebagai sahabat." Aisyah melahirkan kekesalan akan kehidupannya selama ini.

Walaupun dia popular di sekolah, namun dia tidak mempunyai kawan rapat. Dia banyak menyendiri dan menghabiskan masa membaca di perpustakaan. Malah di asrama, dia hanya melakukan kerjanya dan belajar semata-mata. Dia mempunyai beberapa rakan sekelas yang selalu bertegur sapa dan berbual dengannya namun mereka hanya berbual tentang pelajaran. Selepas tamat persekolahan, mereka hanya bertegur sapa beberapa kali walau mereka saling berkongsi perkembangan masing-masing di media sosial.

"Sejak itu, aku tak lagi pandang belakang. Aku berjanji pada diriku untuk live up my life seringkas yang boleh tapi sebahagia yang mungkin. Merrily, happily and endless." Aisyah berkata dengan bersemangat dengan matlamat hidupnya kini. Dia tidak mahu lagi dikawal seperti lembu dicucuk hidung dan mahu menentukan pilihan hidupnya sendiri.

"Sebab tu, ke? Kau sentiasa ceria?" ujar Hakim selepas lama berdiam diri mendengar luahan Aisyah itu tentang rahsia hidup yang terpendam jauh di lubuk hatinya.

"Haah. Sejak tu, ke mana sahaja aku pergi, aku akan buat kawan baharu. So, aku takkan sunyi lagi," sambung Aisyah lagi bersahaja.

"Aku tak nak jadi genius girl that always in the top. Aku cuma nak jadi gadis yang mampu mencabar dirinya untuk melakukan sesuatu yang baharu," ujarnya lagi.

"Aku nampak semangat kau tu," ujar Hakim lalu bangkit dari bangku batu itu.

"So, kau nak terima a new challenge?" soal Hakim sambil menatapi wajah Aisyah.

"Apa?" balas Aisyah.

"Just say yes. You will know soon," ujar Hakim sambil tersengih manis. Aisyah hanya mengangguk sambil tersenyum setuju.

Hakim kembali menatal di skrin komputernya. Dia teringat akan janjinya kepada Aisyah itu. Dia merancang untuk membawa Aisyah mencuba sukan lasak yang menjadi sukan kegemarannya itu. Justeru, dia meneliti beberapa laman sesawang untuk memilih pusat rekreasi yang berdekatan dan merancang aktiviti itu untuk Aisyah.

Próximo capítulo